Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Motosikal | Dunia Permotoran | Penjagaan Motosikal

Perihatinkah Kita?

Dapatkan FireFox untuk paparan lebih menarik untuk blog ini. Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel-artikel di blog ini teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami!

Salam pembaca sekelian post kali ni agak pendek je rasanya.Saya ingin berkongsi dengan anda semua pernah tak terdengar bunyi ambulan di dalam perjalanan anda?

Ya! kebanyakan dari kita selalu terserempak dengan ambulan tapi..apa yang menyedihkan ’siren’ ambulan sudah tidak ‘peka’ lagi oleh pendengaran pemandu-pemandu zaman sekarang.

Sewaktu saya keluar hujung minggu baru-baru ini kejadian ini berlaku di depan mata saya.Ambulan sekarang dah menggunakan pembesar suara untuk mengingatkan pemandu-pemandu yang mementingkan diri sendiri supaya ketepi dan memberi lalulan.

Memang menyedihkan sehinggakan pada satu ketika ambulan menyuruh kenderaan berhenti ketika ingin melepasi lampu isyarat.

“Kereta di hadapan sila berhenti” inilah suara dari pembesar suara sebuah ambulan.Bunyi ’siren’nya sudah tidak dipedulikan lagi oleh segelintir dari pemandu-pemandu di Malaysia.Oh tidak bagaimana persaan anda sekiranya nyawa di dalam ambulan tersebut adalah ahli keluarga anda sendiri.

Mungkinkah sudah hilang sifat tanggungjawab kita semua.Lupakah apa yang telah diajar ketika sesi pembelajaran di sekolah memandu dulu.Ya lesen hanya sekadar lesen untuk melepaskan diri dari diambil tindakan undang-undang sahaja.

Tetapi yang hairannya kalau ada kemalangn suka sangat kita memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan apakah yang sedang berlaku sehinggakan jalan raya sesak seketika.Takde otak betul….

Sikap pemandu kita yang lebih suka menyaksikan daripada membantu.Saya puji penunggang-penunggang motosikal yang lebih perihatin dan cepat memberi bantuan sekiranya ada kemalangan.Benar kami mudah nak berhenti kerana kami ‘kecil’ dan mudah nak ‘parking’ tapi janganlah hentam kami dari belakang pulak!…

PS : Mat motor semua hati-hati kalau nak membantu pada sebelah malam kerana mungkin penyangak yang buat-buat rosak kenderaan.

Sekian

wira duniamoto                                                                                                                                               

       

Artikel lain yang berkaitan.

Popularity: 23% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

2 Comments so far

  1. abufaris on March 18th, 2008

    Kesedaran sivik masih ditahap rendah dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya dalam aspek keselamatan dan kemalangan. Berbeza dengan negara maju seperti Jepun, Amerika, German dsb.

    Bila menyambut hariraya sebagai contoh pasti ada berita kemalangan bermain mercun. Di Jepun bila berlaku gempa bumi, secara automatik rakyatnya akan mencari tempat berlindung bila berlaku gegaran walaupun di bawah meja. Di Amerika, rakyat akan memberi laluan kepada ambulan jika mendengar semboyan (siren). Di German, pemandu kereta atau kenderaan akan memberi laluan kepada pejalan kaki untuk melintas.

    Bayangkan sikap pengguna jalanraya di Malaysia dalam situasi di atas. Mat rempit tak ragu-ragu nak langgar polis. Pemandu kereta teragak-agak nak beri laluan bila ada ambulan. Anak-anak dibiarkan naik motor tanpa topi keledar dan lesen menunggang.

    Mungkin patut dibanyakkan lagi aspek keselamatan diri dan orang lain dalam silibus pembelajaran di peringkat sekolah rendah dan lebih banyak kempen di TV.

  2. Wira Duniamoto on March 19th, 2008

    Yup..Betul tu abufaris kesedaran sivik sangat
    rendah.

    Orang kita terlalu nak jaga standard.Tapi saya heran mengapa kat negara2 maju macam Jepun diorang lebih menghargai nyawa dan amat menyayangi nyawa orang lain.

    Di sana mereka memberi laluan untuk penunggang2 dan pejalan kaki.Kalau kat sini entah la ambulan terpaksa meminta laluan.

Leave a reply