Pengenalan Khas Media Varian Terbaru Modenas GT128

, , 23 Comments

Pada 3/12/10 saya dijemput oleh Modenas melalui Kak Nor iaitu eksekutif pemasaran Modenas untuk membuat liputan tentang pengenalan khas varian terbaru Modenas GT128. Terima kasih Kak Nor yang memang tak pernah lupa untuk kontek saya kalau ada sebarang sidang media berkaitan model-model terbaru dari Modenas.

Hampir sahaja saya tak dapat datang pagi Jumaat tu sebab menyiapkan kerja-kerja di ofis. Sampai terpaksa Kak Nor call.

Dah sampai sana takde parking pulak. Adui.. dah la lambat nih… naik tingkat 6 register sidang media pun dah mula. Nasib baik dapat jugak dengar poin-poin penting dari CEO Modenas iaitu En. Bastamam atau lebih mesra dengan panggilan En. Bas.

Teringin nak sarapan free tapi apakan daya kali ni saya terpaksa lupakan hajat di hati kerana sidang media dah mula hu..hu..hu…

Kenyataan Akhbar

Motosikal Modenas Gt128 mula diperkenalkan pada bulan Mac 2009 dengan reka bentuk yang terkini dan menarik dilengkapi enjin berkuasa 130cc.

Dengan slogan “Transformasi Generasi Terkini” dengan memperkenalkan varian terbaru model Gt128 yang tampil dengan generasi yang lebih terkini. Bersesuaian dengan citarasa masa kini,

Model ini melalui proses penambah baikan seperti warna dan corak grafik yang lebih menarik, penggunaan tayar tubeless IRC NR77 yang lebih mencengkam, rim aloi untuk tayar tubeless, kemasan kulit pada tempat duduk penunggang, bateri bebas selenggara 12V4.5Ah yang lebih berkuasa dan penyerap hentak kadapan dan belakang jenis Kayaba yang dinaik tarafkan daripada model terdahulu untuk mendapatkan daya serap hentakan yang lebih efektif.

Penunggang juga akan merasa lebih selesa ketika menunggang dan yakin untuk mengambil selekoh. Untuk hasil yang lebih optimum, kesemua ciri penambahbaikan ini adalah hasil gabungan yang dipilih oleh 70 penunggang yang telah menguji motosikal ini di litar.

Sessi pengenalan khas kepada media hari ini, varian GT128 terbaru ditampilkan dengan 3 warna terkini iaitu kombinasi hitam jingga, hitam biru dan hitam merah. Serta masih mengekalkan harganya iaitu RM5,168.00.

Selain itu, satu konvoi GT128 Monsoon Ride 2010 yang terdiri dari 10 orang penunggang tegar GT128 akan dilepaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Modenas iaitu En. Bastaman Hamzah.

Konvoi yang akan menempuhi perjalanan sejauh lebih kurang 2,200km ini bermula dari perkarangan  Wisma DRB-Hicom akan bergerak ke Johor Bharu, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Baling, Kangar, Sungai Petani, Pulau Pinang, Ipoh dan Cameron Highlands sebelum kembali ke Kuala Lumpur.

Perjalanan yang mengambil masa 3 hari ini bukan sahaja menguji ketahanan penunggang malah bertujuan membuktikan keupayaan jentera ini dalam menempuh perjalanan jauh. Selain daripada itu, konvoi ini juga merupakan antara cara Modenas memperkenalkan produk ini kepada orang ramai.

“Sokongan yang padu dan berterusan daripada semua pihak terhadap produk-produk keluaran Modenas amatlah penting dalam memastikan jenama Modenas terus utuh untuk bersaing di pasaran dan seterusnya menjadi pilihan utama rakyat Malaysia”  kata Encik Bastamam Hamzah pada masjlis serba ringkas itu.

Ok kita sambung pada entri yang seterusnya nanti. Di mana saya akan kupas serba sedikit tentang kesungguhan Modenas untuk terus maju walaupun pelbagai kritikan yang mereka hadapi.

 

23 Responses

  1. Lipasfly

    05/12/2010 9:20 am

    Salam,
    walaupun saya bukan pengguna modenas GT128, tapi sy tetap berbangga dengan pencapai Modenas. harapan saya modenas dapat mengeluarkan model-model yang lebih canggih seiring dengan jentera dari Yamaha dan Honda. Modenas juga perlu ambil soal selidik penunggang jalanraya berkenaan ciri-ciri yang dicadangkan, masalah dan lain-lain lagi untuk lebih memajukan industri motosikal.
    saya juga cadangkan modenas mengeluarkan rangka yang lebih aerodinamik serta menggunakan monoshock agar pemanduan di selekoh lebih baik..
    terima kasih..

    Reply
    • Wira DuniaMoto

      06/12/2010 10:53 pm

      Gt facelift ni memang dibuat atas feedback penunggang sebab tu bahagian2 penting seperti tayar dan suspensi di beri nafas baru.

      Ramai pengguna Gt128 sebelum ni komplen masalah cengkaman ketika menunggang pada hari hujan. Masalah ni dapat diselesaikan dengan facelift sekarang ni.

      Reply
      • ghostriderz

        18/12/2010 11:36 am

        Memang benar, pihak Modenas memang memantau permasalah motor Modenas dari forum gt128riders.com ctbikerz.com & forum Eleganet

        GT128 erbaru nie diimprove dari feedback GTrian, hinggakan pemilihan items spt tayar, absorber rating, sticker dll dilakukan oleh mereka & juga diuji oleh mereka sebelum RND Modenas finalize kan spesifikasi terbaru ini!

        Reply
  2. bushsaddam

    08/12/2010 9:44 pm

    Memang banyak aduan daripada pengguna modenas gt128 sebelum ni… seperti :
    1-enjin susah nak hidup, berpunca daripada setting carb x berapa baik drpd kilang.
    2-minyak hitam leaking drpd oil dipstick plug.
    3-cover set patah akibat gegaran.
    4-skru pada panel meter berkarat.
    5-lampu depan x terang walaupun dilengkapi dengan 2 lampu depan,
    6-masalah brek belakang yang lock tayar boleh menyebabkan moto jatuh.
    7-rim yang x support tayar tubeless sebelum ni.
    8-lampu belakang(drpd OSRAM) asyik terbakar.

    Reply
  3. senduk_nasi

    09/12/2010 3:03 pm

    a’kum bro… boleh x buat satu artikel khas preview CTric (motosikal elektrik p1 Malaysia)..?? mungkin bro boleh mintak pandu uji dgn pihak modenas pastu letak keputusan pandu uji die kat blog ni memandangkan motosikal ni masih baru dan overview mgenainya masih kurang. terima kasih

    Reply
    • ghostriderz

      18/12/2010 11:39 am

      Bagus cadangan nie. Tuan tanah boleh berhubung Kak Nor Modenas untuk membuat write-up berkenaan motorsikal Modenas CTric nie!

      Reply
      • Nagy

        22/05/2012 10:16 am

        den bawak motor dah bertahun-tahun boleh kira x samapi 5 kali kot tekan hon… x reti la nak tekan2 hon… den x suke org hon den, so nape den nak hon org kan? wee~

        Reply
  4. faizul

    09/12/2010 8:54 pm

    yes bushsaddam,gt128 aku susah nyer nak idop pagi,coverset pon patah sebab gegar tahap gempabumi,aku pon pelik apasal boleh patah padahal tak penah xcident pon.
    tapi bab lampu tu,motor aku punye memang terang nak mampos,kalau aku banding ngan motor lain,lampu diorang memang tenggelam lar.

    Reply
  5. amien7

    17/12/2010 10:43 am

    salam.

    terima kasih kpd tuan punya blog kerana membuat review mengenai model GT128 facelift baru keluaran Modenas ini.
    model baru ni memang dah diperbaiki beberapa aspek kerosakan yang sering dialami oleh model terdahulu dan ditambah pula dengan beberapa pembaharuan. Maklum balas daripada peserta-peserta konvoi monsoon ride terhadap model ini juga amat baik dan diharapkan agar ianya menjadi model kegemaran rakyat Malaysia, sesuai dengan motto “belilah brang buatan Malaysia”.

    review mengenai GT facelift ini juga boleh diikuti di forum rasmi GT128riders.com.

    terima kasih.

    Reply
  6. chuck

    17/12/2010 10:54 am

    ermm… memang berkualiti keluaran moto terbaru nie..sayang memang terasa kelainan dan perubahan yg di lakukan oelh modenas untuk pernambah baikan dalam produk mereka… barangan kita tak kurang hebat barangan luar cuba dulu baru kita nilai..jangan di hina bende yg kita tak pernah rasa…menang di mata tak bererti menang di rasa.. huhu… Majulah MOdenas untuk Pemotoran Negara…

    Reply
  7. Kriss 100

    20/12/2010 12:42 pm

    Semoga MODENAS menghasilkan jentera yang lebih baik dan berkualiti tinggi setanding dengan model jenama lain di Malaysia. Syabas.

    Reply
  8. hafiz

    24/12/2010 12:02 am

    hi, saya nak bertanya kepada penulis bukankah dulu kamu pernah terbitkan majalah permotoran?

    Reply
  9. faizul

    21/01/2011 9:34 pm

    salam,gt aku kluar november 09,odometer baru 4364km, motor buat bawak gi masjid jerr, coverset dah patah, ekzos bocor 2 tempat,minyak hitam meleleh tiap2 hari ntah bocor kat mana,bateri dah kong,baru jer ganti, canggih tak? sorry yer modenas,tapi ni benda betul.dah habis bayar hari ni,ingat nak angkat demak dmx r pulak,bawak gi menoreh, okey tak?

    Reply
  10. Pozi

    24/01/2011 10:24 pm

    A’slm,
    Dari survey saya, di Ipoh tak ramai yg pakai GT128. Kalau kt parkir sya tengok nak dapat 2 buah pun susah, atas jalan pun jarang-jarang jumpa. Kriss, LC, lagenda, honda wave banyaklah. Ini yg mushkil nih…

    Reply
  11. motormianic

    07/04/2011 11:57 am

    gt memang best….dan sy rasakan berbaloi memilikinya …..namun mc ada yang boleh d tingkatkan dari masa ke semasa…..kehendak pengguna sukar dipenuhi….sy adalah penguna gt128 sejak 2 tahun lalu…kalo ada sportybike ala2 superbike kan lagi mantap……rupa ala2 ninja250….dan harganya 10k lebh murah dari kawasaki ninja250 hihihi..pasti umpama pisang goreng

    Reply
  12. muhammad rizal mohd ghuzlan

    17/04/2011 2:27 pm

    Saya baru saja membeli motosikal ini 2 hari yang lepas keseluruhan motor ini adalah sangat bagus bagi barangan buatan kebanggan kita cuma ruangan bakul agak kecil dan sempit berbanding jenama2 yang lain jadi ia menyukarkan pemanduan saya kerana saya terpaksa mengantungnya pada pemegang dan juga cermin pandang sisi.. Saya dan juga para pengguna motosikal ini menghargai jasa baik Tuan/puan didalam pemasalahan yang kami sedang alami, sekian terima kasih..

    Reply
  13. ghostriderz

    18/12/2010 11:48 am

    Mengenai cerita kenapa tak sponsor bro hadi, pihak Modenas tidak akan mengulas lebih lanjut kerana sensitiviti antara Syarikat & pihak hadi…. biarlah pihak Modenas & pihak hadi yg tahu perkara ini.

    Walaupun banyak tomahan yg dikenakan ke atas pihak Modenas, namun pihak Modenas mempunyai sebab-tertentu yang valid untuk tidak dapat sponsor pihak hadi. Sekiranya, pihak Modenas secara open memberitahu perkara sebenar, akan lebih ramai pihak lain akan terasa & keadaan akan lebih kusut….

    Apa yang boleh diberitahu disini adalah ‘Perancangan awal dan semangat setiakawan bikers adalah penting untuk memastikan kejayaan kita bersama’

    Bikers are not riders…. Peace No Wars!

    Reply

Leave a Reply

(*) Required, Your email will not be published