Perbezaan palam pencucuh.

Tulisan pada kali ini saya ingin membincangkan mengenai palam pencucuh di mana majoriti pemilik motosikal kenal akan salah satu komponen yang amat penting pada sesebuah motosikal.Hah..ada yang tak kenal ke?Nama biasa yang disebut adalah ‘plug‘.Pergi kedai kotor pun orang mesti tanya “plug ada?” jarang sangat sebut “palam pencucuh ada”.

Kebiasaannya kita jarang ambi peduli apa maksud angka pada kod sebiji plug.Kod seperti NGK BP8 dan NGK BP7 mempunyai makna tersendiri di mana angka tersebut merupakan perbezaan julat haba yang terdapat pada sebiji palam pencucuh.

Perlu anda tahu bahawa kod julat suhu atau haba ini berbeza mengikut jenama.Jenama dari jepun menerangkan maksud angka yang lebih tinggi adalah ‘sejuk’ mankala yang lebih rendah adalah ‘panas’.Berbeza dengan jenama dari Eropah mereka melabelkan angka yang rendah adalah ‘sejuk’ manakalan angka lebih tinggi lebih ‘panas’.Jadi NGK BP8 lebih sejuk dari NGK BP7.Apa yang panas dan apa yang sejuk?

“Awas! hati-hati membeli palam pencucuh jangan membeli jenama yang tidak bersesuaian dengan cuaca di negara kita.”:)

Baik,nombor ini menggambarkan tahap haba yang boleh diterima oleh palam pencucuh berkenaan di mana lebih tinggi nombornya maka lebih lambatlah tahap kepanasannya.Oleh itu ia amat sesuai untuk digunakan untuk melakukan perjalanan jarak jauh.

Mankala palam pencucuh jenis sejuk sesuai untuk kegunaan jarak dekat terutama pada motosikal 2 lejang.Tahap mendakan karbon juga dapat diminimakan.

Cuba anda bayangkan untuk perjalanan yang sekejap-sekejap anda menggunakan plug jenis sejuk.Mendakan karbon di dalam ekzos akan cepat bertambah kerana pembakaran yang kurang lengkap.Lama-kelamaan jika keadaan ini dibiarkan prestasi motosikal anda juga akan menurun.

Palam pencucuh perlu ditukar pada setiap 10,000 km bagi memastikan percikan api sentiasa di tahap optima.Jadi janganlah lokek untuk membeli sebiji plug sekiranya dah sampai masa kena tukar tukarlah segera.

Sekian

wira duniamoto                                                                          

21 thoughts on “Perbezaan palam pencucuh.

  1. boleh x saya pakai plug yang menghasilkan api yang lebih besar dari yang sedia ada kepada LC saya.ada suggestion x untuk plug yang sesuai selain plug standard.ada efek x.

  2. kalau yang menghasilkan bahan api rendah, moto jd slow tak pick up. Tapi kalau dah terlebih emmmm…..
    Tak tau hahaha. Pernah baca tapi Aku tak ingat la ezat. Tapi kan kalau pakai yang standard tu murah dan mesti blh pki. Sapa2 tau? aku pn nk tau gak ni

    • Salam Bro Wira…
      Berkenaan palam pencucuh,,
      Jenama yg paling best utk guna kt moto 4stroke
      ape ek?? Dgr2 mmbe ckp NGK IRIDIUM bgus…
      Tp xtaw lak kelebihannya ape…sesuai ke msuk kt
      moto stndrt?efeknya…
      Mntk tnjuk ajr bro….

  3. Salam Bro Wira…
    Berkenaan palam pencucuh,,
    Jenama yg paling best utk guna kt moto 4stroke
    ape ek?? Dgr2 mmbe ckp NGK IRIDIUM bgus…
    Tp xtaw lak kelebihannya ape…sesuai ke msuk kt
    moto stndrt?efeknya…
    Mntk tnjuk ajr bro..

    • A’kum bro…ape kata ko try G Power punya plug….selama ni pun aku dok guna plug tu walaupun mtor LC aku standard lg…senang start..api cantik gak bro..tp kat mtor aku la…xtau la kat mtor ko mcm mana…tp aku rasa kalo mtor ko standard, xde masalah bro..try la..blum try blum tau beb.. :)

  4. Salam semua..
    1.Plug apa bagus untuk 135LC?
    2.Berapa harga?
    3.Perjalanan jauh dan dekat?
    4.Berapa ribu perlu tukar?

    TQ

    • as…kum
      Setting biasa LC dari kilang dah cukup utk d gune kan dlm pelbagai bentuk kerja harian , so tak perlu ubah ape2 jika motosikal itu dlm keadaan stendet
      wassallam

  5. *wira, cube perati ayat ni. macam ada salah tulis. sepatutnye tulis panas tp wira tulis sejuk..
    tp klu aku salah faham, sori…

    Baik,nombor ini menggambarkan tahap haba yang boleh diterima oleh palam pencucuh berkenaan di mana lebih tinggi nombornya maka lebih lambatlah tahap kepanasannya.Oleh itu ia amat sesuai untuk digunakan untuk melakukan perjalanan jarak jauh.
    Mankala palam pencucuh jenis sejuk sesuai untuk kegunaan jarak dekat terutama pada motosikal 2 lejang.Tahap mendakan karbon juga dapat diminimakan.
    Cuba anda bayangkan untuk perjalanan yang sekejap-sekejap anda menggunakan plug jenis sejuk.Mendakan karbon di dalam ekzos akan cepat bertambah kerana pembakaran yang kurang lengkap.Lama-kelamaan jika keadaan ini dibiarkan prestasi motosikal anda juga akan menurun.

  6. as…kum
    Kriteria memilih plug amat mudah jika utk kegunaan biasa gune je stendet tapi kalau utk perlumbaan guna yg mempunyai percikan spark yg tinggi , ok bro selamat mencuba
    wasallam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>