DuniaMoto.com – Blog Informasi Motosikal

Perbezaan Rantai X-ring dan O-ring

Salam kembali kepada semua pembaca duniamoto.com sekelian. Alhamdulillah akhirnya saya dapat menulis kembali di blog ni selepas membeli laptop baru beberapa hari yang lepas. Harap tiada lagi kejadian yang tak diingini lepas ni.

Sebelum saya meneruskan perbincangan, mohon maaf sekiranya tak dapat bersama-sama bro semua berbincang masalah berkaitan motosikal terutama di topik Yamaha 135Lc. Banyak ilmu-ilmu permotoran yang dapat dikongsikan bersama di topik ni.

Ok terus ke tajuk yang ingin saya bincangkan. Mungkin ada yang dah tahu namun tak kurang juga yang belum tahu apakah rantai x-ring dan o-ring.

Kebiasaannya motosikal berkuasa rendah di negara kita dilengkapi dengan rantai jenis o-ring bagi alatan standard. Namun pemilik motosikal boleh menukarkannya kepada rantai yang lebih baik seperti rantai jenis x-ring.

Penggunaan rantai x-ring banyak didapati diarena perlumbaan termasuklah cubprix di negara kita. Selain tu motor-motor berkuasa besar sudah tentu cenderung menggunakan rantai jenis x-ring kerana ketahanannya lebih tinggi daripada rantai 0-ring.

Saya tak pasti harga yang tepat dipasaran tapi ianya boleh mencecah ratusan ringgit. Apalah gunanya kalau motor bro dah power tapi masih menggunakan rantai o-ring..he..he..he..saje bakar sikit.

Antara kelebihan rantai x-ring dapat mengurangkan geseran dengan tindakan bersimpul di antara plat tepi bunga rantai berbanding jenis o-ring yang agak ‘terpenyek’ ketika kelajuan tinggi. Tindakan tersimpul rantai jenis x-ring yang begitu kenyal ini dapat menambah keupayaan penampanan atau “cushion”. (Rujuk rajah di bawah)

Rekabentuknya juga dapat menghalang kotoran dari menyelinap di celah antara rantai serta berupaya mengekalkan pelincir di dalamnya dengan lebih berkesan berbanding rantai jenis o-ring.

Baiklah saya ingin menjawab beberapa soalan yang sering diajukan berkaitan rantai x-ring yang saya terima melalui blog dan juga emel.

  • Soalan 1: Apakah perbezaan di antara rantai x-ring dan 0-ring?
  • Jawapan: Rantai jenis x-ring mengurangkan 50% kesan geseran dan menghasilkan 50-100% ketahanan jangkahayat rantai. Ia mempunyai pelapik getah di antara bunga rantai yang berbentuk X serta tidak ter’penyek’ ketika suhu tinggi.
  • Soalan 2: Adakah rantai x-ring lebih tahan dari rantai o-ring?
  • Jawapan: Ya sudah tentu. Ketahanannya lebih kurang 1.8 kali ganda daripada rantai o-ring.
  • Soalan 3: Apakah rantai jenis x-ring perlu diminyakkan sepertimana rantai jenis o-ring?
  • Jawapan: Ya sudah semestinya.
  • Soalan 4: Apakah minyak pelincir yang sesuai untuk rantai jenis x-ring?
  • Jawapan: Mana-mana minyak pelincir yang ada dipasaran boleh digunakan sama seperti rantai jenis o-ring.
  • Soalan 5: Berapa kerap rantai x-ring perlu diminyakkan?
  • Jawapan: Sama seperti rantai o-ring iaitu pada setiap 500km perjalanan.
  • Soalan 6: Bagaimanakan cara membersihkan rantai jenis x-ring?
  • Jawapan: Gunakan minyak tanah untuk membersihkan rantai dan jangan menggunakan bahan kimia lain seperti WD-40, petrol, alkohol atau benzine. Segera minyakkan semula rantai setelah dibersihkan.

Seterusnya lihat gambarajah di bawah untuk mempelajari teknik yag betul meminyakkan rantai. Kalau bro perasan teknik yang salah tersebut banyak diaplikasikan dibengkel-bengkel motosikal di kampung mahupun bandar.

                                           

                                            

Lebih baik buat sendiri dari serahkan pada mereka yang tak tahu teknik yang betul untuk meminyakkan rantai. Kalau kita tegur nanti mereka ingatkan kita nak mengajar pulak.

Sekian harap memberi manfaat pada semua.

-Wira DM

Related Posts

  1. Rantai Bising Apa Puncanya?

42 Responses to “Perbezaan Rantai X-ring dan O-ring”

  1. Sesumpah LC says:

    yang 1 lagi saiz rantainye lebih kecil dari rantai2 biasa tu mcm ne lak?? ok ke gune rantai tu kat moter?? adakah ia ada 2 jenis x-ring dan 0-ring?? yang slalunya saya jumpa warna gold..mcm ne erk???

    Reply this comment

  2. antusakit says:

    Sesumpah LC : rantai warna gold 2 lh jenis x-ring..
    rantai : 415.
    motor track slalu pkai..
    cuma harga mengikut brand..
    kalo nk budgetnye & ok ko bli brand triple S (SSS)..
    tp kene pandai jage gk coz spoket cpt tajam kalo x jage..
    cara2 nk jage die yg paling malas time ko basuh moto 2 ko cuci rantai 2 dgn air sabun smpai bersih pas dh kering ko ltk lh minyak sambil ko adjust2 rantai 2..
    kalo nk lg mls jage rantai 2 ko pkai full set cover rantai..lg senang..
    sbbnye rantai ni terdedah dgn habuk & air hujan 2 yg cepat rosak..
    sblm ni aku dh pkai kt RXZ 2thn bole tahan..
    moto trek 2 laen lh sbb bkn bwk jln2 pun..

    ok..selamat mencuba..

    Reply this comment

    fizul LC Reply:

    bro nk tye x-ring 415 brand ape yg pling bgus????

    Reply this comment

  3. Antusakit pakai sampai 2 tahun dah kira berbaloi tu. Walau apa pun penjagaan lebih penting.

    Sesumpah…kalau nak beli biasanya kat kotak dah ada tertulis x-ring atau o-ring.

    Aku pernah juga pakai rantai ni pada TZM hampir 2 tahun gak baru tukar.

    kalau kaki lenjan motor macam aku dulu rantai biasa
    6 bulan jer dah k.o .

    Reply this comment

  4. ezat LC says:

    aku rasa ler mengikut pengalaman aku pakai motor.jaga minyak jer sbb rantai ni besi.asal ada minyak pelincir,kurang skit dia punya geseran.pastu jangan bagi dia kendur.sbb bila kendur tu yang makan sproket.xpayah tunggu 500km pun xpe.sbb kita boleh nampak rantai tu berminyak atau x.kalau dah berkarat tu,kompom ler xde minyak.kalau buh minyak pun,xperlu byk2.agak2 jer.nanti merecik kat tayar belakang.pakai rim hitam ok ler xnampak sgt.kalau putih mmg nampak ler.cuma beza rantai yang berharga mahal ni,dia tahan lasak sbb menggunakan keluli yang berkualiti begitu juga teknologi pembuatannya.

    nasihat aku,tgk poket sendiri.tp kalau kedekut sgt pun xblh jugak.

    Reply this comment

    Wira Duniamoto Reply:

    kalau rasa nak jimat guna yg biase jer
    tapi lebihkan penjagaan dari segi minyakkan
    rantai. Terutama baru lepas jalan dalam hujan.

    Bawa spare minyak rantai kalau jalan jauh seperti balik kampung. Kemungkinan rantai akan jadi kering dan tegang sebab minyak dah kering disebabkan air hujan.

    Boleh jalan jugak tapi motor akan terasa bergegar dan nasib tak baik boleh putus di tengah jalan.

    Reply this comment

    yukey Reply:

    salam…bro…lc 135 pkli rantai pe sdp ek..??
    ak ari2 jln 160km…
    klu rantai 415 ok x..??
    ak xpnh pki coz ari tu ak nk pki..tp kwn ak ckp xya coz nnt engin drop..btl ke..??

    Wira DuniaMoto Reply:

    Maybe rantai dah terlalu kering dah bertambah tegang. Biasanya minyakkan semula rantai akan kembali kendur dan normal.

  5. Sesumpah LC says:

    HUH.. aku dah pakai awal dah rantai spoket kecik ni sblm aku bg komen…. tp trase senyap semacam je bunyi ranyai ni, filling la 1st time pakai.. sblm ni aku pakai rantai RKM,kat kotak RKM tu tulis tahan sampai 25000km..tp aku jg cantik punye pun, baru dalam 18000km dah bunyi ketak2 mase bjalan..mungkin sbb aku slalu sgt main pic up dan rembat kot=(

    tq 4 all my prezzs 4 de information….

    Reply this comment

    Wira DuniaMoto Reply:

    Kekadang bukan sebab selalu main pick-up je rantai boleh cepat bunyi.

    Kena setting betul2 supaya kiri dan kanan skru penegang rantai pada swing arm tu seimbang.

    Ramai yg perasan. Bila tak seimbang ni yg menyebabkan spoket cepat haus sebab tak center.

    kalau ‘kuli’ tokey woksyop tu biasanya main taram jer sebab nak cepat. Asalkan rantai tegang sudah.

    Reply this comment

  6. zaimi says:

    kalau kita lincirkan rantai pakai minyak gri mcmana?? cepat haus ke?? gris yg spray tu??

    Reply this comment

    Wira DuniaMoto Reply:

    Spray rantai yg biasa digunakan tu bukanlah
    gris. Cuma ianya lebih likat dari minyak
    biasa.

    Reply this comment

    Kaki Jalan Jauh Reply:

    minyak gris sesuai utk motor yg pkai kotak rantai, lebih tahan lama. Utk rantai terdedah,pakai minyak dlm tin(sembur) tu

  7. midi says:

    blh bg tau x apakah jenis minyak yg sll digunakn utk minyakan rantai?
    tlg bg tips utk tegangkan rantai..

    Reply this comment

    Wira DuniaMoto Reply:

    Gunakan minyak 4T pun boleh tapi…kalau beli
    yg komersial(dlm tin spray) punya pun ok.

    Sebelum tegangkan rantai cari bahagian yg paling tegang dulu lepas tu baru setting skru dikiri dan kanan utk tegangkan rantai.

    Reply this comment

  8. izu says:

    Salam Bro.Wira..

    Ni nak mintak pandangan ttg sproket skit. Sy mmg tak reti sgt pasal moto ni..pakai moto pun baru stahun lebih. Harap bro. dpat tlg mane yg mampu la.

    -Sy pakai honda wave 100 yg lame.
    -Masa mula2 sy dapat motor ni, sproket die 14-33.(Dah pakai dalam 2 tahun)
    -Masalahnya sy takut kalau2 ade kesan pada enjin sebab sy slalu berdua dgn isteri dan mungkin agak berat. Tambahan pulak ada box.
    -Selalu lalu jalan yg berbukit2, dan selalu guna motor untuk perjalan yg jauh (KL-Kuantan-Rompin-JB-KL).
    -Jd saya tukar kepada sproket 14-38 (standard). Tapi tak best sbb baru sampai 80 enjin dah mengaum dan motor bergegar. Mungkin sbb enjin dah biasa dgn 14-33. Mungkin la..saya tak tahu..
    -Kemudian sy tukar 14-35 dan agak steady walaupun still berat utk naik bukit. (better than 14-33)

    Ok ke padanan yg sy buat? Apa pendapat Bro.Wira? Ada cadangan lain?
    Kalau 15-35 ok tak? (sy ada spare spoket 15)

    Selain tu nak tau jugak sesuai ke kalau sy pakai spoket 420 berbanding 428 yg sy pakai skrg. Selamat ke?

    Maaf sbb lari dr tajuk.

    Reply this comment

    Wira DuniaMoto Reply:

    W’salam Izu.

    Pelarasan yg pertama saya rasa lebih sesuai iaitu 14-33 kerana Izu sering buat perjalanan jauh.

    Jangan rsiau pasal enjin terbeban sekiranya Izu tahu teknik2 menunggang yg betul iaitu tidak memaksa motor utk bergerak mendaki dalam gear teratas selain dari membazir minyak.

    Saya memang takdapat nk beri saiz yg tepat namun biasanya Izu cuba sendiri.

    Satu jer tips nak setting spoket dan rantai iaitu tambah satu mata kalau turunkan satu mata dibelakang dan begitulah sebaliknya. Jadikan saiz standard sebagai rujukan naik turun gigi spoket motor Izu.

    Berkenaan saiz spoket 420 atau 428 tu maybe Izu salah tulis. kalau tak silap itu saiz utk rantai.

    Boleh pakai 428 takde masalah.

    Paling penting kalau sebelum jalan jauh lihat ketegangan rantai dan jgn lupa minyakkan rantai.

    Satu lagi tips sentiasa bawa pin penyambung spare utk rantai motor dan juga playar tirus manalah tahu kalau putus rantai ada juga ‘penyelamat’nya.

    Saya pernah alami situasi ini.

    sekian

    Reply this comment

    izu Reply:

    Ok bro Wira..tq v/much!

  9. yukey says:

    salam…bro wira…
    k tny la…klu lc pki rantai 415 leh ke.??xde kesan sanpingan ke..de org ckp engin leh drop..
    n sporket pe ngam nk pki kat lc..
    ak gune 15 39..tp xde top..ble kecikkan..lg x leh bela..np agak2nye…?

    Reply this comment

    Wira DuniaMoto Reply:

    Cuba baca komen2 di http://duniamoto.com/permotoran/review-motor/yamaha-135-lc.html

    Rasanya persoalan ni akak terjawab di sana.

    Reply this comment

    Yus LC Reply:

    as….kum
    apesangkut paut rantai dgn enjin adussssss
    wasallam

    Reply this comment

  10. Nastro Azzurro says:

    bila bercerita tentang rantai, ramai yg gemar gunakan saiz rantai 415. tapi utk perjalanan yg selesa lebih baik gunakan saiz yg besar sedikit seperti 428, ini kerana keadaan litar tak sama dgn keadaan jalanraya biasa..
    Utk prestasi terbaik, gunakan jenama RKM/DID..tukar rantai sekali set dgn gegancu(sprocket).

    Fungsi rantai dan sprocket antaranyer adalah menstabilkan kuasa motosikal, sbb itu sistem gear digunakan..tetapi utk memanipulasi kelajuan dgn menggunakan final drive adalah sukar..lebih baik menukar jenis gear dgn jumlah gigi dlm kotak gear.

    Kelegaan juga memainkan peranan penting, bila nak melaraskan rantai..kendurkan kemudian putarkan roda sehingga kepada bahagian rantai mula tegang. baru laras semula..

    Berdasarkan faktor lenjan melenjan, rantai dan sprocket baru RKM 428 hanya boleh bertahan sehingga 8,000km ~ 10,000km.

    Perlu diingatkan jgn sesekali menggunakan petrol sbb petrol boleh merosakkan O-ring, sebaiknyer gunakan kerosin/minyak tanah semasa nak mmembersihkan rantai. Sprocket juga memerlukan penjagaan, bersihkan sprocket belakang dan juga SPROCKET DEPAN. Utk melincirkan rantai, gunakan minyak gear berkelikatan 80~90 atau chain spray.[tetapi dgn chain spray terutama MOTUL lebih byk debu dan kotoran yg akan melekat pada rantai & sprocket..kesudahannyer? HAUS] Jadi lebih baik gunakan bila memasuki litar.

    Reply this comment

  11. ajis LC_WSD says:

    as’kum….
    wira, ak nak tanye sikit ni. kalau kita guna minyak disel untuk cuci rantai bleh ke.. sbb minyak disel nak sama dengan minyak tanah. kadang2 minyak tanah susah nak dapat. nak pakai sabun susah nak bersih sepenuhnye…

    Reply this comment

    Wira DuniaMoto Reply:

    Minyak diesel boleh pakai cuma jgn petrol atau WD40 nanti O-Ring cepat rosak.

    Reply this comment

  12. YUS LC bekas mat rempit says:

    as……kum ake tk faham kenapa diorang suke pakai rantai kecik,mase aku pakai motor2 2stroke dulu selalu rantai putus mase nk pickup atau wheelie
    wasallam

    Reply this comment

    Wira DM Reply:

    Samalah macam pemikiran pakai tayar kecik.
    Pada hal banyak mendatangkan mudarat.

    Tapi syukur sekang ramai yg dah sedar.

    Reply this comment

    YUS LC bekas mat rempit Reply:

    as…..kum terasa pulak aku bile sebut pasal tayar kecik ni sebab memang aku dah pasang pada LC aku he….he….he……tapi nasihat yg baik patut diingat malu pulak pecah tembelang sendiri
    wasallam

    Wira DuniaMoto Reply:

    Laa…ko pun pakai takpe la
    ekonomi meleset..tayar kecik ni
    murah sket.

  13. YUS LC bekas mat rempit says:

    as…..kum minat punye pasal tk meleset pun aku pakai sebab aku pun jalan dkat 2je kalau nk kene long skit aku guna kereta yg pakai tayar sotong juge kekadang tu bile kete aku nk mendaki bukit pun aku tk guna tayar
    wasallam

    Reply this comment

  14. ikramx says:

    Salam mr Wira DM…Thanks sbb bgtau pasal cara yang betul nak spray rantai tuh…Sebelum nih saya buat cara yg salah tuh…Boleh saya tau kenapa spray kat tepi sproket tuh tak?Rasional and compare to the wrong way…at least boleh tiaw balik pomen yg buat cara salah tuh…;)

    Reply this comment

    Wira DuniaMoto Reply:

    Secara logiknya spray kat luar peratus minyak rantai
    yg masuk ke celah2 o-ring amat sedikit berbanding
    spray dari dalam.

    Lagipun dr dalam lagi cepat meresap dan percikan minyak juga dpt dikurangkan.

    PS: Jgn ‘tiaw’ dia nanti kena caj mahal plak
    next time. Lagi elok wat sendiri jer.

    Reply this comment

  15. 7344_cHrOme says:

    Salam bro wira,,
    Sorry r klu aku ni ketinggalan..
    Nk tanya skit psl rntai X-Ring ni,jenama ape yang bgus diguna n klu bli kt kdai,agk2 dieorg tau x rntai X-Ring ni??sbb aku rse cm saintifik(btol ke ayt ni?) sgt nme X-Ring ni klu tanye kt kdai2 moto biasa ni..huhu

    Reply this comment

    Yus LC Reply:

    as…kum
    barang racing sekarang nie kedai sparepart pun ade jual bro duit je yg tak cukup
    wasallam

    Reply this comment

    7344_cHrOme Reply:

    Salam Yus,,,
    Jd nyer rntai X-Ring ni brg racing la yer??

    YUS LC bekas mat rempit Reply:

    as…kum
    iye
    wasallam

  16. Kaki Jalan Jauh says:

    Tambahan utk jawapan no 5, minyakkan rantai 500km ataupun jika selepas kena ujan sbb minyak pada rantai cepat kering

    Reply this comment

  17. izor says:

    salam bro.. nak tye sket pasal sprocket.. kerosakan pd ssprocket bleh mnyebabkan gegaran pd moto ker? sbb moto saya ada rasa cam gegaran r.. igtkan gempa bumi ker..

    Reply this comment

    Hasif Hilmi_7344 Reply:

    Salam..
    Mungkin klu pkai sprocket bsr ade rse gegar skit..

    Reply this comment

  18. azrul says:

    macam mana nak tau kalo rantai tu o-ring ker atau x-ring..kalo beli kat kedai..nak ckp mcm mana yer..?

    thanks

    Reply this comment

  19. one tech says:

    assalammualaikum….
    nak tanye pendapat… aku ade pasang chain tensioner brand racing boy kt lc aku (pasal malas sket nk tegangkan rantai). ade ape2 pro & kontra ke pasang menatang tu? stakat ni kelebihan nyer adalah rantai sentiasa tegang. lain, blom dapat di kesan.
    trimas atas respon…

    Reply this comment

  20. rotomalig says:

    salam suma..nk tnya sal chain tensioner brand racing boy ni..lau dgunakan..pastu xperlu lg nk tegangkan rantai ke?smpi tukar rantai baru?

    Reply this comment

    Yus LC tidak merempit lagi Reply:

    as…kum
    Tk semesti nya begitu, ade ketika nye rantai ko akan jadi lebih panjang jadi pelarasan biasa adalah perlu
    wasallam

    Reply this comment

Leave a Reply