Perjumpaan Pemilik Yamaha 135LC
Salam sejahtera semua,
Di bawah ni saya cuma nak sampaikan sedikit pengumuman penting dari saudara Maos.
Assalamualaikum bro2 dan otai2 LC semua.
MAOS bercadang nak mengadakan perjumpaan bro2 LC yang ingin bersama-sama merancang aktiviti konvoi kita untuk tahun 2009 ini. Butiran perjumpaan seperti di bawah:
Tarikh dicadangkan : 8hb Mac 2009 (Ahad)
Tempat perjumpaan : Hentian PLUS Restoran Jejantas Sungai Buloh,Selangor (dalam KFC)
Masa : 11 pagi
Hp MAOS – 019-3145615MAOS harap ada respon. Kalau boleh setiap negeri yang berdekatan ada wakil. Hari Isnin tu kita cuti Maulidurrasul.
Agendanya, sama-sama berbincang untuk mengadakan aktiviti konvoi bagi tahun ini.
Mohon jasa baik Wira dan bor2 semua menghebahkan makluman ini. MAOS tunggu otai2 dan bro2 semua pada hari dan masa yang berkenaan.
JIKA ADA PERUBAHAN, MAOS AKAN MAKLUM SEMULA DALAM BLOG INI. HIDUP 135LC.
TqTqTq.
Baiklah siapa yang berminat boleh terus hubungi Maos atau untuk pertanyaan sila ke ruangan komen.
Pada 8 Mac lalu perjumpaan telah pun diadakan dengan jayanya dan di bawah adalah laporan dari saudara Maos:
Salam Wira dan semua Otai dan Bro LC yang dihormati. Alhamdulillah, 8hb yang lepas, jam 11am sampai lebih kurang 1.30 tengahari, telah selamat diadakan perjumpaan dan perbincangan bro2 LC untuk perancangan aktiviti konvoi kita nanti. MAOS lapor sket.
Hadir seramai 13 orang campur seorang awek (dah ada yang punya bro)
MAOS,Yunus,Yusri,Tuan Zamunir(ontok),Faizal,Zaidi,Aziz,Khairul Azmi(Han2-Lc) dan awek,Fakrulrazey,Hanis(Are-nip),Hafif Khan(Amy),Faizul dan Saiful Lizam (bedot).Perbincangan telah dijalankan dan keputusan telah dicapai.Butiran keputusan perbincangan adalah seperti berikut:Tarikh konvoi : 1hb dan 2 hb Mei 2009 (Jumaat dan Sabtu) 2hari 1 malam.
Tempat tuju : Cherating, Kuantan, Pahang.
Cadangan perjalanan : Bro LC KL dan ke selatan berkumpul di Tol Gombak (Berdekatan UIAM) dan Bro2 LC utara boleh terus ke cherating atau tunggi di lokasi sesuai dalam laluan konvoi. Masuk highway Karak ke Kuantan.
Aktiviti : Konvoi akan check-in di chalet Cherating, kemudian berkonvoi ke Kemaman, Terenggganu untuk makan SATA segar di sana. Round kawasan sekitar Kemaman dan balik ke chalet. Malam, kita BBQ dan sesi taaruf. Esok paginya, kita mandi laut, teengahari check-out dan konvoi akan bergerak balik ke KL dan lokasi masing-masing. INSAALLAH kita sama-sama usaha dan doa agar aktiviti ini MENJADI dengan selamatnya.
PERLU BANTUAN BRO@ LC DI KUANTAN DAN KEMAMAN. Jika ada, sila hubungi MAOS 019-3145615 untuk urusan tempahan chalet, makan sata, bbq dan lain-lain yang dirasakan perlu dan sesuai.
Kepada WIRA, minta jasa baik macam dulu, buatkan promosi dan pengesahan penyertaan.
Satu lagi perjumpaan akan diadakan sebelum kita jalankan konvoi ini kelak, tarikh dan masa akan ditetapkan kemudian. Ada satu bulan setengah untuk semua bro LC buat perancangan dan ajak member2 LC lain untuk join.
Macam konvoi dulu, semua perbelanjaan dan risiko adalah ATAS TANGGUNGAN SENDIRI.
Terima kasih kepada semua Bro LC yang datang hari tu…Dalam perbincang hari itu juga, MAOS ada cadangkan satu aktiviti perjumpaan ringkas bro2 LC di lokasi2 yang ditentukan oleh mana2 bro yang nak anjurkan pertemuan tersebut, kita namakan aktiviti KOPITIAN LC (KTLC)…contohnya, bedot nak ajak bro2 lc KTLC pada malam minggu, bedot catat je dalam blog ini masa dan lokasi, sesiapa yang nak join, jumpa kat sana. Dalam perjumpaan itu, bolehlah bincang dan bertukar2 pendapat tentang LC dan blog kita ni.
Pasal stiker LC tu, bagus sangat2…INSAALLAH kalau WIRA jadi anjurkan pertandingan mencipta logo ini, MAOS akan sediakan hadiah berupa barangan moto LC seperti Minyak Injin Hi-Tec Motuil bernilai RM42, Oil Filter ore dan Spugplug Ore…pendek kata 3 barang power untuk servis LC akan MAOS hadiahkan kepada yang berjaya. INSAALLAH.
Moga Konvoi kita dapat sembutan dan kerjasama semua. Nak seramai2 yang boleh…kita penuhkan jalan ke Cherating dengan LC…Tqtqtq
Seakian
Wira DuniaMoto

Harap geng2 lc support acara yg Maos bakal anjurkan ni.
Apa yg saya lihat Maos begitu bersungguh dan bersemangat dalam menyatukan hati sahabat2 permotoran walaupun pada asalnya hanya kenal di internat terutama di blog ni.
Kalau tak kerana kesungguhan Maos dah tentu acara konvoi yg lalu gagal dilaksanakan.
So sama2 kita beri sokongan.
Reply this comment
as….kum sokongan pada acara yg sihat ni patut kita terima dgn hati yg iklas,bukan apa di samping dapat berkenalan dgn pemilik LC kita juga dapat melawat tempat2 menarik di sekitar tanahair selagi LC kita bergerak,MAOS ape yg ko cadangkan aku beri markah penuh walaupun kekadang ade org kondem LC ni cuma kapcai, tapi 1st riding ko dah berjaya
wasallam
Reply this comment
sokong sokong..!!!!!!!
Reply this comment
aku 100% skong ape y da maos anjurkn… thank ntuk wira sbb ushakn ape y da drancgkn… smoga konvoi kli nie… jd ttik tolak mmbsarkn lg kuantiti ahli2 lc…
Reply this comment
as…kum membesar bagai johan
wasallam
Reply this comment
kalau bdak2 johor nak join jumpa kat mane ea..
kurang detail la penjelasan tu..
Reply this comment
YUS LC bekas mat rempit Reply:
April 4th, 2009 at 4:35 pm
as…..kum maksud nyer perjumpaan pade 11/4/2009 tu, atau KTLC bulanan
wasallam
Reply this comment
weyh..aku bru beli lc..
nk join!!
Reply this comment
YUS LC bekas mat rempit Reply:
April 30th, 2009 at 9:36 pm
as…kum
selamat sejahtera joinlah takde sape nk larang
wasallam
Reply this comment
modzed Reply:
October 4th, 2009 at 6:31 pm
salam
ko bli model klac tangan ke?
Reply this comment
salam
Reply this comment