Raja Supersport

Yamaha R-6

Salam,

Menawan, cute,garang dan macam-macam lagi akan terkeluar dari mulut pencinta-pencinta motosikal bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh dunia memuji `baby` baru dari Yamaha ini.Saya sendiri termimpi-mimpi memikirkan bilakah dapat memiliki `roket` ini.Anda bagaimana?

Sekali lagi dunia permotoran dimeriahkan dengan hasil ciptaan mesin yang cukup menggiurkan. Model baru Yamaha R-6 ini betul-betul menyerupai Yamaha M-1 yang ditunggang oleh `The Doctor` pada perlumbaan MotoGp. Teknologi MotoGp yang membawa kejuaaraan kepada Valentino Rossi telah diserapkan kepada R-6  ini.

Prestasi tak usah ceritalah kaki motor dah boleh agak dia punya `power` yang kita nak cerita bilakah motosikal berkuasa besar akan menjadi munasabah harganya jika dibandingkan dengan negara jiran. Cukai import sekarang teramat tinggi jika nak dibandingkan dengan cukai import kereta.S aya bukan nak mencemuh kerajaan tetapi meminta belas ikhsan agar kurangkanlah cukai ini kepada nilai yang sepatutnya.

Jika kita amati sekarang ni rata-rata pemilik `superbike` adalah dikalangan mereka yang berduit yang betul-betul  sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkannya. Bagi yang berpendapatan sederhana macam saya ni he..he..he.. bila la nak merasa. Saya pasti ada di kalangan anda yang memiliki `superbike` pada masa ini amat bersyukur kerana paling tidak pun sudah `merasa` kehebatan mesin berkuasa tinggi.

InsayaAllah sesuatu yang positif pasti akan berlaku sekiranya kerajaan menurunkan cukai import keatas `superbike`. Kita lihat penunggang-penungang `superbike` lebih berdisiplin jika nak dibandingkan dengan penunggang lain. Walaupun mereka memecut laju di lebuh raya tapi lihat lah cara berpakaian mereka lengkap dengan `sut` keselamatan. Lagi pun motosikal berkuasa tinggi mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi kalau nak dibandingkan dengan `kapcai` yang sedang bermaharajalela di negara kita.

Cukuplah setakat ini untuk saya berceloteh.

Sekian.

Wira DuniaMoto

This entry was posted in superbike and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Raja Supersport

  1. honey says:

    actually aku memang nak tau sangat harga bagi jeis motor 600cc ni, tak kire lah yamaha, honda o suzuki, plz le subcribe kan kat aku…

  2. Honey harga biasa bagi motor2 kategori 600cc dalam lingkungan RM55,000 ke atas(motor baru) untuk semua model termasuk Yamaha,Suzuki,Kawasaki dan Suzuki.

    Harga detil cuba pergi melawat showroom motor yang berhampiran atau dapatkan majalah motor trader.

  3. YUS LC bekas mat rempit says:

    as….kum
    ini motot 2nd pun manyak tinggi halega wooo
    wasallam

  4. YUS LC bekas mat rempit says:

    as…kum
    dari pemerhatian aku pade dunia maya ni,aku dapati motor sbk paling best adalah jenama suzuki sebab bagi peminat sbk motor jenama nih mmg jenis laju dan antara mantaince terbaik dlm kategori raja sbk
    wasallam

  5. babyboy says:

    ohh tidak moto idaman ku.. kenapa la mahal sgt..

  6. riderNINJA says:

    Ho.! Betul wira. .! Kbykn rider2 sbk mmg lebih brdsiplin sprti sy yg juga rider sbk ninja zx10r. . Hehe. . Rider sbk mmg safety first contohnya mcm sy juga..kalau sy ride jauh2 x pkai sut alpinestars racing yg sy bli pd hrga rm6 ribu lebih ni.sy rasa mcm x lengkap je n lg sy mmg x fikir tentang duit bile pakai superbike ni. Walaupun dh 3 tahun pakai ninja ni..sy mmg x tahu brapa puluh ribu duit yg telah sy laburkn.asalkn sy puas mrasa mnjadi king of the road n hghway, menikmati power dn kelajuan yg sgt laju pd motosikal super ni. . Sy pn brdoa agar suatu hari jln2 dmalaysia ni dbanjiri oleh superbike.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>