DuniaMoto.com – Blog Informasi Motosikal

Rantai Bising Apa Puncanya?

Salam dan selamat sejahtera,

rantaiPersoalan rantai bising ramai yang menganggap merimaskan terutama pada kelajuan tinggi. Saya sering menerima emel agak bertubi-tubi hu..hu..hu.. terutama secara personal menggunakan ruangan “Hubungi Kami”. Terima kasih kerana memberi kepercayaan DuniaMoto untuk menjawab sebarang pertanyaan.

Punca-punca rantai berbunyi kuat antaranya:

a) Bukan kerana rantai tersebut besar atau berat tapi disebabkan keadaan rantai tersebut berdebu, kotor danrantai-motorberkarat. Debu yang mengandungi pasir akan melekat dan masuk dicelah-celah rantai dan menyebabkan ia menjadi tegang dan mengeluarkan bunyi bising. Lagi satu spoket juga akan cepat haus dan poket pun haus juga. Jadi kenalah rajin cuci rantai motosikal kita dengan menggunakan apa-apa berus tapi saya lebih suka gunakan berus gigi terpakai. Gunakan minyak tanah jangan minyak petrol atau sabun sebab O-ring akan cepat rosak. Lepas tu minyakkan semula rantai dan selesai masalah bising.

b) Masalah ke dua punca rantai bising disebabkan rantai terlalu tegang atau kendur. Kadang-kadang kita tak perasan semasa menegangkan rantai kedudukan tayar tidak sejajar. Pomen sendiri pun tak ambil kisah perkara-perkara remeh macam ni. Sebab kita sebagai pengguna perlu ambil tahu. Pastikan garis penanda sebelah kiri dan kanan lengan ayun sama. Lepas tu cuba meniarap (kalau boleh) di belakang motor dan perhatikan apakah tayar belakang sejajar dengan tayar depan dalam keadaan lurus.

spray-rantaiOk itu dua punca yang biasa dialami oleh kita sebagai pengguna motosikal. Gunakan minyak SAE80 atau 90 untuk menyapu pada rantai motor pada setiap 500km perjalanan. Boleh guna berus gigi terpakai untuk tujuan itu. Atau ada duit lebih beli dalam bentuk spray dalam tin mudah nak dibawa berjalan jauh. Pantang! jangan gris atau WD-40 kerana gris akan menyebabkan debu mudah terlekat dan WD-40 cepat merosakkan O-ring rantai.

Sekian tips ringkas berkaitan penjagaan rantai motor u all :)

Wira DuniaMoto

Related Posts

  1. Perbezaan Rantai X-ring dan O-ring
  2. Motosikal Laris Yamaha 135LC Bermasalah?

28 Responses to “Rantai Bising Apa Puncanya?”

  1. yOu says:

    klau moto LC besenye bunyi rntai dier bising…
    sbb pe ek?

    Reply this comment

    Yus LC Reply:

    as…kum
    Nak elak bising senang je , rajin2 lah minyakkan rantai senyap le dia
    wasallam

    Reply this comment

    7344_chrome Reply:

    Salam..
    Mybe sbb rntai dier pnjg kot..

    Reply this comment

  2. fairuz135 says:

    assalam.
    cuba gunakan rantai takasago dan spoket RKM original.
    insyaallah senyap dan pastikan rantai tidak kendur atau tegang sangat.

    Reply this comment

  3. milsum says:

    hmm..kalu ade bunyi macam bunyi rantai, tapi bukan rantai..bunyi ape tu ek??

    dah try adjust rantai tu,tp bunyi tu tak ilang gak..

    Reply this comment

    Yus LC Reply:

    as……kum
    bearing tayar kot, atau rantai tu dah rosak
    wasallam

    Reply this comment

  4. Pamiy Lc says:

    salam..kalo menyampah bunyi bising,pakai belting plak..haha..wasalam..

    Reply this comment

    Yus LC Reply:

    as….kum
    Tali ikat lembu pun boleh hehehehe
    wasallam

    Reply this comment

  5. zuri says:

    nape moto aku xde pikat tp jauh ada..enjin senyap tp nk jln mcm kna lajak dlu..ada sape2 blh jwb..aku tnya foreman tp dia ckp enjin aku ok je..

    Reply this comment

    Yus LC Reply:

    as….kum
    mungkin auto klac ko dah nak abih
    wasallam

    Reply this comment

    zuri Reply:

    mmg btul jawapan anda..bru smlam aku buat klac..moto mmg pick up..foreman aku ckp,klu nk kuat lg,tukar block lg besar tp standardlah..agk2 ok x idea dia 2..aku biasa bliktganu naik moto..aku tkt moto aku jem ne..

    Yus LC Reply:

    AS…KUM
    saudara boleh tukar blok standart fzi tapi hati2 dgn penipu blok ni ori dgn lokel yg sudara kene pastikan
    wasallam

    zuri Reply:

    nnt kte try cba yus..nnt klu ada modal ckit,blhlah try block fzi plak..cmne yus nk tgk block ori n lokel..cmne beza dia..blh ajr ckit..

    Kaki Jalan Jauh Reply:

    ohh mu balik ganu..hati2 bawok muto..hehe. aku balik petang esok

  6. sani rtm says:

    salam…rantai bising sb pakai rantai murah sangat..pakailaa rantai yang mahal sikit..lg satu jgn buka pelindung rantai..mungkin ada fungsinyer bg mengelak segala benda melekat.wasalam

    Reply this comment

    Yus LC Reply:

    as…kum
    motor baru pun byk rantai terbuke hehehehe
    wasalllam

    Reply this comment

    7344_chrome Reply:

    Salam..
    Sbb LC xde tutup rntai penuh..uih,,

    proton lc Reply:

    akum abg yus lc..nak tanye,sy ada lc 1 edtion,dah 3 thun. bru sekarang nak modi..sekarang mto break down..tak leh idup…sy bukak mgkuk kluct,n main stater,mgkuk kluct tk berpusing…penah kena masalah ni tak? klu pakai stater tgn,boleh pusing..tlg

    Yus LC tidak merempit lagi Reply:

    as….kum
    Moto tak idup ko buke mangkuk klac tu buat ape, kalau rajin lepak live chat atau skype
    wasallam

  7. spark135 says:

    salam..
    sape2 da nk jual coverset LC xda cluth yg latest wrna putih sticker biru tu tlg reply ea..
    budjet ak dlm rm3rat..

    Reply this comment

    boss Reply:

    aku rasa beter ko cari kat kedai lagi bagus
    puas hati

    Reply this comment

  8. motorcycles-review.co.cc says:

    LC nyer cover rantai tak tahan minyak betul2…kene gak dua tiga dot kat baju aku…kalau cover pnjang sket ok..

    Reply this comment

  9. mat nizam says:

    salam..
    emm..aku pakai rantai rkm satu set sume ngan spoket,rantai x bunyi dh..
    dulu bunyi gak sbb mungkin pakai rantai murah kot..
    lg pun,jarang minyak kan rantai..mmg berbunyik..
    aku cadangkan try la pkai rkm,insyaallah
    di jamin keselesaan bunyi..
    hehehe..
    salam…

    Reply this comment

    man Reply:

    salam..
    rantai rkm satu set tu bpe ongkos ny?
    igt nk tkr jgk..owg kate pn rkm bgs..

    Reply this comment

  10. boss says:

    salam
    aku nak tya 125z aku ni ada masalah cket…
    bila bawak ja bnnyi kruk kruk kruk…kat gantang kenapa??? ada 3 bearing kat citu suma aku da tukar pon masih bunyi gak….ada apa2 comment bagi le

    Reply this comment

    Yus LC Reply:

    as….kum
    masa set balik benda tu senget kot , bearing kalau tension pun dia akan berbunyi balik
    wasalllam

    Reply this comment

    boss Reply:

    salam
    aku rasa gantang dia yang problem bearing dah tukar byk kali stil bnyi gak, tmkash bagi pndapat ko

  11. andika says:

    aku pakai fz da setahun lebih. masih rantai n spoket ori. masih elok sebab seminggu sekali boh minyak. bwk laju senyap jer. amal kan insyaallah jangkahayatnya panjang.
    wassalam

    Reply this comment

Leave a Reply