Review Aprilia RS125 Baru
Salam hormat sahabat sekelian.
Majalah Roda-Roda bulan Mac dah keluar ada sape-sape yg perasan tak iklan kat dalam tu dari Moto Millia.

Oh tidak model RS125 dikeluarkan lagi dengan rekabentuk serba baru. Tambah pulak grafik yang mengancam.
Kalau tak silap dalam majalah tersebut Aprilia RS125 yang bakal dijual menggunakan grafik ketika Lorenzo berlumba tahun 2007. Mengancam beb.
Apa yang diiklankan tidak menunjukkan harga sebenar tapi bulanan dari RM277 loan 7 tahun. Emm…tak pasti pulak siapa yang beri pinjaman. Boleh la risik-risik kalau berminat. Pinjaman diberi sehinggan 80% jadi bayaran pendahuluan adalah 20%.
Harganya dalam linkungan RM22,300++ lebih kurang harga Kawasaki NInja250R. Wah dah ada yang cuba membandingkan kedua-dua model ni di forum-forum permotoran.

Apa pun perdebatan di mana-mana forum yang nyatanya kedua-dua model dalam dimensi yang berbeza iaitu dua lejang dan empat lejang, Boleh tanya peminat-peminat motosikal dua lejang apa yang menariknya enjin jenis ini.
Mungkin atas faktor inilah menyebabkan Aprilia berani meneruskan kesinambungan model RS125 ni. Lagi pun kemana lagi nak dicurahkan hasil teknologi dari MotoGp yang diorang selalu jadi juara. Teringat kat Rossi
Walaupun senario permotoran sedang beralih ke arah teknologi empat lejang namun tidak bererti model-model dua lejang telah tidak digunakan lagi.
Untuk model-model berkapasiti kecil seperti RS125, enjin dua lejang amat sesuai digunakan untuk mendapatkan kuasa yang hebat. Ditambah pula dengan sistem injap kuasa yang mengawal kelawasan sistem ekzos memberikan pecutan yang menggiurkan….Perghhh!!!
Teringat model-model 2 lejang yang semakin pupus iaitu TZM, KIPS dan NSR. Kalau sape yang pernah pakai tahulah macam mana rasanya bila injap kuasa ini terbuka. Memang syok habis.
Aprilia masih menggunakan enjin buatan Rotax untuk model RS125 terbaru ini. Kalau tak silap saya mereka dah tak gunakan Rotax untuk enjin RSV1000 superbike mereka.
Apa yang menariknya kuasa 124.8cc ini boleh mencapai kelajuan 160km/j dalam masa 6.2 saat. Boleh tahan untuk kategori 2 lejang 125cc.
Tapi yang paling best keteguhan kerangka motor ni yang disedok dari teknologi MotoGp memberi tahap kestabilan yang baik dan ringan kalau dibandingkan model terdahulu.
Dilengkapi dengan fork terbalik membuatkan ianya seperti sebuah motor lumba yang boleh meratah selekoh dengan selamaba sama macam motor-motor gp mereka.
Kalau baru nak berjinak-jinak dengan motosikal supersport inilah model yang paling sesuai sebagai permulaan. Kalau ada yang berminat bolehlah melawat ke show room Moto Millia sdn. bhd;
MOTO MILLIA
Level 1, Bangsaria
45E, Jalan Maarof,
59000 Bangsar,
Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel : 03-2287 3878
Fax : 03-2287 6878
Oh ya! kepada yang dah membeli model ni atau pernah memiliki model sebelumnya silalah beri pendapat untuk dikongsikan bersama.

SPEKSIFIKASI APRILIA RS125 (2009)
-Enjin: 124cc sejukkan cecair, 2 lejang Rotax tunggal
-Gerek x lejang: 54 x 54.5mm
-Nisbah mampatan: 12.5:1
-Sistem minyak: Dell’ Orto 28mm karburator
-Transmisi: 6 kelajuan
-Suspensi depan: 40mm fork terbalik (inverted)
-Suspensi belakang: Monoshock hydralik dengan pembolehubah spring
-Brek depan: Cakera tunggal 320mm, lengkapan brek angkup 4 omboh jenis Brembo
-Brek belakang: Cakera Tunggal 220, omboh kembar jenis angkup Brembo
-Tayar: Dunlop 110/70R17, 150/60R17
-Berat kering: 127 kg
-Panjang Keseluruhan : 195.3 cm
-Lebar Keseluruhan : 71.9 cm
-Tangki: 16.82 liter
Sekian
Wira DuniaMoto
Maybe masa tu teknologi 2 lejang masih lagi dipertengahan kajian.
Tapi sekarang teknologi ni dah sampai ketahap tepu dan mungkin yg terhasil sekarang adalah yg terbaik utk generasi 2 lejang.
Maybe ada lg info dr member2 yg dah pakai Rs125 ni. Ok kita tunggu.
Reply this comment
as…….kum mungkin otak aku dah tepu skali ngan enjin he….he….he…….
wasallam
Reply this comment
Wuyo…comelnya model ni…160km dlm 6 saat..perghhhhhhhhh….
Helo Anip, jom pegi tengok kat bangsar…call aku bila free,,,kita intai2 aprilia ni..
Kalau ade bro2 LC yang nak gi tengok hujung minggu ni, jom sama2.
hehehe tengok je….
hati masih kat LC bro.
Reply this comment
Wira DM Reply:
March 11th, 2009 at 8:29 am
Pakai 2 jenis motor cam aku ho..ho..ho..
Sebijik sport bike dan sebijik cub senang nk kesana kemari.
Reply this comment
Zul Reply:
March 31st, 2009 at 9:59 pm
pergi jgn lupa bawak CASH sekali !!!!!!
Reply this comment
as….kum tk cukup tu kumpul duit beli superbike tehgah kuat ni la nk pakaai ape pun
wasallam
Reply this comment
salam…
bro wira dm.. saya dah pegi tengok kt showroom penang…
memang cantik moto ni…
berkenan sgt..
Reply this comment
YUS LC bekas mat rempit Reply:
March 30th, 2009 at 6:26 pm
as…kum kalau hati dah berkenan jgn tunggu lelame
wasallam
Reply this comment
Wira DuniaMoto Reply:
March 30th, 2009 at 10:00 pm
W’salam macam yus dah berkenan sambar je terus.
shahrul dah beli nanti jgn lupa post gamba kat forum.
http://duniamoto.com/forum
Reply this comment
medicalert08 Reply:
March 31st, 2009 at 1:41 am
medi leh bwak moto tu dlm mimpi je..isk..isk..
Reply this comment
Wira DuniaMoto Reply:
March 31st, 2009 at 6:34 pm
Dalam mimpi akan jd realitu Medi…
grayevogta Reply:
April 1st, 2009 at 12:43 am
salamzzz…
mmg cun lah moto ni…
baru ni aku de servay ninja 250 tu…cun jugak rega dlm 23+++…kalu moto ni lebih kurang sama..aku rela ambik rs ni…biar 125 pun..tapi power tu beb…teknologi racing gp tu…tapi kan masa duk servay ninja 250 tu..ade pulak disebelah er6-n…perghhhh…meleleh air liurr…..tanye rega dia dlm 33+++ pemasangan tempatan…beza dlm 10k jer ngan ninja 250…tapi itu naked bike tuuu….tunggu tujuh tahun lagi kut…setakat ni biar meleleh dulu lah air liur ni…
Reply this comment
Wira DuniaMoto Reply:
April 1st, 2009 at 8:44 am
Gray… model kawasaki skang gempak2 cuba ko tengok
adik beradik keluarga Z dan yg sulung abangnya Z1000 takleh tido malam beb
dulu gua pakai rs125 mmg sempoi bila valva dia buka, yg problem maintenance terlalu tinggi, piston je $800, block kosong $2500. signal $80, kabel clutch $80 rasanya. tapi mmg bez, yg rs250 lg bez sbb 70bhp. bayangkan…..
Reply this comment
YUS LC bekas mat rempit Reply:
May 17th, 2009 at 9:58 pm
as…kum aku sokong cakap ko bab spareparts
wasallam
Reply this comment
salam..
ade sape2 tau x rege mtor ni??
pstu yg baru ni maintenance tinggi gak ke?
Reply this comment
YUS LC bekas mat rempit Reply:
May 17th, 2009 at 9:59 pm
as…kum
bro motor kalau baru mesti maintenance tinggi ,belum ade lagi motor yg best dan terkenal maintenance dia murah
wasallam
Reply this comment
aku lebih prefer Aprilia rs125 nie drpd kawasaki 250 yang baru..sebab bunyik dia mengecewakn lagipn aprilia ni bentuk sebijik macam superbke tayar pn besar tapi tak tau la dia kuat meragam tak macam RS 125 yang lama..
Reply this comment
megan fox bawak aprilia rs125 dalam movie transformers revenge of the fallen.
Reply this comment
A’kum kpd semua d DUNIA MOTO. Sy ni minat sangat ngan RS 125 tu. ituhari g ushar di Bangsar. Body mmg gempak, tapi nk dengar dia punya bunyi exhaust, toke dia kata xde kunci. (apada….)Tp lupakn bab bunyi, cuma nk tanya sapa2 yg biasa dgn engine performance RS 125, camne? Agak2 berbaloi x ngan hargenye?
Reply this comment
Yus LC Reply:
July 30th, 2009 at 9:06 pm
as…kum
bunyi nye lebih kurang TZM bro tak jauh beza
wasallam
Reply this comment
issam omar Reply:
July 31st, 2009 at 4:06 pm
w…salam.
Bunyi cam TZM je? Nasib baik bodynyer mantap.
Yus LC Reply:
July 31st, 2009 at 4:58 pm
as…kum sebab dia 2 stroke bro
wasallam
…selain RS 125, (sbb cadang nk bawa g keje dari Rawang ke KL, Gilera Runner 200 pun bleh tahan, tp x tau enjin power ke x? ada komen?
Reply this comment
Yus LC Reply:
July 30th, 2009 at 9:08 pm
as…kum
Gilerra tak bape rekemen la bro coil selalu kacau,rasa aku RS lebih baik
wasallam
Reply this comment
…skang ni sy g keje dr Rawang naik scooter moskito. Mmg krem bontot sbb xleh laju. Suzuki RC pun lg laju dari Moskito.
Reply this comment
Yus LC Reply:
July 31st, 2009 at 5:00 pm
as…kum
Ada hikmah nye tu walaupun kekadang kita tak merasa nikmat awal bermotor ikut pilihan hati ,byk kan sabar dan mengerjakan solat supaya suatu hari nanti kita beroleh kemenangan, insyallah
wasallam
Reply this comment
issam omar Reply:
July 31st, 2009 at 5:17 pm
….betul tu kata Yus LC. Apatah lagi dgn bermotor kita dpt elakkan dari jem.
RS125 dgn Mito125 mana lg bes.rege lbh kurng je.aku nk g membeli ni.
Reply this comment
Wira DuniaMoto Reply:
December 11th, 2009 at 2:43 pm
Relaks dulu start January cukai
CBU dah takde kita survey brape
harga2 sbk akan turun
Reply this comment
RiderFz Reply:
December 11th, 2009 at 6:20 pm
sama2 kita doakan..
aku ade la duit skt hasil aku kmpul tiap2 bulan..pada pndapat korang mane satu patut aku beli..kawasaki 250/er-6n atau rs 125 ni?pd oati2 tu mntak tlg sket..tq sume..!!
Reply this comment
Wira DuniaMoto Reply:
December 18th, 2009 at 1:19 am
Elok beli Kawasaki 250 tu lebih kpd
penjimatan sbb enjin 4 lejang.
tapi relaks dulu tengok harga pd
tahun depan.
Reply this comment
tq..tp tgk er-6n tu pn geram gak..dah lama ngidam nk pakai cc besor ni..lg pun hrga dlm rm 33k..kalau rm 500 sblan tu insyaALLAH x de masalah..tp mslah nya cume satu..maintenance msti tggi..agak2 ok x?thanx again otai wira!
Reply this comment
RiderFz Reply:
December 19th, 2009 at 9:36 am
a’a maintenance mmg tinggi tp yg penting kena jaga service..klu tgk motor zzr250 pn dia punya service/overhaul dh mencecah 1k-4k..
Reply this comment
as…kum
Dulu aku mmg amat ambil berat dgn maintenance tapi bile d fikir balik dari tak merasa langsung baik pakai je , sebab dah ade nanti baru tahu camne nk buat , itu lah selalu yg bermain dlm hidup
wasallam
Reply this comment
tq la otai2 sume..peh..service je dah tahap riban2 ni yg buat tido x lene ni..
Reply this comment
Yus LC tidak merempit lagi Reply:
December 22nd, 2009 at 5:37 pm
as…kum
moto ni sebenarnye tukar minyak enjin dgn filter je tak mahal mane pun , filter boleh gune kete punye kalau semua nye hampir same , plug pulak jarang2 nk kita tukar bukan nye tiap2 kali servis , yg mahal pade superbike ni ialah spoket set dgn tayar mmg buat semua org lari mlm termasuklah aku wakakakaka
wasallam
Reply this comment
assalamualaikum..
Saya br shj cuba telefon Moto Millia..tp no tiada dlm perkhidmatan..Bleh dptkan ctc no showroom2 @ kedai2 moto yg ade jual model ni..?
Reply this comment
RiderFz Reply:
December 23rd, 2009 at 2:07 am
cari lam intenet je
Reply this comment
x pe la..angan2 je la nk pki dl..hehe..yus,thnx 4 ur info..!!
Reply this comment
oo.budget2 taun dpn CBU turun ek..woo..menarik tu..leh save skit duit.moto kalu setakat weekend ride je rasanya takda la power mana maintenance dia.kalu hari2 bwk tu yang sakit dada tu.. : )
Reply this comment