Review Honda City Sport 1 (CS1)

Salam dan selamat sejahtera,

Honda Sport City 1Pertama kali saya bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana akhirnya masalah server blog duniamoto dah pun dapat diatasi setelah enam bulan menderita. Bukan saya nak mengeji hosting sebelum ni (nama dirahsiakan) sebab dah dua tahun melanggan hosting mereka tapi apa gunanya kalau blog ini tenggelam timbul dan menyusahkan para sahabat semua betul tak?

Kalau server down sekali sekala tu adatlah tapi ini dah melampaui tahap yang sepatutnya sebab tu saya terpaksa berpindah ke server lain. Jadi harapan saya semoga semua bergembira dan berpuas hati dengan apa yang ada di blog sekarang.

Honda City Sport 1 atau Honda CS1

Baiklah kita kembali ke tajuk asal, iaitu Honda CS1 yang telah pun dilancarkan di Indonesia pada awal tahun 2008. Di sana mungkin dah tak heran dengan model ni. Tapi kita tak rasa pun di Malaysia. Namun elok lah kita ambil tahu sebagai peminat setia dunia permotoran tanahair.

Ada sorang sahabat kita iaitu Pamiy yang cadangkan saya tulis artikel berkaitan CS1 ni. Terima kasih Pamiy atas cadangan.

Honda CS1 ni menggunakan enjin dari generasi Honda Sonic 125 yang cukup popolar di Thailang dan Indonesia. Kalau Honda Sonic 125tanya diorang dah tentu ramai yang mengatakan enjin Sonic cukup hebat dan bertenaga walaupun hanya 125cc. Jadi dah jadi kebiasaan pengeluar motosikal macam Honda untuk menggunakan enjin Sonic kepada CS1.

Honda memberikan teknologi penyejukan air (berkipas) untuk enjin 4 lejang SOHC 124.7cc. Kalau tak salah Yamaha 135LC juga mempunyai sejukan cecair berkipas.

Kuasa Yang Hebat

Saya agak terkejut dengan kuasa kuda yang ada pada Honda CS1 ini jika cuba bandingkan dengan Yamaha 135LC walaupun agak berlainan kapasiti. Lihat di bawah:

Honda SC1

Gerek x Lejang  : 58 x 47,2 mm

Kapasiti Enjin  : 124,7 cc

Kuasa  maksimum : 9,44 kW / 10.000 rpm

Tork  maksimum : 10,2 N.m / 7.500 rpm

Bilanagn Gear : 5

Yamaha 135LC

Gerek x lejang : 54 mmx 58.7 mm

Isi padu sesaran : 134.4 cc

Kuasa maksimum : 8.45 kw/8500 rpm

Tork maksimum :11.65 Nm/5500 rpm

Bilangan Gear : 4

Honda SC 1Kalau lihat perbandingan atas kertas ternyata kuasa CS1 ni cukup hebat walaupun cuma 125cc. Putaran enjinnya juga cukup tinggi untuk capai had maksimum dengan lima gear. Namun kuasa tork agak kurang dari Lc kerana ia mempunyai lejang yang agak pendek daripada diameter (gerek) atau oversquare.

Kalau dilihat dari rupa bentuknya memang cukup berstail dan ada nilai tersendiri. Mempunyai lampu depan menyerupai supetbike Honda dan bahagian belakang yang ‘tajam’ sesuai dengan citarasa peminat motor Asia.

Di bawah ni saya sertakan spesifikasi penuh Honda City Sport 1.

Spesifikasi

Jenis Enjin : 4 lejang, SOHC

Sistem Penyejukan : Cecair – Radiator dengan kipas elektrik

Gerek x Lejang : 58 x 47,2 mm

Isipadu : 124,7 cc

Kuasa Maksimum : 9,44 kW / 10.000 rpm

Torki Maksimum : 10,2 N.m / 7.500 rpm

Sistem Clutch  : Manual, plat berbilang (basah)

Trasmisi : 5 kelajuan

Pola Gear : 1-N-2-3-4-5

Sistem Penghidup : electrik & kick starter

Sistem Nyalaan : DC – CDI

Panjang x lebar x tinggi : 1.932 x 682 x 1.042 mm

Jarak tapak roda : 1.251 mm

Kelegaan Buni : 130 mm

Berat Kering : 114 kg

Jenis kerangka : Twin tube frame

Suspensi depan : Teleskopik

Suspensi belakang : Tunggal (Monoshock)

Saiz Tayar Depan : 70/90 – 17 M/C 38P

Saiz Tayar Belakang : 80/90 – 17 M/C 44P

Sistem Brek : Cakera hidrauik, dengan piston berkembar dan tunggal untuk bahagian belakang

Kapasiti Petrol : 4,1 liter

Sekian

Wira DuniaMoto


22 thoughts on “Review Honda City Sport 1 (CS1)

  1. as…kum
    pade aku lah nampak cam semak skit lah motor ni, tapi kalau aku yg beli mesti kene bogel punye body dia
    wasallam

    • jgn taksub dgn yamaha. lc menang kat tork die je. tp rpm honda tu lg tinggi. tapi motor ni xmasuk malaysia la. macam nova tahun 80an dulu. MANA ADA JUAL.larangan apa tak tau la.

    • Moto cc kecik belum tentu kalah tengok raider yang bawak tu kalau terer memang menang kalau amatur memang kalah la jawabnya/

  2. salam,bg pndpt aku. Smart. Rasa leh saing dgn lc. Silap hari bln blh tingal lc ni. Meter dia digital sama dgn belang. Top sped mtor ni stdrt 132kph. Kalau kmj dlm 155kmj. Dah leh ptog lc stdrt ni.yg aku baca dlm forum indon pnye la. Teringan nak angkat sebiji nak mengtest dgn lc aku

  3. salam. Meter dia digital. Memang smart. Stdrt pn dah dpt 132kmj meter digital.kalau lc stdrt kena dpt 155kmj bru leh saing. Kalau kuar nak jg angkat sebiji test dgn lc aku. He.he.

    • Ada jual masalahnya bukan honda yang punya tapi Nimota city Sport 125r mungkin mereka ada usaha sam kot itu yg sampai ada klon dia tapi tak kesahla enjin sama cuma gear dia sampai 4 sahaja….haa…. berminat?

  4. xkisah la spe yg kuat kn gua da jatuh cinta ngn moto nie da 6 kali gua jmpa ats jalan….. mst beli nie nk taw la arga on the road bpe please advise me….. totaly crazy wif this bike

  5. tadi balik keje ada jumpe moto ni,sb nmpak pelik.tgk neme enjin tulis honda.aik moto baru k”aku trey kejar dgn ego aku.pikup moto ni.tu yg balik aku cbe google’last jumpe jgk riview in malaysia..mamat tu gune plet WUL….
    Best2 mcm supermoto…….

  6. hahaha tau tak pe… sama mcm skuter elegen150… biasa skuter tu aku pangil jetski sebab handel dia ala2 jetski.. huhuhu… maybe honda nak bagi kelainan kot…
    belakang dia mcm rxz pun ada juga kan2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>