Review Kawasaki Athlete 125

Salam dan selamat sejahtera,

athlete125

Baru-baru ni saya ada review Honda CS1 yang cukup hebat di Indonesia dan selang beberapa bulan ia dilancarkan di Indonesia Kawasaki juga memperkenalkan senjata hebatnya bagi kategori itu.

Kawasaki Athlete 125 merupakan saingan sengit mesin Honda itu dengan mempunyai reka bentuk sangat ekstrem dan futuristik. Jika di Malaysia rupanya boleh dikatakan seakan Suzuki Belang 150R namun Kawasaki ini tampak lebih radikal. Bertuah betul peminat-peminat motor di negara jiran kita.

Kalau tak silap saya model ini juga dipasarkan di Filipina dengan nama Fury 125. Namun rakyat Indon bertuah kerana Kawasaki menawarkan pakej istimewa iaitu versi rim sports dan disk break depan belang. Wow! Apakah rahsianya? Kena tanya pihak Kawasaki.

Kuasa Enjin

Kekuatan utama Athlete 125 ini terletak pada enjin 124.6cc sejukan udara yang mempunyai rekabentuk enjin oversquare seperti kebanyakkan superbike. Kelebihan enjin jenis ini dapat mencapai putarab enjin maksimum pada nilai agak tinggi dengan kuasa 9.9 hp pada 8,000 rpm. Seakan hampir sama dengan kuasa Honda Sc1 perghhh!!! Cuma Athlete 125 ini hanya menggunakan transmisi 4 kelajuan.

Panel Meter Athlete 125

Sistem Suspensi

Kalau kita perhatikan bahagian kedudukan monosocknya agak radikal seperti model Kawasaki ER-6n. Kedudukan paralel seperti ini dikatakan lebih stabil berbanding menegak. Kedudukan tangki bahan api berada di bahagian hadapan seperti Modenas Excite menambahkan lagi kestabilan Athlete 125.

Sungguhpun begitu di Malaysia hanya menunggu seolah-olah kucing bertanduk mengarapkan nama-nama besar seperti Kawasaki, Honda dan Yamaha membawa masuk model-model cangggih seperti ini. Bukan mesin dah basi dan tak laku di negara-negara jiran barulah bagi rakyat Malaysia rasa.

Spesifikasi Kawasaki Athlete 125

Jenis Enjin : 4 stroke, SOHC 2 valve

Gerek x Lejang : 56.0 x 50.6m

Jumlah Silinder :  1

Isipadu : 124.6cc

Nisbah Mampatan : 9.5:1

Kuasa Maksimum : 9.9 PS @ 8000 RPM

Tork Maksimum : 10.64 Nm @ 4000 RPM

Karburator : Keihin PB 18

Transmisi : 4 kelajuan  N-1-2-3-4 (Rotary)

Sistem Nyalaan : DC-CDI

Sekian

Wira DuniaMoto

This entry was posted in Kawasaki Athlete 125 and tagged , , , . Bookmark the permalink.

23 Responses to Review Kawasaki Athlete 125

  1. YUS LC bekas mat rempit says:

    as…..kum
    ape nak buat dah menteri kita tak minat race tu yg susah skit
    wasallam

    • kakimoto says:

      salam 1malaysia …
      nk tanye ckit bley ..
      rr150 nk bg top kuat mcne yew ..

    • Natalie Wynter says:

      Menteri kita sesetengahnya cuma nak nama saja terkenal bukan nak tolong pun jadi saranan saya ialah supaya mereka memberi kelonggaran untuk pengeluarkan motosikal untuk memasarkan model berkenaan .

    • are_nip says:

      sbb2 la gejala merempit berleluasa,aku rse kat malaysia nie ramai raider2 yg berbakat….

      • Natalie Wynter says:

        Gejala Mat Rempit ni boleh dikurangkan sebenarnya satu daripadanya ialah dengan membina lebih litar lumba supaya rider yang berlumba boleh lepas gian kat sana dan pada masa yang sama boleh mengasah bakat mereka sekaligus taklah raider kita mati katak.Harapan saya ialah kalau ada menteri yg terbaca komen saya ini tolonglah bertindak segera atau sesiapa yg berkaitan.

  2. babyboy says:

    alamak terover tul bentuk dia..

  3. MrBoB says:

    wah~ cutting nye tgk skali cam pelik..
    tapi kalau tgk banyak kali cam best..
    tapi tu la.. moto yang di review nie..
    maybe hanya bule di tgk di internet..
    belom tentu masuk d pasaran malaysia..

    Peace Yaw..!!~

  4. PADANGBOLA says:

    fuh..memang lawa…tapi bila lancar kat malaysia harga dia mesti cecah 10k

  5. aku46 says:

    rase2 xkn msuk malaysia. kawa kn ade deal dgn modenas psl moto2 berCC kecik

  6. LegendZr says:

    macam orang dagu panjang pun ada papepun tetap hensem motor nie

  7. epoi cikgu says:

    model nie terover ckit…
    disk ikat kat hub…suzuki disk ikat kat jejari…
    so besar la disk…kawasaki expert dlm moto offroad jee…

  8. abdul says:

    wah,malaysia blm ada lah .model cam ini .ketinggalan ,,,,,,,,,itu lom seberapa,klo malaysia dah masuk cs1..apa kata dunia……payah malaysia nih.

  9. RiderFz says:

    Aku rasa x lama lg modenas gtau nk kuarkan 3 model baru, model ni mgkn dorang akn amek. Pastu just tukar nama je..hehehe

  10. Darus says:

    Aku rasa motor athlete125 ni patut masuk M’sia awal mesti banyak permintaan

  11. nero says:

    Smart…giler

  12. Aui says:

    baru la modenas dapat buat model moto yang lebih mantap, asyik macam kapchai jak.. takde design lawa lagi ka?

  13. atanes says:

    kah kah betoi betoi

  14. MrBoB says:

    salam..
    betol tu mr wira..
    kalau review kan pasal vespa pon oke gak..
    vespa nie banyak jenis, super, PX150 dll
    kalau mr wira bule selongkar dan buat sedikit review pon chantek wo~ duniamoto kan.. he he he..

    Peace Yaw…!!~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>