Review Kawasaki Ninja 250R 2008
Salam sejahtera pembaca dunia permotoran sekelian.
Beberapa hari yang lepas saya ada menerima beberapa emel yang ingin mengetahui serba sedikit review berkenaan model baru Kawasaki pada tahun ini iaitu Kawasaki Ninja 250R atau lebih dikenali ZXR-250. Baiklah saya dengan berbesar hati menulis review motosikal ini pada artikel kali ini.

Pengenalan Kawasaki Ninja 250R.
Pada bulan Jun lalu Kawasaki Ninja 250R ini telah dilancarkan di Malaysia dan menariknya ia bukan model CBU atau import sepenuhnya. Sebaliknya ia menjadi model CKD atau pemasangan tempatan dan sudah tentulah harganya lebih murah. Ya! berita gembira buat peminat-peminat motosikal sport tempatan.Harga boleh tahan sekitar RM19k+++ tak termasuk insuran dan cukai jalan.Satu tamparan hebat buat motosikal keluaran Naza iaitu Blade-250 di mana terpaksa bersaing dengan jenama besar seperti Kawasaki.
Model baru Kawasaki ni sekali pandang memang seakan abangnya ZXR-600 atau ZXR-1000 kerana dibalut dengan fairing besar dan rupa lebih kurang sama dengan abangnya tu. Kalau dilihat trend zaman sekarang gergasi-gergasi motosikal cenderung meniru rupa bentuk superbike mereka untuk dizahirkan ke model-model berkapasiti kecil. Contohnya Yamaha juga mengikut trend sedemikian dengan memperkenalkan Yamaha R-125. Inilah peluang yang dinantikan oleh peminat-peminat motosikal di Malaysia yang dahagakan model-model superbike tapi belum berkemampuan memilikinya kerana cukai yang melampau tinggi. Dapat pakai 250 pun jadilah asalkan rupa seakan sama dengan superbike ye tak.

Ciri-ciri Kawasaki Ninja 250R
Kekurangan.
Model kawasaki terdahulu ZXR-250 telah mendapat sambutan hangat berikutan ianya diasaskan dari abangnya sendiri iaitu ZXR-750. Namun agak berbeza dengan model siri 250 terbaru ini kerana dilengkapi enjin dua silinder sebaris. Ada juga pendapat yang mengatakan enjinnya sama dengan model ZZR 250 terdahulu cuma di’upgrade’kan sahaja. Namun sejauh mana kebenarannya belum dapat dipastikan. Agak mengecewakan juga kalau dibandingkan dengan ZXR-250 dahulu yang mempunyai empat silinder 16 injap. Rasanya banyak juga perbezaan dari segi kuasa dan tork. Takpe boleh rujuk spesifikasi di akhir artikel nanti.
Bukan setakat itu saja banyak lagi kekurangan yang ada pada model baru Kawasaki ni seolah-olah di’downgrade’kan dari model dahulu! Eh biar betul rupa dah upgrade tapi aksesori pulak yang downgrade. Kalau diperhatikan gambar yang saya paparkan pada artikel ni cuba lihat fork Ninja 250R sekarang hanyalah fork teleskopik tapi model dulu guna fork USD. Paparan panel meter juga nampak macam ketinggalan zaman gambarnya juga saya sertakan. Model baru menggunakan single disk brek berbanding double disk brake untuk model dahulu.Mungkin ada lagi yang kurang namun setakat ini saja maklumat yang saya perolehi.

Kelebihan.
Rupa bentuk model baru Kawasaki ni amat menggiurkan kerana mengikut trend masakini. Walaupun hanya single disk brake tapi berbetuk kelopak bunga, kelebihannya dapat mengnyah haba dengan lebih efisien. Pelananya juga disediakan aksesori single seat, wah layan solo mesti bestkan. Kawasaki menyatakan walaupun enjinnya cuma memiliki dua sinlinder namun ianya telah dipertingkatkan kualiti pembuatannya. Antaranya perubahan dalaman yang dilakukan bahagian intake (liang kemasukan) dan liang ekzos direka semula supaya dapat meningkatkan kepadatan kebuk pembakaran bagi menghasilkan tenaga yang sempurna. Bahagian radiator diberikan nafas baru oleh Denso dan dilengkapi dengan kipas yang senyap untuk menyejukkan enjin Ninja 250R ini.

Kesimpulan Kawasaki ZX-2R.
Secara keseluruhannya saya dapati model ini sememangnya direka untuk golongan muda yang ingin sebuah motosikal bercirikan sport tetapi pada masa yang sama inginkan penjimatan terutama petrol. Walaupun banyak kekurangan pada model ini tapi saya amat yakin ianya disebabkan pengawalan dari segi faktor harga. Spesifikasi sedemikian bukan sahaja untuk model pasaran Malaysia tetapi merangkumi pasaran Eropah. Jadi kalau dah berkenan di hati risik-risik di pengedar Kawasaki yang berdekatan ye.
Specifications Kawasaki Ninja 250R (2008)
Engine Type Four-stroke, liquid-cooled, DOHC, parallel twin
Displacement 249 cc
Bore & Stroke 62.0 x 41.2mm
Maximum Torque 21.7 Nm {2.21 Kgf/m} 16.0 lb-ft @ 10,000 rpm
Compression Ratio 11.6:1
Carburetor Keihin CVK30 x 2
Ignition TCBI with Digital Advance
Transmission 6-Speed
Final Drive O-Ring Chain
Cooling Liquid
Frame Semi-double cradle, high-tensile steel
Rake/Trail 26 degrees / 3.3 in.
Front Tire Size 110/70-17
Rear Tire Size 130/70-17
Wheelbase 54.7 in.
Front Suspension / wheel travel 37mm hydraulic telescopic fork / TBD
Rear Suspension / wheel travel Bottom-Link Uni-Trak® with 5-way adjustable preload / 5.1 in.
Front Brake Type Single 260mm hydraulic disc with two-piston caliper
Rear Brake Single 220mm petal disc with two-piston caliper
Fuel Tank Capacity 4.8 gal.
Seat Height 30.7 in.
Dry Weight 333 lbs.
Overall length 81.9 in.
Overall width 28.0 in.
Overall height 43.9 in.
Color Lime Green, Ebony, Passion Red, Candy Plasma Blu
Specifications ZXR-250
Engine 4-stroke In-line four cylinder, DOHC, Liquid cooled, 16-Valve
Redline range From 18.000 to 20.000 rpm
Displacement 249 cc
Starting Electric
Bore x stroke 49.0 * 33.1 mm
Compression_ratio 12.2:1
Carburetion (4) Keihin CVK D30
Ignition TCBI
Spark_plug NGK CR9E or ND U27ESR-N
Transmission 6-speed, Constant mesh, Return shift
Clutch Wet, Multi-disc, Manual, Cable-actuated
Frame Perimeter, pressed aluminium
Rake/trail 24 degrees or rake and 85 mm of trail
Suspension, front Inverted telescopic
Suspension, rear Uni-trak, Swing arm
Wheelbase 35.5 in (1.360 mm)
Wheel travel, front 4.7 in (120 mm)
Wheel travel, rear 4.4 in (113 mm)
Tire, front 110/70R17 54H
Tire, rear 140/60R18 64H
Brakes, front Dual disk, Double caliper
Brakes, rear Single disk, Single caliper
Overall length 78.7 in (2000 mm)
Overall width 27.0 in (685 mm)
Overall height 42.9 in (1090 mm)
Ground clearance 5.1 in (141 mm)
Seat height 28.9 in (735 mm)
Weight dry 311 lb (141 kg)
Minimum turning radius 9.5 ft(2.9 m)
Fuel capacity 3.4 US gal (15 L)
Reserve fuel capacity 0.78 US gal (3 L)
Fuel type Min 91 Research / 87 avg. octane unleaded
Oil capacity 2.6 L
Oil type SE or SF class, SAE 10W40
Performance stats
0-60 mph (0-100 km/h) 3.8 s
Maximum speed 136 mph (219km/h)
Max power 45 hp (33.6 kW) @ 16000 rpm
Max Torque 18.07 ft·lbf (24.5 Nm) @ 11500 rpm
Fuel Efficiency 7l / 100 km @ 100 km/h
Sekian
Wira DM
bro,nak tanya sket lagi.biasenye brapa km nak tukar minyak itam? n jenama pe yang bagus?tahap kelikatan berapa tuk zx2 ni? tq bebanyak
Reply this comment
Yus LC Reply:
August 3rd, 2009 at 7:59 pm
as…kum
utk motor yg enjin 4 in line nihh better pakai minyak enjin AGIP 10-40w sebab dia cepat panas dan coolant jgn lupa beli lah yg mahal skit,kalau kurang sen pakai minyak enjin motul dgn kelikatan yg same
wasallam
Reply this comment
Salam bro yus,
nak tanya lagi.moto zx2 ni ade 2 nombor kat meter kan satu tu untuk jarak yang telah dilalui..chewah macam syahdu pula..mcm 80,000 km…lagi satu tu untuk ape ye?kat bawah tu?tak banyak 185 km..mantain berubah juga lah.bleh reset ke benda tu?pasatu saya dah tukar lamp blakang ngan signal blakang ngan lamp LED..mana lagi ok ngan mentol?tq so muc bro..
Reply this comment
Yus LC Reply:
August 7th, 2009 at 8:49 pm
as…kum
bro up load la gambar skit nak tengok motor tu,kalau ade modal baik layan body fiber custom buat style zx10r layan bro
wasallam
Reply this comment
camana nak upload pic ni?tak reti la..tapi saya bagi link ngan blog saya..ada pic kat sana..www.anjirifina.multiply.com.tq
Reply this comment
Wira DuniaMoto Reply:
August 8th, 2009 at 10:20 pm
Bro register kat forum join KDMC kat sana boleh
upload gambar2 yg ada kat blog tu.
Sini memang takleh upload gambar. Syabas
guna Kawasaki ZXR250 model 250 yg power
dlm kelasnya.
Reply this comment
aq tgk moto niy minat plak!! agk2 bulan2 brape byar ek? brape tahun? lagi satu top speed dia brape??? thakz…
Reply this comment
Yus LC Reply:
August 20th, 2009 at 9:08 pm
as…kum
saya minta saudara masuk ke dlm forum ade sorang member disini nomad name nick nye dia pakai motor nih leh tanya dia terus
wasalam
Reply this comment
Salam bro, nak tanya skett..aku ni baru nak berjinak-jinak ngan moto besor. Teringin sangat nak beli ZXR250 Ninja sebab lawo ngan bunyi best. Ada org nak jual kat aku RM10000.00. Nak tahu adakah berbaloi sebab dah dekat 13 tahun moto tu dan maintenence macammana lak? Minta pandangan dan nasihat dari pihak Tuan. Terima Kasih
Reply this comment
RiderFz Reply:
December 8th, 2009 at 5:57 pm
tapet valve utk ZXR250 cepat bengkok, x leh tarik kuat2..time top speed baru boleh full throttle. ZXR 4 in line(ekzos kluar), ninja250 2 in line je..top speed kt ZXR250, tp pikap Ninja250
Reply this comment
helpp me plss..ZXR250 or Ninja 250R
Reply this comment
salam semua, aku ni baru nak jinak2 main motor besar ni. plan thn 2010 ni nak mula pakai 250 la. aku dah usha kawasaki 250 ni thn 2008. ada tak yg harga dlm 15K? aku jumpa dlm mudah 17.5K..
nak beli yg baru masalah bajet, nak beli yg 2nd hand mmg aku buta terus pasal motor besar ni, maklumla org baru. harap2 ada la kawan baru yg jujur ngan aku yg boleh tlg
Reply this comment
as…kum
jgn takut pada teknologi cume masalah 250R ninja tahun 2008 tidak sehebat 250R tahun 1997 jadi bijak lah dlm membuat pilihan , bagi saya yg dah lama lepak dlm dunia pemotoran mmg lah memilih zxr250 keluaran tahun 1997 sebab byk ciri2 yg menjadi pilihan
wasallam
Reply this comment
Bro Maos kita baru beli motor ni.
Boleh dapatkan feedback dr beliau.
Maos jangan lupa kongsi2kan maklumat
kat sini
Reply this comment
jgn lupa habiskan pantang dulu. Klu x prestasi x smpai maksimum..hehe
Reply this comment
Askum…
Yamaha 125r dah masuk pasaran malaysia belum?
Harga sekitar berapa tu?
Reply this comment
salam ana baru saja pakai kawasaki 250 dlm 5bulan. nak tanya pandapat pasal apa motor ni tak boleh laju lagi top setakat 140 saja klu turun bukit sikit dpt 160 apa masalah motor ana ni ha?
Reply this comment
Yus LC tidak merempit lagi Reply:
February 28th, 2010 at 12:31 am
as…kum
Motor nih selalu nye kacau elektronik system
wasalam
Reply this comment
R1 Reply:
March 1st, 2010 at 9:01 am
tukar je ekzos CF AHM. sure 160km/j santai jek.
Reply this comment
keren abis… yang item kayanya lebih dasyat..
Reply this comment
byk saya tgk komen kat sini mengatakan zxr250 lg bagus dari new version ninja250. bagi saya, lebih baik ninja250 walaupun terdapat sedikit kekurangan dari segi aksesori. ninja250 baru ni lebih senyap, lebih jimat dan langsing sesuai dgn cc. kadang2 kita x sedar dia tgh kat belakang kita compare to zxr250 yg bunyi sebatu dh leh dgr, tapi peginya x seberapa +kuat makan minyak. aku dh penah test dua2 moto ni, zxr250 berat n kurang pickup, ninja250 ringan, 160km/h senang2 saja.
Reply this comment
kawa 250r Reply:
February 27th, 2010 at 8:13 am
nak tau macam mana nak kasi lagi laju moto kawasaki 250r ni sebab cuma boleh pegi 160 je. KRZ pun boleh kejar beb. Risau sungguh
Reply this comment
RiderFz Reply:
February 27th, 2010 at 2:57 pm
klu cmtu, agak2 rxz bole potong moto ni tak?
R1 Reply:
March 1st, 2010 at 9:17 am
aku penah tgk moto lc cucuk angin BMW kat h/way. masa tu aku tgh drive dlm 130km/j jek. aku tau BMW tu tgh santai ja. tp yg bwk lc tu tunduk abis. sama gak kes 150 leh kejar 250. bezanya yg 150 bwk dh mcm nk kancing gigi, yg 250 still leh korek idung lg (walaupun dh abis pulas). dulu aku penah pakai txr gama, stendet 180km/j sng2. so x mustahil kawa250 or apa2 moto cc bsr leh kena kejar ngan moto cc kecik. cuma sejauh mana dia larat kejar. kalo rasa2 nk bg jem moto, pecah piston sila la kejar kat h/way utara-selatan tgk.
Yus LC tidak merempit lagi Reply:
February 28th, 2010 at 12:29 am
as….kum
Itu belum masuk elektronik problem lagi mmg sakit kepala ninja baru ni, so terpulang lah pade yg berminat , aku cume tk suke rxz potong je
wasallam
Reply this comment
kalau kawasaki 250r ni tukar piping exhaust dia boleh pegi 200km tak? sapa-sapa ada pengalaman tolong beri tau saya ye. Ni email sy (simonsaid1977@yahoo.com)
Reply this comment
Yus LC tidak merempit lagi Reply:
February 28th, 2010 at 12:30 am
as…kum
jawapan nye tak boleh
wasalam
Reply this comment
R1 Reply:
March 1st, 2010 at 9:21 am
setakat tukar piping exhaust 200km/j tak dapek la bang. byk lg nk kena mod.
Reply this comment
kawa 250r ni pkai zxr250, rujuk http://www.anjirifina.multiply.com. tapi klu aku baca buku roda2, dorang test bole pegi 220kmj yg standard..tp xtaula mgkn enjin da lama, top speed down
Reply this comment
Yus LC Reply:
March 12th, 2010 at 2:37 pm
as…kum
Mase roda-roda test moto ni dulu penghujung tahun 90an dan mase tu keluaran yg terbaru, mmg la tip top bro , sekarang ni enjin dia dah old skit kire nasib la boleh dpt 220km, sialp ari bulan kene tapow dgn tzm atau krz je
wasallam
Reply this comment
stahu aq moto ni lh pegi 160km/j-170!! meter dia btol kew??,atapun stakat lc meter ringan???
Reply this comment
Yus LC tidak merempit lagi Reply:
March 16th, 2010 at 9:42 am
as….kum
Ko try la sukat 250 punye 170km berkampung ke tinggal
wasallam
Reply this comment
cuba tanya bdk2 JPAM KL yg pki ninja ni sbg ‘rescue bike’. ada beza tak dgn blade 250?
Reply this comment
i heard that the ninja 250r left lime colour and the model only have 2008
Reply this comment