Review Kawasaki Ninja 250R 2008
Dapatkan FireFox untuk paparan lebih menarik untuk blog ini. Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel-artikel di blog ini teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami!
Salam sejahtera pembaca dunia permotoran sekelian.
Beberapa hari yang lepas saya ada menerima beberapa emel yang ingin mengetahui serba sedikit review berkenaan model baru Kawasaki pada tahun ini iaitu Kawasaki Ninja 250R atau lebih dikenali ZXR-250. Baiklah saya dengan berbesar hati menulis review motosikal ini pada artikel kali ini.

Pengenalan Kawasaki Ninja 250R.
Pada bulan Jun lalu Kawasaki Ninja 250R ini telah dilancarkan di Malaysia dan menariknya ia bukan model CBU atau import sepenuhnya. Sebaliknya ia menjadi model CKD atau pemasangan tempatan dan sudah tentulah harganya lebih murah. Ya! berita gembira buat peminat-peminat motosikal sport tempatan.Harga boleh tahan sekitar RM19k+++ tak termasuk insuran dan cukai jalan.Satu tamparan hebat buat motosikal keluaran Naza iaitu Blade-250 di mana terpaksa bersaing dengan jenama besar seperti Kawasaki.
Model baru Kawasaki ni sekali pandang memang seakan abangnya ZXR-600 atau ZXR-1000 kerana dibalut dengan fairing besar dan rupa lebih kurang sama dengan abangnya tu. Kalau dilihat trend zaman sekarang gergasi-gergasi motosikal cenderung meniru rupa bentuk superbike mereka untuk dizahirkan ke model-model berkapasiti kecil. Contohnya Yamaha juga mengikut trend sedemikian dengan memperkenalkan Yamaha R-125. Inilah peluang yang dinantikan oleh peminat-peminat motosikal di Malaysia yang dahagakan model-model superbike tapi belum berkemampuan memilikinya kerana cukai yang melampau tinggi. Dapat pakai 250 pun jadilah asalkan rupa seakan sama dengan superbike ye tak.

Ciri-ciri Kawasaki Ninja 250R
Kekurangan.
Model kawasaki terdahulu ZXR-250 telah mendapat sambutan hangat berikutan ianya diasaskan dari abangnya sendiri iaitu ZXR-750. Namun agak berbeza dengan model siri 250 terbaru ini kerana dilengkapi enjin dua silinder sebaris. Ada juga pendapat yang mengatakan enjinnya sama dengan model ZZR 250 terdahulu cuma di’upgrade’kan sahaja. Namun sejauh mana kebenarannya belum dapat dipastikan. Agak mengecewakan juga kalau dibandingkan dengan ZXR-250 dahulu yang mempunyai empat silinder 16 injap. Rasanya banyak juga perbezaan dari segi kuasa dan tork. Takpe boleh rujuk spesifikasi di akhir artikel nanti.
Bukan setakat itu saja banyak lagi kekurangan yang ada pada model baru Kawasaki ni seolah-olah di’downgrade’kan dari model dahulu! Eh biar betul rupa dah upgrade tapi aksesori pulak yang downgrade. Kalau diperhatikan gambar yang saya paparkan pada artikel ni cuba lihat fork Ninja 250R sekarang hanyalah fork teleskopik tapi model dulu guna fork USD. Paparan panel meter juga nampak macam ketinggalan zaman gambarnya juga saya sertakan. Model baru menggunakan single disk brek berbanding double disk brake untuk model dahulu.Mungkin ada lagi yang kurang namun setakat ini saja maklumat yang saya perolehi.

Kelebihan.
Rupa bentuk model baru Kawasaki ni amat menggiurkan kerana mengikut trend masakini. Walaupun hanya single disk brake tapi berbetuk kelopak bunga, kelebihannya dapat mengnyah haba dengan lebih efisien. Pelananya juga disediakan aksesori single seat, wah layan solo mesti bestkan. Kawasaki menyatakan walaupun enjinnya cuma memiliki dua sinlinder namun ianya telah dipertingkatkan kualiti pembuatannya. Antaranya perubahan dalaman yang dilakukan bahagian intake (liang kemasukan) dan liang ekzos direka semula supaya dapat meningkatkan kepadatan kebuk pembakaran bagi menghasilkan tenaga yang sempurna. Bahagian radiator diberikan nafas baru oleh Denso dan dilengkapi dengan kipas yang senyap untuk menyejukkan enjin Ninja 250R ini.

Kesimpulan Kawasaki ZX-2R.
Secara keseluruhannya saya dapati model ini sememangnya direka untuk golongan muda yang ingin sebuah motosikal bercirikan sport tetapi pada masa yang sama inginkan penjimatan terutama petrol. Walaupun banyak kekurangan pada model ini tapi saya amat yakin ianya disebabkan pengawalan dari segi faktor harga. Spesifikasi sedemikian bukan sahaja untuk model pasaran Malaysia tetapi merangkumi pasaran Eropah. Jadi kalau dah berkenan di hati risik-risik di pengedar Kawasaki yang berdekatan ye.
Specifications Kawasaki Ninja 250R (2008)
Engine Type Four-stroke, liquid-cooled, DOHC, parallel twin
Displacement 249 cc
Bore & Stroke 62.0 x 41.2mm
Maximum Torque 21.7 Nm {2.21 Kgf/m} 16.0 lb-ft @ 10,000 rpm
Compression Ratio 11.6:1
Carburetor Keihin CVK30 x 2
Ignition TCBI with Digital Advance
Transmission 6-Speed
Final Drive O-Ring Chain
Cooling Liquid
Frame Semi-double cradle, high-tensile steel
Rake/Trail 26 degrees / 3.3 in.
Front Tire Size 110/70-17
Rear Tire Size 130/70-17
Wheelbase 54.7 in.
Front Suspension / wheel travel 37mm hydraulic telescopic fork / TBD
Rear Suspension / wheel travel Bottom-Link Uni-Trak® with 5-way adjustable preload / 5.1 in.
Front Brake Type Single 260mm hydraulic disc with two-piston caliper
Rear Brake Single 220mm petal disc with two-piston caliper
Fuel Tank Capacity 4.8 gal.
Seat Height 30.7 in.
Dry Weight 333 lbs.
Overall length 81.9 in.
Overall width 28.0 in.
Overall height 43.9 in.
Color Lime Green, Ebony, Passion Red, Candy Plasma Blu
Specifications ZXR-250
Engine 4-stroke In-line four cylinder, DOHC, Liquid cooled, 16-Valve
Redline range From 18.000 to 20.000 rpm
Displacement 249 cc
Starting Electric
Bore x stroke 49.0 * 33.1 mm
Compression_ratio 12.2:1
Carburetion (4) Keihin CVK D30
Ignition TCBI
Spark_plug NGK CR9E or ND U27ESR-N
Transmission 6-speed, Constant mesh, Return shift
Clutch Wet, Multi-disc, Manual, Cable-actuated
Frame Perimeter, pressed aluminium
Rake/trail 24 degrees or rake and 85 mm of trail
Suspension, front Inverted telescopic
Suspension, rear Uni-trak, Swing arm
Wheelbase 35.5 in (1.360 mm)
Wheel travel, front 4.7 in (120 mm)
Wheel travel, rear 4.4 in (113 mm)
Tire, front 110/70R17 54H
Tire, rear 140/60R18 64H
Brakes, front Dual disk, Double caliper
Brakes, rear Single disk, Single caliper
Overall length 78.7 in (2000 mm)
Overall width 27.0 in (685 mm)
Overall height 42.9 in (1090 mm)
Ground clearance 5.1 in (141 mm)
Seat height 28.9 in (735 mm)
Weight dry 311 lb (141 kg)
Minimum turning radius 9.5 ft(2.9 m)
Fuel capacity 3.4 US gal (15 L)
Reserve fuel capacity 0.78 US gal (3 L)
Fuel type Min 91 Research / 87 avg. octane unleaded
Oil capacity 2.6 L
Oil type SE or SF class, SAE 10W40
Performance stats
0-60 mph (0-100 km/h) 3.8 s
Maximum speed 136 mph (219km/h)
Max power 45 hp (33.6 kW) @ 16000 rpm
Max Torque 18.07 ft·lbf (24.5 Nm) @ 11500 rpm
Fuel Efficiency 7l / 100 km @ 100 km/h
Sekian
Wira DM
Popularity: 31% [?]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!














thanks untuk maklumat terbaru pasal motor ni.model kawasaki yang 600 cc tu ada maklumat.
[Reply this comment]
Yup…ada Ezat. InsyaAllah saya akan
review dalam masa terdekat.
[Reply this comment]
rasanya berlaku sedikit percanggahan, tuan telah membandingkan z2r dan zxr. z2r bukan diupgred dari zxr tetapi dari zzr, jadi untuk membuat perbandingan antara kedua motor ini amatlah tidak sesuai.
[Reply this comment]
Terima kasih Adam kerana memberi
pandangan.
Memang tak perlu berbandingan ini sebenanrnya
kerana kedua2 motor ni mempunyai bilangan
silinder yg berbeza.
Tapi jadikannya sebagai rujukan yer
[Reply this comment]
baiklah tuan.
baik untuk dijadikan rujukan. cuma takut pembaca tersilap info mengatakan model z2r ini adalah model yang di upgred dari zxr, padahal z2r nie upgred dari zzr.
apa2 pun, nice info.
[Reply this comment]
Rm20888 on the road? Downpayment Rm5888 monthly Rm560 itu pon kalau anda berslip gaji Rm 3000 hahaha.. Cagiva Momos 125 pon blom tentu moto nie dapat main pickup !
[Reply this comment]
hai bes nyer
[Reply this comment]
aku baru jer beli moto ni…kalu nak tau aper2 review just ask me…
[Reply this comment]
Tahniah Azuan beli motor baru
Share lah apa yg patut kat sini untuk
panduan kawan2 yg lain.
Review yg saya tulis adalah pandangan
peribadi. Ada yg emel tak puas hati sebab
keritikan yg dah saya tulis.
Namun maklum balas yg positif amat diperlukan.
[Reply this comment]
well even sy dah beli moto ni,to be fair x sume parts yang perfect…as we all know,dgn harga yg mcm ni kawa need to cut cost…however tntg performance n appearance mmg 2 thumb up….well done kawa…
[Reply this comment]
tinggi sy 165,sesuai x bli moto ni?sy nak wat ulang alik campus ngan hostel,minyak jimat x? satu lg sy ni kre new rider la,baru blaja nak naik moto gni.
[Reply this comment]
OK la tu..moto ni x tinggi sgt utk rider..cumer passenger la susah skit…
so far minyak mmg ok bg kategori moto ni..est 30 to 35km/liter… so ader org ckp lbh kurang mcm moto modenas elegan 150…
highly recommend 4 a new rider la..ez 4 manuver..u better survey n test ride…
[Reply this comment]
haha ni yg wat semangat nih,thanks bro!
[Reply this comment]
saya nak tau pasal Kawasaki ER6-n dgn ER6-f apa bezanya?…bole tak bagi review skit pasal ER6-n ni…dengar2 pun CKD juga kah….aku ingat tahun depan nak ambik motor ni…
[Reply this comment]
Model ER6-n merupakan versi naked.
Manakala model ER6-f merupakan versi
berfairing penuh.
Kalau dilihat ER6-f rupanya seakan-akan
Kawasaki Ninja 250R.
[Reply this comment]
motor dual purpose ada x yang 250.aku minat ler
[Reply this comment]
salam saya nk tanya kalau ninja 250r yang second skarang dalam harga berapa yeeeee…
saya berminat dengan motor nie
[Reply this comment]
W’salam Shafiq.
Emm rasanya kalau second hand masih
mahal lagi. Lebih baik beli baru jer..
Ini pandangan saya kalau awal2 lagi
sesebuah motor tu dijual second hand.
-kemungkinan telah mengalami kemalangan.
-ada yang tak kena pada motosikal tersebut
samada enjin atau bahagian lain.
Dua kemungkinan ni kena selidik dulu
sebelum beli motor second hand.
Namun terserah pada Shafiq, cuba jengok
kedai2 berhampiran.
[Reply this comment]
maaf ngangu sekali lgg skarang dalam harga baru berapa ya???
[Reply this comment]
Kalau tak silap saya on the road RM20k .
[Reply this comment]
akum sume….sya baru angkat dis bike 4 hari lepas…memang syok riding dier….hehehe tp sya dh tukar ekzos die coz bunyi cam motor penyegan je…tapi yg xsyok nya den xdo geng la…riding sorg2 jer….huhuhuuhuh
[Reply this comment]
Salam.. sy ingat nak angkat motor ni.. tapi abg sy rekemen er6-n.. salah satu sbb utama, katenye sy tinggi sgt utk ninja 250r ni, tinggi sy lebih sesuai ngan er6-n.. tinggi sy 180cm.. seswai ke ngan ninja ek?
[Reply this comment]
assalamualaikom….nak tanye ley? sape2 yg da beli moto ni…top speed bape?
[Reply this comment]
wassalam……topspeed die yg stakat ni ak pernah lenjan dalam 170km/hr meter kete bukan meter lc kapcai…..pernah gk ak balik ipoh dari kl…..duduk tepi lc dah bwak 140km ak baru nk cecah 110…..juz imagine kalu aku bwak 170……hehehe
[Reply this comment]
Salam Bro WDM (Wira Duniamoto)…
Andai punyai masa terluang, perincikan lagi laporan berkenaan 250r 2008 ni… Penulisan menarik dan banyak membantu saya dalam proses justifikasi ninja…
Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih daun keladi… Moga di lembaran lain kita berjumpa lagi…
[Reply this comment]
aku pun konfius gak pasal speedometer lc135 ni.aku bawak 110km/j,tp fz150i member aku baru 100km/j.sekarang ni kata 140km/j lc135 = 110kmj Kawasaki Ninja 250R 2008. so mana yang betul.meter keta cam mana plak.
[Reply this comment]
speedometer 135lc mmg x accurate la guys….sye dh test speedometer 135lc sye dgn gps garmin….gps 90kmj = 110kmj 135lc, gps 100kmj = 130kmj 135lc, gps 110kmj = 150kmj 135lc….
[Reply this comment]
thx for this review!
bro, apa pulak bezanya ninja 250r taun 2008 dan 2009 ye ?
[Reply this comment]
Wira DuniaMoto Reply:
November 13th, 2008 at 2:07 pm
Rasanye takde kot tapi spec enjin sama lagi.
Maybe aksesori je yg ditambah.
Ni aku bagi spec enjin model 2009.
Engine Type Parallel Twin
Cylinders 2
Engine Stroke 4-Stroke
Torque (Ft Lbs/Nm) 16.2 / 22
Torque RPM 9500
Cooling Liquid
Valves 8
Valves Per Cylinder 4
Valve Configuration DOHC
Bore (mm/in) 62 / 2.44
Stroke (mm/in) 41.2 / 1.62
Displacement (cc/ci) 249 / 15.2
Compression Ratio 11.6:1
Starter Electric
Fuel Requirements Regular
Ram Air Induction No
Fuel Type Gas
Carburetion Brand Keihin
Fuel Injector No
Carburetor Yes
Number Of Carburetors 2
Carburetor Size (mm) 30
Carburetion Type Carburetor
Maybe kengkawan lain ada info…
[Reply this comment]