Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Motosikal | Dunia Permotoran | Penjagaan Motosikal

Yamaha FZ150i

Dapatkan FireFox untuk paparan lebih menarik untuk blog ini. Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel-artikel di blog ini teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami!

Yamaha FZ150iSalam sejahtera semua pembaca blog permotoran.

Penulisan artikel pada kali ini berkaitan review motosikal dan saya memilih motor Yamaha FZ150i sebagai tajuk utama.Tahun ni Yamaha sekali lagi buat kejutan dengan melancarkan model naked mereka yang sekali pandang agak ‘cun’ juga :).Namun sedikit kekecewaan bagi kaki-kaki motor sport sebabnya model tidak mempunyai fairing seperti abangnya dulu Yamaha TZM150.Kalau model berfairaing ada kemungkinan macam goreng pisang panas.Namun dari segi kuasa maksimum memang tak boleh dibandingkan dengan model dua lejang sudah tentu banyak perbezaan.

Saya sendiri masih memiliki Yamaha TZM150 dan rasanya belum ada penggantinya lagi.Namun FZ150i ni bukanlah model yang akan menggantikan model Yamaha RXZ 135 tapi merupakan tambaha kepada barisan model-model motor Yamaha untuk pasaran Malaysia.

Dari segi enjin FZ150i mempunyai kapasiti 149.8cc empat injap SOHC,sejukan cecait.Ciri yang paling hebat pada motosikal ini iaitu menggunakan sistem suntikan bahan api sebagai nadi penggeraknya.Dengan meggunakan penghidup elektrik cuma sekali ‘tekan’ jer dah menderum bunyi enjin.

Struktur enjin FZ150i menyamai enjin model kapcai iaitu Yamaha 135LC yang dilihat lebih menyerlah di pasaran.Mungkin model FZ150i ni naked menyebabkan ia kurang digemari.Namun yang pasti FZ150i mempunyai pakej penjimaatan minyak yang hampir sama dengan model Yamaha 135LC.Walaupun cuma memiliki gear lima kelajuan tapi motor ni masih mampu untuk menyaingi kepantasan model-model lain yang mempunyai enam kelajuan.

Kerangka FZ150i ini mempunyai persamaan dengan Yamaha TZM 150 iaitu jenis deltabox.Ianya diakui mempunyai kekuatan yang boleh diharapkan terutama ketika mengambil selekoh dan membawa pembonceng.Turut dilengkapi dengan penyerap hentak jenis monocross(monoshock) yang membuatkannya lebih ranggi dah berstail.

Paparan meter juga tidak kurang menariknya di mana ia dilengkapi dengan dua meter bulat yang samaMeter FZ150i saiznya.Seperti biasa di sebelah kiri merupakan meter penunjuk kelajuan dan di sebelah kanan meter rpm enjin.Terdapat juga penunjuk kapasiti petrol,lampu penunjuk isyarat,lampu neutral dan penunjuk suhu enjin.

Perkara yang lebih penting Motor ni dicipta untuk penjimatan minyak.Semua sedia maklum dengan harga minyak yang mahal sekarang nih ramai yang tercari-cari kenderaan alternatif untuk ke tempat kerja.Nah apalagi FZ150i ni mampu menjalankan tugas tersebut.Satu tangki Fz150i boleh memuatkan 12 liter minyak petrol dan boleh membawa pemiliknya sejauh 280km.Memang sesuai untuk melakukan perjalanan jarak jauh balik ke kampung terutama berada di lebuh raya yang panjang seperti utara selatan.

Yamaha R15Mungkin selepas ini Yamaha akan mengeluarkan model berfairing penuh.Inilah khabar angin yang berkuat kencang di forum-forum.Ini ekoran pelancaran model yang seakan serupa dengan FZ150i di India tetapi versi tersebut mempunyai fairing penuh.Kalaulah Yamaha memasang model R150 seperti yang telah saya riview sebelum ni.Sudah tentu bergegar jalan-jalan di negara kita :).Namun ini cuma impian yang tak tentu jadi kenyataan.

Baiklah kalau ada yang berminat dengan FZ150i ni boleh la jenguk kat kedai-kedai motor yang berhampiran.Setakat yang saya tahu harganya sekarang sekitar RM8.100++ termasuk insurans dan cukai jalan RM2.Namun harga ni boleh bertambah dari masa ke semasa.Jadi kalau terpikat lekas-lekaslah tempah.

Spesifikasi Yamaha FZ150i

  • Jenis enjin : 4 lejang, 1 silinder sejukan cecair, 4 injap (SHOC)

  • Gerek x lejang : ( 57mmx 58.7 mm)

  • Isi padu sesaran : 149.48cc

  • Kuasa maksimum : 11.1 kw/8500 rpm Yamaha FZ150i

  • Tork maksimum :13.1 Nm/7500 rpm

  • Nisbah mampatan : 10.4:1

  • Sistem nyalaan : CD1

  • Sistem penghidup : Tendang dan elektrik

  • Sistem Bahan Api :Pancitan

  • Sistem klac : Basah,plat berbilang,manual

  • Transmisi : 5 kelajuan

  • Suspensi depan : Fork taleskopik

  • Suspensi belakang : Tunggal/monocross

  • Brek hadapan : Cakera tunggal

  • Brek belakang : Gelendong

  • Jenis kerangka : Berbentuk berlian/delatabox

  • Saiz tayar depan : 2.75-17  41P

  • Saiz tayar belakang : 90/90-17 M/C 49P

  • Tinggi pelana : 760 mm

  • Tapak roda : 1282 mm

  • kelegaan bumi : 167mm
  • P x L x T : (2,000 x 705 x 1035)mm

  • Berat kering :  98kg

  • Muatan tangki : 12 liter

Mengenai Penulis,

Wira Bin Mohamed Salleh aka Wira Duniamoto merupakan seorang peminat setia bidang permotoran sejak dari zaman remaja. Sehingga kini beliau pernah memiliki empat buah motosikal bermula dengan Yamaha Y80, Yamaha RX-Z, Kawasaki K-1. Yamaha TZM, Yamaha 125Z dan Yamaha SS110. Pengalaman beliau dalam dunia motosikal telah mencecah usia selama 15 tahun telah digunakan untuk menghasilkan artikel-artikel berkaitan motosikal di blog beliau. InsyaAllah beliau akan menceritakan segala pengalaman dan serba sedikit kemahiran yang beliau ada untuk dikongsikan bersama di http://www.duniamoto.com/permotoran .
=========================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Wira Duniamoto di atas tidak dibuang.
=========================================================

Artikel lain yang berkaitan.

    Popularity: 29% [?]

    If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

    16 Comments so far

    1. Otai motor on July 4th, 2008

      Aku cuma berharap lepas ni model yamaha ada full fairing
      dan biarlah rupa macam R150 yang dijual kat Euro.

      Model macam kat India R15 kureng sket lah..:)

    2. pijoi on July 14th, 2008

      sume da cukup bagos dari segi spesifikasi..

      tapi..
      rupe moto ni kureng cket..

      model RXZ lbih cantik wlaupun ia adalah model ‘naked’ sama sperti model fz150i nih..

    3. atan on July 29th, 2008

      moto nie kureng kat handle dia la..kalau handle macam rxz ok sket..

    4. busu on July 31st, 2008

      aku baru je beli moto ni..

      apa yg pasti penggunaan minyak cukup menjimatkan..

      syabas yamaha!!

    5. jali_nsem on August 16th, 2008

      aku pun minat moto ni..yg mana kureng tu xreti2 nak modify?malaysian kn pakar bab modify..fork depan lowed sket.boh fairing bwh kt enjin cam rxs@rxz..disk blakg..mm xpyh ckp la..sume bleh asal baget ada

    6. Otai Motor on August 17th, 2008

      Betul la jali_ensem, motor ni kureng
      pada eksesori macam hendel tu stail basikal
      pulak.

      Tapi teknologi dah bagus. Trend naked motor
      bawah 150cc kat malaysia ni memang kureng
      pada pandangan aku.

      Cuba tengok mat2 motor yg pakai RXZ berapa
      ramai yg buat naked?

      Ye…boleh dikira dgn jari.
      Yamaha lebih tahu market kat Malaysia ni
      cuma diorang nak try FZ ni boleh pegi ke tak.

    7. busu on August 18th, 2008

      Hari 2 aku g kedai motor tanye bila nak ader fairing utk FZ ni,tauke 2 ckp dlm pertengahan bln 9 sampai..
      harap2 gempak la…

    8. Otai Motor on August 18th, 2008

      Busu takde gambaran ke camne
      rupa motor baru tu nanti?

    9. busu on August 19th, 2008

      Setakat ni blm ader lg..

    10. busu on August 19th, 2008

      Setakat ni blm ader lg..

    11. busu on August 19th, 2008

      Setakat ni blm ader lg..

    12. busu on August 19th, 2008

      Setakat ni blm ader lg.

    13. din on August 19th, 2008

      ok gak,klu ramai dah pakai n make up kan dye msti cantik………

    14. man on August 20th, 2008

      moto FZ ni aku cuma bole pakai 3 bulan je..sbb aku dah jual
      tang minyak mmg jimat sbb tu aku beli walaupun moto ni tak cantik..
      masalah utama aku pasal moto ni ialah…bawak mmg tak selesa..100km/h dah melayang…dan tempat duduk dia runcing sangat..sakit telor..
      lepas pantang abis pulas dpt la..140km/h..lepas seminggu 120km/h je..hmm..menyesal aku beli..
      sekarang bawa LC lagi best..

    15. Alban on August 21st, 2008

      In my opinion, FZ150i would have a lot of difficulty to penetrate our local market for the 150cc catagory. It does not have the eye catching looks of it’s predecessor tzm. If we were to look around, kawasaki and honda has their own 150 to easily compete and capture the market.

      Boleh dikatakan agak sedih jugak la bagi yamaha. Cepatla keluarkan model yz-r15. Pasti hangat jualan nya di pasaran!

    16. bunma on August 28th, 2008

      Mari-mari kita pakat hantar e-mail kat HLY….ada org yg out dated dlm R&D HLY tu…sepatut keluar model yg futuristik ….tp yg keluar model Indon…
      Mmg old fashion org R&D HLY….cepat hantar e-mail kutuk di org….saya dah hantar

    Leave a reply