Yamaha YZF-R125
Dapatkan FireFox untuk paparan lebih menarik untuk blog ini. Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel-artikel di blog ini teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami!
Salam sejahtera pembaca sekelian;
Baru-baru Yamaha telah melancarkan satu model baru kategori 125cc di Eropah.Seperti biasa Yamaha
sekali lagi membuat kejutan dari segi rekaan dan juga teknologi bagi motosikal berkapasiti kecil 125cc dengan enjin 4 lejang.Kalau di negara kita harapkan model kapcai je yang mendominasi kategori 125cc ni.
Apa yang mengejutkan model yang diberi nama Yamaha YZF-R125 atau R125 ini menyerupai rupa bentuk abangnya iaitu YZF-R6.Memang tak tidur malam beb memikirkan ‘buah hati’ baru dari Yamaha ni.Seperti yang dinyatakan oleh Ketua R&D Yamaha berpusat di Milan,Iatali iaitu Hiroshi Komatsubara model ini memang dibina berasaskan abangnya itu(YZF-R6)..perghh….Model ini direka untuk golongan muda yang baru mula berjinak-jinak dengan motosikal berkuasa besar sebelum bealih ke dunia superbike sebenar khususnya kategori super sport seperti mana menunggang Yamaha R6.
Seperti yang peminat-peminat motosikal sedia maklum Yamaha lebih sedekad tidak menghasilkan motosikal sport kategori 125cc.Model sport terakhirnya bagi kategori ini iaitu TZR 125 sudah menjadi lagenda 2 lejang dan tiada lagi model kesinambungan selapas itu.Mungkin kerana zaman motosikal 2 lejang telah pun berakhir.Di Malaysia Hong Leong Yamaha hanya memperkenalkan model naked 150cc iaitu Yamaha FZ150.Namun pada pandangan saya model naked macam FZ150 ni agak ‘kureng’ sket…ok..saya tak nak lari tajuk..berbalik pada YZF R-125.
Pembinaan TZR 125 diasakan daripada model TZR 250 di mana ia berkongsi kerangka dan sebahagian komponen yang sama.Oleh itu kewujudan R125 juga telah mengulangi sejarah seperti yang dialami oleh
TZR 125.Namun versi 125cc pada kali ini Yamaha telah menggunakan kaedah yang berlainan sama sekali.Mereka tidak menggunakan kerangka R6 pada R125 kerana saiz yang jauh berbeza.Tetapi kerangka baru ini direka menyerupai spesifikasi yang ada pada R6.
Ketua projek Toshiharu Shigeta menyatakan R125 mempunyai kerangka yang sama geometrinya dengan R6 dan sebab itulah prestasi kawalan serta keseimbangannya menyerupai model supersport tersebut.
Saiz badan R125 amat berbeza dengan model jenama lain bagi kelas yang sama kerana reka bentuknya
menyerupai 100% motosikal berkuasa besar.Jadi tak hairanlah memang model ini akan menjadi kegilaan ramai terutama golongan muda di Eropah.
YZF R-125 dilengkapi enjin 1 silinder 4 injap dan SOHC sejukkan cecair di mana ia menghasilkan kuasa sebanyak 15hp(kuasa kuda) pada 9000rpm.Menurut Yamaha mereka terpaksa menghadkan kuasanya kepada 15hp berikutan undang-undang dinegara Eropah mensyaratkan bahawa motosikal berkuasa 125cc hanya dihadkan kepada 15hp sahaja.Ini tak menjadi masalah kepada ‘kaki-kaki’ modified kat Eropah untuk membuang ‘cut off’ yang ada pada motor ni.
Yamaha mencipta gear box enam kelajuan khas untuk model ini di mana ia sesuai dengan keadaan trafik di
negara-negara eropah.Seperti mana yang kita sedia maklum negara-negara Eropah mempunyai banyak lebuh raya yang panjang dan sudah tentu R125 berupaya menjalankan tugasnya dengan cemerlang.Walaupun kapasiti enjinnya kecil tetapi ia mempunyai kuasa tork yang tidak mengecewakan iaitu 9 lb-ft pada 8000rpm.
Persolannya sekarang bilakah agaknya model ini akan berada di Malaysia?Emm….gigit jari lagilah jawabnya.kalau dilihat pada review ini R125 dicipta khusus untuk orang-orang Eropah.Tapi takpe kita tunggu pengimport-pengimport bebas membawa masuk model ini ke Malaysia.Kalau tak silaplah harganya mungkin sekitar RM20K-RM30K itu pun bergantung pada cukai import yang tak turun-turun.
Ok saya stop kat sini dulu….
Engine
| Engine type: | Liquid-cooled, 4-stroke, 4-valve, single cylinder, SOHC |
| Displacement: | 124.66 cc |
| Bore x stroke: | 52.0 x 58.6 mm |
| Compression ratio: | 11.2:1 |
| Maximum power: | 11.0 kW (15 PS) @ 9,000 rpm |
| Maximum torque: | 12.24 Nm (1,25 kg-m) @ 8,000 rpm |
| Lubrication system: | Wet sump |
| Carburettor: | Fuel injection |
| Clutch type: | Wet, multiple-disc coil spring |
| Ignition system: | TCI |
| Starter system: | Electric |
| Transmission system: | Constant mesh, 6-speed |
| Final transmission: | Chain |
| Fuel tank capacity: | 13.8 L |
| Oil tank capacity: | 1.15 |
| Chassis: | Steel Deltabox |
| Front suspension system: | Telescopic forks |
| Front travel: | 130 mm |
| Rear suspension system: | Swingarm (monocross) |
| Rear travel: | 125 mm |
| Front brake: | Single disc, Ø 292 mm |
| Rear brake: | Single disc, Ø 230 mm |
| Front tyre: | 100/80-17 M/C |
| Rear tyre: | 130/70-17 M/C |
Dimensions
| Length (mm): | 2,015 mm |
| Width (mm): | 660 mm |
| Height (mm): | 970 mm |
| Seat height (mm): | 818 mm |
| Wheel base (mm): | 1,355 mm |
| Minimum ground clearance (mm): | 155 mm |
| Dry weight (kg) | 126.5 kg |
Sekian
Wira Duniamoto
Popularity: 30% [?]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!












agaknye bile moto ni nk msk Malaysia? Kalau nk dibandingkn ngan CBR150R, YZF125R lg cun!
Yupp…betul tu fhaq. R125v memang cun melecun
namun apakan daya kita hanya jadi pemerhati jer..
Tapi kita tengok kawasaki ada inisiatif pasangkan
model sport 250 nya yg terbaru iaitu ZXR250.
Ye…model ni memang dah dipasarkan kat luar
negeri namun kawasaki pasangkan kat Malaysia
pula utk mengelakkan cukai yg tinggi.
Emm..harap HLY contohi Kawasaki.
Hmmm… bagaimana model2 Yamaha yang lain boleh memasuki pasaran Malaysia tanpa melalui kumpulan HLY? Adakah HLY mendapat franchise untuk mesin Yamaha 150cc ke bawah? Jika ya… Puteh le mata mike! Aku dah tak boleh tido malam mengidamkan & membayangkan YZF125r yang cun tahap Siti Norhaliza (sblm bergelar Dato & dimiliki Dato M!)
Sepertimana yg kita tahu HLY merupakan syarikat yg memasang motosikal2 jenama Yamaha di dalam negara Kita.
Oleh itu cukai import yg tinggi tu dapat dielakkan.Sama juga dengan Kawasaki Sunrock yg bertanggungjawab memasang model barunya di dalam negara bagi mendapatkan harga yg kompetetif.
Jadi takde maknalah kalau pengimport bebas yg menjual R125 di pasaran tempatan kerana harganya cukai import akan melambung tinggi berkemungkinan cecah RM30K.
Harap HLY akan pasang kat sini doa2lah ye
memang cun!
tp,harga kureng cun cket..
honda cbr150/yamaha 135LC pon da ckup oke bgi rider2 skalian
lgi pon,kt malaysia ni,sume orang lyan motor cub jer..
yg penting,pkai ape yg mampu,ukur baju dbadan sndiri..
hishh.. aku da nak bli ZX250R da ni.. kang tunggu nate ni.. kuar plak baru lagi.. tunggu lagi.. lame lame aku pakai basikal je..
Saya nak minta anda semua untuk menulis e-mail kpd HLY komen tentang model yg di org keluarkan di M’sia. Beri pendapat anda pd mereka. Saya sudah e-mail mereka pasal YSf-R125 ini. Untuk pengetahuan HLY hanya ada kebenaran utk keluaran dan pasang model bawah 150cc. Maka model YSF-R125 adalah termasuk dlm ketegori ini. Masalahnya orang orang yg duduk dkt bahagian R&D HLY tu org yg old fashion. Tak buat survey model mcm mana yg kita nak…akhir2 keluar kan model FZ150 sama mcm yg di Indon…Jom kita pakat2 komen HLY…nanti mungkin baru dia org sedar….
Utk makluman HLY diberi kebenaran utk memasang dan memasarkan model yamaha dibawah 150cc…so model YSF-125r ini adalah termasuk dibawahnya….akan tetapi disebabkan oleh kerana adanya org-org yg old fashion di bhg R&D tu maka yg kita dpt adalah FZ150 model Indon punya bukan model eropah yg lebih futuristik. So…saya nak minta anda semua supaya e-mail kpd HLY nyatakan pdpt anda…saya telah berbuat demikian…lebih ramai yg hantar maka lebih sedarlah di org….
Terima kasih Bunma.
Semoga usaha kita untuk dapatkan
model terbaik seperti R125 ni berhasil.
Saya sokong cadangan anda untuk emel ke HLY.
Ayuh kawan2 semua sahut seruan Bunma.