Salam sejahter,
Terima kasih kerana setia dengan duniamoto.
Hari ni saya akan review sedikit tentang model terbaru yang dikeluarkan oleh Modenas syarikat permotoran tunggal negara kita.
Pada 23 Mac 2009 Modenas telah melancarkan model cub terbaru mereka iaitu Modenas GT128. Rekabentuk serba baru yang ringkas serta grafik yang mengancam membuatkan model ini cepat mendapat perhatian pengguna-pengguna motosikal terutama golongan muda.
Apa yang menarik model kali ini Modenas menampilkan brek disk pada tayar belakang yang sememangnya dinantikan oleh kaki-kaki rempit moped tanah air. Begitu juga dengan penambahan meter RPM pada papan muka meter GT128 ini. Selain itu lampu depan kini dipecahkan dua seperti mata alien memang menyerlahkan sifat sporty GT128.
Namun jika diselidiki spesifikasi enjinnya ia telah meminjam dari model terdahulu iaitu Modenas X-Cite 130. Mengapa tidak dilahirkan enjin baru dengan kapasiti baru?
Persoalan ini akan sering dibahaskan oleh peminat-peminat moped. Mungkin sesiapa yang memiliki Modenas X-Cite tahu akan keupayaan mesin ini kerana bukan sahaja enjin malah karburator dan ratio gear adalah sama.

Jadi ini mungkin faktor kekurangan pada model GT128 kerana hanya rekabentuk luaran sahaja yang baru tapi tidak pada enjinnnya.
Mengapa situasi ini berlaku? Mungkin faktor harga memainkan peranan untuk bersaing dalam kelas ini. Nampaknya sekali lagi modenas mengecewakan peminat-peminat moped.
Namun begitu seperti yang kita sedia maklum model-model Modenas rata-rata mempunyai reputasi baik dari segi penjimatan petrol dan enjin tahan lasak.
Begitu juga dengan Modenas Gt128 yang melepasi tahap piawaian Euro 2. Satu tahap piawaian yang ketat berjaya dicapai bagi memenuhi kempen mesra alam diperingkat antarabangsa. Tahniah Modenas yang masih bekerjasama dengan rakan kongsi mereka iaitu Kawasaki Heavy Industries LTD.
Ada empat warna pilihan yang diberikan iaitu Uranium Orange, Kriptonia Green, Titanium Silver dan Milenia White. Dengan harga yang ditawarkan RM4,888 mungkin ramai yang akan menempah model ini untuk kegunaan harian. Secara keseluruhan model ini memang lawa beb cuma tak dilengkapi dengan monoshock je. Kalau tidak perrghh…. memang gempak habis.
Ok ni spesifikasi Modenas GT128
DIMENSI
- Panjang keseluruhan – 1950 mm
- Lebar keseluruhan – 680 mm
- Tinggi keseluruhan – 1060 mm
- Jarak roda – 1245 mm
- Ruang kelegaan bumi – 120 mm
- Ketinggian tempat duduk – 750 mm
- Berat kering – 102 kg
- Kapasiti tangki minyak – 4.3 liter
- Penggunaan bahan api – 64.4km/liter @ 80km/j
ENJIN
- Jenis – 4 lejang, SOHC satu silinder
- Gerek x Lejang – 53.0 x 59.1 mm
- Sesaran – 130 cc
- Nisbah mampatan – 10 : 1
- Kuasa Kuda Maksimum – 7.18 Kw @ 7500 rpm
- Tork maksimum – 10.7 N.m / 5500 rpm
- Karburator – Keihin NCV24
- Sistem nyalaan – DC – CDI
- Sistem penghidupan – Penghidup tendang dan lektrik
- Sistem sejukan – Udara
- Kapasiti minyak enjin – 1.1 liter
CASIS
- Jenis – Paip – tulang belakang
- Saiz tayar hadapan – 70/90 – 17 38p
- Saiz tayar belakang – 80/80 – 17 44p
- Suspensi hadapan – Cabang teleskopik
- Suspensi belakang – Penyerap hentak dwitindakan
- Brek hadapan – Cakera tunggal 234mm
- Brek belakang – Cakera tunggal 192m
TRANSMISI
- Jenis – 4 kelajuan sistem gear berputar
- Jenis klac – Automatik multi cakeri (basah)
- Nisbah pengurangan premier – 3.000 (69/23)
- Nisbah pengurangan akhir – 2.800 (42/15)
- Sistem pacuan – Pemacu rantai
SISTEM ELEKTRIKAL
- Bateri – 12v 3.5 Ah (Sel kering)
ok la.. mula2 moto 128 ori knk ajek.. p lepas ku ubah rim dgn warna semua pandang.. nak cakap laju 2… boleh la…. p minyak kuat tarik la bro… kejap ja pokai kalau x kerja…. 128 megancam. 3 dalam satu.. rupa LC ada..LEGEND ada. depan macam big bike pun ada. mun jek rendah depan lah…
cmner nk contact ?
aku dh angkat gt, dh pakai 1 bln lebeh..moto memang cun, steady je bile bawak laju…suspension dye best time layan conner..cuma satu je aku kecewa dgn gt emm..meter dye ringan 30kmh..pulas 130kmh tapi laju sebenar baru 90kmh. pendek cite tertipu laa..apepun aku tetap sokong produk negara..harap2 modenas pasni hasilkan yg lg hebat dan berkualiti..aku pasti beli.
salam to all rider.. ak baru jer beli gt128 ni 1 minggu dlm tempoh 1 minggu ni ni komen yg boleh aku bg tentang laju motor gt ni. performance not bad la masa dah jln 300km moto aku tuh aku try sebat. meter tunjukkan laju 150 tp kat dlm gps tunjuk 140. not bad la berat aku pun 90kg tuh x abis pulas lg tuh masa aku sebat.. harhar..
skrg aku tgh fikir2 sama ada nk amik LC atau GT ni.x kisah la moto apa pon..janji enjin tahan utk long distance + daily use,x byk ragam,selesa.
bg aku…laju 130km/j pon dh cukup laju dh.nk lagi laju kalu…angkat superbike aje la.komfem laju….haha~
Berat 100kg,GT blh bwk ke?? Aku tkut meraung enjin tu nnti…
aku ok je……sdp je….lc 2 x de hal la…..da pki dkt 3 taun…msih mantap…..
aku ada sbji gt ni..paling laju 140km.lepas tu mengaum xingt..naik bukit semput..trn bukit br blh lepas 140km..aku nk bt moto ni sme lari ngn lc tp xbyk tukar..sb cc pn lbh kurg lc.mgkin sb dh cut off.klu lc ngn gt standard terang2 kne tgl berkampung bl starting.nk ubahsuai minima tp blh lyan lc.so aper cer??
karburetor..
agak2 beb..xkn kriss nak sayur tzm..jalan jem boleh la..apepn bt yang terbaik..
dlm bpe kos ZIn??
dlm bpe kos ley dpt ZIn??
Boleh saya tau brp murah cash @ hutang…serius nk sambar sebijik kalau betul2 murah daripada harga pasaran….nk buat ulang alik KL-K.Sel…
contact/sms ke 0146410818…THANKS
salam bro..
murh sgt ke?
bagi le quotation untk harge cash n utang
tq
cmne nak contact ?
brooo … gua berminat angkat 1 moto nih … ape no lue … tii gua contact lue kite bincang ???
well said ..bro..ingat betul2…sebelum menbuat keputusan…
ye tak ye jugak la kot,tapi aku dah penat la naik kapcai,( aku ada kriss 110 & gt128)kalau aku nak beli miotor lagi lepas ni,dah taknak kapcai lagi dah,mungkin fz150i atau superkips pulak.salam.
bukan topspeed ye,cuma bila meter dah cecah 130km(meter gt,bukan gps) tu aku stay situ je,belum abis perah lagi.lepas tukar tayar depan 80/90,meter jadi berat sikit,tak lagi mencanak naik kehhh.
ello..siapa berminat beli modenas BARU GT 128 dengan harga lebih murah drp pasaran..tinggalkan msg yerrr~~~