Review Motosikal Yamaha TZR50

Salam dan selamat sejahtera,

TZR50Berikutan permintaan di kalangan pembaca setia blog motosikal duniamoto.com saya ada membuat sedikit kajian berkenaan model hot di Eropah iaitu Yamaha TZR50. Alamak keciknya kapasiti enjinnya? Ye betul bukan anda salah pandang tapi inilah realitinya.

Model ini dipasarkan pada tahun 2009 untuk penunggang-penunggang baru berjinak-jinak dengan sports bike dan sebagai langkah pertama untuk ke dunia sports sebenar.

Mungkin kita di Malaysia memandang sinis saiz enjinnya yang amak kecil tapi di Eropah remaja di sana berebut-rebut untuk dapatkan motosikal sebegini kerana mereka tidak memerlukan lesen memandu untuk menunggangnya. Jadi tak hairanlah kalau di sana lahirnya pelumba-pelumba hebat seperti Valentino Rossi, Daniel Perdrosa, Marco Melandri dan ramai lagi kerana mereka sejak kecil diasah bakat-bakatnya dengan motor-motor replika sebegini.

TZR50 menggunakan kuasa enjin 2 lejang bersaiz 49.7cc satu silinder menggunakan sejukan cecair. Dengan nisbah mampatan 11.5:1 ia boleh menghasilkan kuasa sekuat 2.68HP pada putaran enjin maksimum 6250RPM. Di samping dapat menghasilkan tenaga tork sekuat 2.87Nm pada 5500RPM.

Menggunakan sistem penghidup eletrik dengan nyalaan CDI, motosikal comel ini memiliki 6 gear untuk memacu tubuh replikanya yang seakan-akan abangnya iaitu Yamaha R1. Apa yang menarik perhatian saya sistem casis yang digunakan menyerupai model Yamaha TZM150 yang pernah meletup di pasaran negara kita pada era 90an.

Yamaha TZR50

Kepada sahabat-sahabat yang masih meyimpan model TZM jangan lupa servey body replika ini untuk dipadankan ke badan TZM anda :) . Boleh convert jadi TZR150 hu..hu..hu…

Namun begitu berat motosikal ini dikatakan agak tinggi iaitu 128kg termasuk isian petrol dan pelincir. Isk…  larat ke enjin kecik nak bawa ownernya? Hemm… belum cuba belum tahu tapi yang nyatanya ia tidaklah sehebat motor-motor 100cc ke atas. Tapi ia dilengkapi dengan sepasang brek disk untuk depan dan belakang memang cun habis motor ni :) .

Sistem kerangka dan suspensi rata-rata dilihat menyerupai spesifikasi model TZM150. Tak perlu dipertikaikan keteguhannya sebab memang sudah lebih dari mampu untuk menampung keseluruhan kuasa yang ada pada TZR50 ini. Isian petrol boleh memuatkan sebanyak 14 liter untuk satu tangki penuh. Lebih kurang kapasiti tangki RXZ dan TZM.

Yamaha TZR50

Di keluarkan dengan dua versi warna iaitu merah dan biru TZR50 ini sudah boleh didapati dipasaran Malaysia dengan jumlah yang sangat terhad. Ini berikutan ia dibawa masuk oleh pengimport-pengimport bebas menjadikannya ia model CBU yang agak tinggi harganya jika dibandingkan dengan model-model lain CKD.

Setakat yang saya tahu TZR50 ini diletakkan harga sebanyak RM15,850 tidak pasti pula adakah ianya termasuk insurans dan cukai jalan (RM2). Namun model spec Euro ini diimport terus dari Jepun oleh mereka. Jadi inilah sedikit info yang boleh saya kongsikan sebagai sumber pengetahuan dan maklumat untuk anda semua.

SPESIFIKASI YAMAHA TZR50

DIMENSI

  • Panjang keseluruhan – 2002 mm
  • Lebar keseluruhan – 689 mm
  • Tinggi keseluruhan – 1105 mm
  • Jarak roda – 1341 mm
  • Ruang kelegaan bumi – 151 mm
  • Ketinggian tempat duduk – 815 mm
  • Berat kering – 128 kg
  • Kapasiti tangki minyak – 14 liter

ENJIN

  • Jenis – 2 lejang,  satu silinder
  • Gerek x Lejang – 40.3 x 39.0 mm
  • Sesaran – 49.70 cc
  • Nisbah mampatan – 11.5 : 1
  • Kuasa Kuda Maksimum – 2.0 Kw/2.68HP @ 6250 rpm
  • Tork maksimum – 2.87 N.m / 5500 rpm
  • Sistem nyalaan –  CDI
  • Sistem penghidupan – Penghidup lektrik
  • Sistem sejukan – cecair

CASIS

  • Jenis – Deltabox
  • Saiz tayar hadapan – 100/80 – 17
  • Saiz tayar belakang – 130/70 – 17
  • Suspensi hadapan – Cabang teleskopik
  • Suspensi belakang – Penyerap hentak monocross
  • Brek hadapan – Cakera tunggal 280 mm
  • Brek belakang – Cakera tunggal 220 mm

TRANSMISI

  • Jenis – 6 kelajuan
  • Jenis klac - manual pelbagai cakera (basah)
  • Sistem pacuan – Pemacu rantai

Sekian

Wira DuniaMoto

37 thoughts on “Review Motosikal Yamaha TZR50

  1. >..owh, rupa nye ni la motor yg slalu ada dlam mimpi aku..
    >..bentuk dh smart tp bila aku bwk (dlam mimpi aku tu la) apsal slow gila ni, rsa cam org kayuh basikal ley ptong lak wkwk..
    >..x berbaloi ar bg aku klu nk beli sbb 50 cc je, klu 150 cc ok gak..
    >..tp bentuk mmg smart..

  2. aku bila tengok pic moto tzr50 ni memang rasa ari ni gak nak pakai, tapi bila tengok cc 50 je, tertanye aku dlm hati betul ke? harap dapat penjelasan dari yang pernah road test moto ni.

      • Kalau laju macam tu tak lama kau pakai sebab lagi senang rosak harap kau tak ambik hati dengan apa yg aku cakap tapi mesin 50cc ni memang berkuasa tapi tak cukup lasak dengan pengendalian ekstrem lebih2 lagi kalau diguna macam bawa stail MotoGp.

  3. xde cite psl naza sbk ker..leh pakai ke x moto2 besar dorg,design pn cntik gk aku tgk tp org kate enjin taiwan made,so asal klu enjin taiwan made,xthn ker..mntk pndpt cket..

    • as….kum
      Kalau d jage dgn elok ok je NAZA tu tapi bile nk jual harga dh same ex5 pulak iskh3 nanye je buyer
      wasallam

  4. bagai mana saya boleh dapatkan full set body tzr50 ini dan berapa pula kos rmnye.sebap saya ada tzm yang nak saya salinkan

  5. Moto ciput cam ni bgus tak yah jual kat malaysia,mmg tak laku,budak2 mebih suka basikal dr ” MOTOBOT” ni.

  6. Ermmm jgn tgk CC tgk compression dia.. bapak tinggi giler, sbb tu lah belh laju 11.5 : 1

    mmg lah laju… tapi biasa lah compression tinggi2 cepat rosak motor

  7. Aku boleh agak puncanya kenapa….JPJ. Sebabnya aku rasa ada sesetengah undang2 JPJ mengenai jenis moto yang boleh dibawa masuk tak boleh pakai langsung.Aku tertanya tanya sama ada mereka pernah kemaskinikan syarat baru mengenai ini.

  8. Top speed dlm 120km tapi itu kelajuan selamat le tapi paling laju 180km itu pun kalau tak sayang nyawa.

  9. Kalu setakat 50cc,aku nak kejar kambing tempang sebelah kaki pun x dapat body jer cantik tpi hampeh

  10. as…kum
    Aku dah lama dlm dunia enjin ni sejak dari kecik ,bapak aku seorang mekanik d kem askar dulu mcm ynoz juga ,so bila kita dah tau dunia moto malaysia ni asyik cam tu juga dari dulu sampaila sekarang mesti dlm diri kita terasa seolah2 kene tipu je dgn syarikat yg konon nye bagus dlm pasaran malaysia ,cuma satu je la korang sanggup tak rasa mcm ketinggalan zaman
    wasallam

  11. hahahha bro yus aku tgk hang komen kat jurutera HLYM tu ganas juga yek… terkedu aku rasa bla dia bace…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>