DuniaMoto.com – Blog Informasi Motosikal

Selamat Tahun Baru 2008

2008 menjelma semua warga dunia menyambut dengan penuh kemeriahan termasuklah negara kita.Tetapi apakah 2008 sama seperti 2007 dan tahun sebelumnya.Inilah persoalannnya yang ingin saya sentuh dari segi sudut dunia permotoran.

Dunia permotoran di Malaysia tidak banyak berubah pada tahun ini.Maaf ini pendapat peribadi saya.Lihat sajalah cukai motosikal berkuasa besar masih di takuk lama.Tidak munasabah dan masih di anak tirikan sedangkan kereta-kereta pelbagai jenama berlumba-lumba masuk ke negara ini.Bank-bank juga sukar memberikan pinjaman kepada motosikal berkuasa besar tetapi kereta mewah…………………………..Kesesakan teruk sering berlaku di Bandara Kuala Lumpur yang majoritinya warga kota pergi ke tempat kerja menggunakan kereta masing-masing.

Salah satu penyumbang kesesakan ini adalah kerana dua puluh peratus  sahaja yang mahu menggunakan kemudahan awam seperti komuter,bas dan LRT.Seandainya cukai motosikal berkuasa besar dapat diturunkan ke paras yang munasabah sudah tentu senario ini berubah sedikit walaupun tidak seratus peratus.Bila?…Entah lah….Kita mendoakan sesuatu akan berubah juga nanti.

Selain itu isu yang lebih membimbangkan adalah gejala mat rempit yang belum nampak jalan penyelesaiannya.Apa yang di harapkan tahun ini juga dapat memberi petunjuk kepada mat-mat rempit di luar sana.Tak guna kita marah,tegah,tangkap,pukul tetapi mereka menganggap orang yang melakukan penguatkusaan kepada mereka adalah musuh mereka.Memang sampai bila-bila pun masalah ini tidak akan selesai.Percayalah.

Isu kemalangan yang membabitkan motosikal sering mendapat perhatian media di mana carta nombor satu seolah-olah di ‘reserve’ kan kepada penunggang dan pembonceng motosikal.Cubalah kita fikir sejenak kebanyakkan kemalangan yang membabitkan motosikal berpunca dari kecuaian pengguna lain.Lori tanah dan treller yang tidak mempunyai lampu belakang malah lebih menakutkan lagi mereka ini langsung tidak mempedulikan penunggang motosikal dengan memotong sesuka hati sambil menghimpit mereka.Banyak kemalangan telah berlaku dan hasilnya yang maut adalah penunggang dan pembonceng motosikal dicatatkan sebagai penyumbang utama kemalangan maut.

Menuding jari kepada penunggang motosikal memang mudah tetapi pernah terfikir situasi yang saya ceritakan di atas?Mungkin hampir setiap hari kita disajikan kisah kejahatan mat-mat rempit tetapi percayalah bilangan mereka ini hanya segelintir sahaja.Lebih ramai yang beretika ketika di jalan raya tetapi kerana ‘nila setitik rosak susu sebelangan’.

“Ingatlah kami bukan menumpang di jalan raya malah kami juga mempunyai hak seperti pemandu lain.Cuma yang membezakan kami dengan yang lain adalah kami hanya beroda dua.”

Apa yang diharapkan pada tahun ini lebih banyak penguatkuasaan dilakukan dan laksanakan undang-undang yang sepatutnya.Jangan hanya nampak kami bersalah setelah berlaku sesuatu kemalangan.Saya percaya jika diselidik sudah tentu lebih ramai penunggang motosikal yang terianaya seperti dihimpit dan dilanggar dari belakang.

Cukuplah saya berceloteh di blog permotoran ni.Rasanya kalau tulis panjang-panjang pun jika tidak di ambil peduli tak gua jugakan.

Selamat menyambut tahun baru 2008 semoga kita semua menunaikan azam baru untuk kehidupan selanjutnya.

Sekian

wira duniamoto          

 

4 Responses to “Selamat Tahun Baru 2008”

  1. afham says:

    kerana kasih kerana sudi melawat…
    nasihat yg berikan memberi seribu keinsafan..

  2. Sama2 Afham….
    Jom datang sini lagi he..he..he..

  3. matasura says:

    memang menarik…banyak info bleh dijadikan rujukan..:)

  4. Terima kasih Matasura kerana sokongan saudara
    insyaAllah kita kongsi info di sini.

Leave a Reply




This site is protected by WP-CopyRightPro