Selamat Ulang Tahun Ke-2 DuniaMoto.com
Salam dan selamat sejahtera,
Mohon maaf kerana saya jarang menjawab soalan dan bersama anda semua samada di blog atau forum motosikal KDMC kerana kesibukan yang tak dapat dielakkan pada minggu ini.
Sedar tak sedar hari ini merupakan genap blog duniamoto berusia dua tahun. Saya sendiri pun tak sedar sebenarnya kerana masa berlalu begitu pantas.
Namun terasa begitu teruja dengan sambutan yang duniamoto alami pada hari ini saya ingin imbas kembali perjalanan duniamoto dari ia mula diperkenalkan di alam cyber.
Imbas Kembali
Kalau diimbas kembali post pertama saya bertarikh 12 Ogos 2007 sudah terlewat 2 bulan sejak domain duniamoto dibeli. Mengapa?
Masalah utama pada masa tu tak tahu nak tulis apa dan bagaimana nak mula menulis di blog. Kemudian yang kedua langsung takde ilmu untuk cipta blog dan kemahiran asas menggunakan tools di internet. Hampir saya biarkan macam tu jer duniamoto.com pada masa tu. Pelawat? Tak payah citer la masa tu ada lima… enam orang yang masuk sebab tersesat jumpa di google.
Saya sendiri pun malu masa tu. Apa la domain dah diindex oleh google tapi content masih kosong hu..hu..hu.. Nak tak nak saya pun tulis jer apa yang terlintas di hati. Memang tak pandai pun menulis cuma minat yang kuat menyebabkan saya teruskan perjuangan untuk jadi seorang blogger.
Alhamdulillah walaupun sedikit demi sedikit saya menulis di blog dan membeli macam-macam panduan untuk dapatkan pelbagai kemahiran untuk blogging dapat juga blog informasi motosikal diteruskan hingga ke hari ini. Kalau tidak mungkin kita semua tidak kenal dan tiadalah kelab yang dinamakan KDMC
Tema blog dah bertukar sebanyak tiga kali dan apa yang anda perhatikan sekarang merupakan tema baru yang dipasang pada bulan April lalu kalau tak silap. Jom kita lihat tema duniamoto sebelum ni.

Tema Pertama

Tema Ke Dua

Tema Sekarang
Halatuju
Setelah hampir setahun menulis di duniamoto akhirnya saya dapati ramai peminat-peminat motosikal yang dahagakan pelbagai informasi berkaitan motosikal mencari sumber rujukan di internet. Syukurlah masa tu duniamoto amat mudah dijumpai di Google mahupun Yahoo dan hingga ke hari ini berjaya membentuk sebuah kelab motosikal.
Belum masuk ulang tahun ke dua saya telah pun wujudkan forum untuk ahli kelab bertukar-tukar fikiran dan berbincang pelbagai isu berkaitan motosikal. Setakat ni dua orang moderator telah saya lantik iaitu saudara Maos dan YusLc untuk memantau forum dan juga blog ini.
Saya perhatikan keahlian di forum KDMC juga semakin meningkat dan yang terbaru seorang usahawan motosikal hebat telah menyertai KDMC secara rela hati iaitu MasterSifu dari Master Bikers. Walaupun saya belum pernah berjumpa atau berinteraksi dengan beliau saya dapat rasakan keikhlasan beliau untuk membantu KDMC serta ahli-ahli lain berkaitan isu motosikal dan kelab.
InsyaAllah pelbagai aktiviti bakal diadakan bersama Master Bikers nanti. Sebelum ni KDMC juga telah mengadakan dua konvoi ke Cameron Highland dan Cherating, Pahang di ketuai oleh saudara Maos selaku ketua konvoi. Selain konvoi KDMC juga mengadakan pertemuan di hujung minggu dan setiap aktiviti yang bakal diadakan boleh dirujuk di blog ini atau forum KDMC.
Baiklah saya berhenti celoteh di sini dulu dan mohon maaf kalau ada terkasar bahasa atau kesilapan yang dilakukan samada sedar atau tidak sepanjang mengendalikan blog ini.
Terima kasih sekali lagi kepada sahabat-sahabat yang banyak menyokong dan berkunjung ke sini. Tanpa anda semua siapalah duniamoto.
Sekian
Wira DuniaMoto
PS: Sila berikan sebarang ucapan kepada DuniaMoto di ruangan komen di bawah.

slamat hari jadi yg ke-2 duniamoto!!
Reply this comment
Wira DuniaMoto Reply:
June 14th, 2009 at 4:38 pm
Tq pamiy Lc.
Reply this comment
tahniah bro..
da ulang tahun ke-2 da.. gua baru join bberape mnggu.. ahaks.. thanks atas info dan kmudahan yg dsediakan kat blog nih.. salute..
Reply this comment
Wira DuniaMoto Reply:
June 14th, 2009 at 4:39 pm
Baru atau lama kita semua sama jer yang penting ilmu yang kita kongsi dimanfaatkan
Reply this comment
salam
selamat hari jadi ke-2
semoga panjang umur (semoga blog ni bole bertahan)
semoga murah rezeki (semoga blog ni ramai pengunjung)
semoga bahagia selalu (setia melayan karenah adik-adik)
semoga lapang sentiasa (selalu bole update info)
wslm
Reply this comment
Wira DuniaMoto Reply:
June 14th, 2009 at 4:40 pm
Ya..ya.. betul tu Yamaha Best terima
kasih kerana mendoakan duniamoto akan
terus berkekalan.
Reply this comment
as…kum
kenkawan HAPPY BIRTHDAY to KDMC kerana berjaya menyambut ulang tahun nyer walaupun pada awal nyer blog nih suram je,tapi kerana sikap ingin tahu kita lah yg membuat kan blog ini kembali ceria dgn pelbagai celoteh dan karenah yg menuntut kita mengejar ilmu utk diri sendiri atau utk di kongsi bersama,disini YUS LC mengucapkan terima kasih dan merasa sungguh terharu kerana segala ilmu yg dikongsi bersama kita sedikit sebanyak berjaya memanfaatkan dan membantu dlm penjagaan moto masing2.Harapan YUS agar ramai lagi diantara kita tahu dan dgn rela hati mencurahkan ilmu tentang motorsikal yg kita sayangi,semoga dimasa akan dtg ramai lagi singgah diblog ni dan memcurahkan ilmu yg mungkin masih tersimpan dan menjadi rahsia kepada kita semua,akhir kata kalau kita nak maju kita mesti laju
wasallam
Reply this comment
Wira DuniaMoto Reply:
June 14th, 2009 at 4:43 pm
Caya lah Yus aku jarang baca ayat2 macam ni
dari bro.
Kepada pengunjung baru inilah salah seorang seorang moderator yg banyak membantu di blog mahupun forum.
TQ bro jasamu dikenang
Reply this comment
Yus LC Reply:
June 14th, 2009 at 6:19 pm
as…kum
jgn puji lebih2 sgt budak kelas sains punye ayat, aku naik kembang muka nak tulis ayat camni kui…kui…..
wasallam
salam… selamat ulang tahun yang ke-2 saya ucap kan..
pelbagai ilmu dan macam2 ragam yang dapat dari blog duniamoto.com yang dikenali juga dgn Kelab Dunia Moto Dot Com (KDMC)
so aku harap pada masa2 akan datang.. semakin maju la blog,kelab ini.. dan perhargaan kepada mr wira.. yang telah banyak memberi info2 berguna.. caya lah bro!!
tidak lupe kepade otai2 KDMC, ynoz,yus,MAOS,anip,achik,ajis, dan sesape je la yang banyak share2 ilmu korang.. thanks a lot!!!
semoga sukses slalo!!!!
keep it up gang!!! cherrss~~!! (sambil mengangkat air coke lew)
Reply this comment
Wira DuniaMoto Reply:
June 14th, 2009 at 4:45 pm
Cherrss!!! MrBob,
Ko memang sempoi dari dulu sampai sekang
dan ko antara ahli2 KDMC yg hensem dan
macho….
Suka bantu kengkawan samada di blog, forum
dan konvoi.
TQ MrBob.
Reply this comment
askum
selamat ulang tahun yang ke-2 jga buat KDMC….
harapan supaya lagi maju n berambah maju lagi….
otai2 kena still support selalu supaya makin dikenali KDMC ni…..
wasssalam
Reply this comment
Wira DuniaMoto Reply:
June 14th, 2009 at 8:59 pm
Memang otai2 KDMC sentiasa support orang2
baru tak caya lihatlah di komen2 atau forum.
Tak cukup dgn itu ada yg aku jawab melalui
emel iaitu secara personal.
Moga Alieya juga terus setia di KDMC
Reply this comment
tema sekarang lebih cool n smart..
congraz duniamoto pada admin dan pembacanya.. =)
Reply this comment
are_nip Reply:
July 4th, 2009 at 5:27 pm
salam..weh menteil mne ko menghilang ha????
Reply this comment
Yus LC Reply:
July 4th, 2009 at 6:39 pm
as…kum
Lame tak dengar berita sihat ke bro? Aku tau ramai kenkawan rindukan ko…….
wasallam
Reply this comment
alieya Reply:
July 9th, 2009 at 11:14 am
tau tak pe terlebih smart pun maybe akan dtg lagi havok dari sekarang
Reply this comment