Sungguh tak kusangka harini dah masuk 3 tahun blog ni ada dipersada maya. Satu tempoh yang saya rasa penuh dengan liku-liku kehidupan sebagai seorang blogger biasa.
Saya tidaklah sehebat sesetengah blogger-blogger lain yang sibuk mengejar ranking di google dengan melakukan berbagai teknik samada baik atau buruk. Cukuplah sekadar ianya dapat dikongsikan dengan pembaca seantero nusantara yang memahami bahasa Melayu.
Sehingga hari ini hampir 3 bulan saya menyepikan diri dengan tidak membuat sebarang posting di blog duniamoto.com. Namun hampir setiap hari saya pantau kemasukan komen-komen yang mencurah di sesetengah topik. Tak kisah apa yang pembaca nak komen tapi biarlah ianya bermanfaat dan tidak menggunakan perkataan-perkataan yang kesat.
Syabas diucapkan kepada sahabat-sahabat dari KDMC yang banyak menghantar mesej tentang aduan-aduan dan feedback positif kepada saya. Ramai juga yang bertanya kenapa chatbox di Live DuniaMoto agak lengang.
Rasanya ramai yang tahu dunia sekarang sedang dilanda gelombang tsunami facebook terutama di Malaysia. Begitu juga ahli-ahli KDMC lebih gemar ke facebook untuk berkongsi pengalaman dan sembang apa saja.
Satu perkembangan yang sihat kerana secara tak langsung kita dapat menambah lebih ramai kenalan.
Beberapa minggu yang lepas akaun google dan facebook saya dihack oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan yang pastinya individu tersebut bukanlah datang dari Malaysia. Namun akaun facebook iaitu Wira Duniamoto dapat diselamatkan. Tapi yang sedihnya akaun duniamoto@gmail.com tidak dapat diselamatkan.
Apa boleh buat semua dah berlaku dan saya redha. InsyaAllah ada hikmah disebalik kejadian ni.
Kemana saya pergi selama 3 bulan tak menulis di duniamoto?
Ada! saya tak kemana-mana cuma sibuk menguruskan tugasan mencari rezeki. Kalau dulu saya menjalankan perniagaan konvensional tapi sekarang 100% melakukannya di internet. Alhamdulillah impian saya sudah tercapai.
Ok kita buka balik cerita berkenaan blog duniamoto.
Ada juga yang bertanya kepada saya “apa beza duniamoto dengan KDMC (Kelab DuniaMoto.com)”
Bezanya blog DuniaMoto merupakan asas kepada pembentukan KDMC yang merupakan pengunjung setia blog DuniaMoto.
KDMC diselia oleh saya sendiri dan beberapa orang moderator. Di sana pelbagai perbincangan berkaitan motosikal termasuk perihal kelab.
Manakala blog ini diselia dan diselenggara sepenuhnya oleh saya sendiri tanpa bantuan dari pihak ketiga.
Saya tetap bersyukur kerana dalam tempoh 3 tahun ini blog DuniaMoto telah banyak membantu rakan-rakan yang perlukan informasi berkaitan motosikal. Setidak-tidaknya dapat berkenalan dengan otai-otai motor yang sedia mencurahkan ilmu dan pengalaman jika pandai berbahasa dengan mereka.
Adab dan tatasusila memang menjadi pegangan perinsip saya di blog ini. Tak kisah apa orang nak kata. Jika tak tahu jaga tingkah laku dan suka membuat provikasi silalah ke tempat lain. Maaf!!!
Kepada sahabat-sahabat di forum maafkan saya buat masa ini tidak berpeluang meluangkan sepenuh masa beraktiviti bersama anda samada di forum atau di luar. InsyaAllah kita akan lantik Bro Maos sebagai Ketua KDMC secara rasmi pada mesyuarat akan datang.
Lebih elok rasanya ketua sebuah kelab merupakan orang lama dan mempunyai keupayaan untuk membimbing ahli. Cukuplah saya sebagai penasihat KDMC dan lagipun jarang melibatkan diri dengan aktiviti luar cuma lebih kepada hal-hal berkaitan online.
Baiklah sebelum mengundur diri mohon maaf atas kekurangan dan kesilapan sepanjang mengendalikan duniamoto selama ini.
Yang buruk jadikan sempadan dan yang elok dijadikan tauladan.
Wira DuniaMoto
Tahniah bro, harap duniamoto akan terus mantap dengan post terbaru.
as…kum
Aku sendiri pun tak sedar dah 3 tahun Duniamoto , ape2 pun syabas pade saudara wira yg mewujudkan ruanagan utk kita semua berkongsi ilmu
wasallam
Salam bro Wira
Tahniah kerana menyambut ulangtahun yang ke 3. semoga blog Dunia Moto akan terus kehadapan selepas ini. kami geng2 di Kelab Dunia Moto (KDMC) akan terus menyokong bro.
wassalam.
Wsalam,
Terima kasih Opu kerana masih ke blog ni. Walaupun saya jarang update tapi yg sebetulnya trafik tetap mencurah. Cuma di ruangan chatbox agak lengang kerana ramai yg layan fb. Apa pun ini perkembangan sihat kerana dapat mengurangkan masalah sosial yg berlaku di chatbox.
mcm,,mau lumba ka ni???
Nak tahu tentang kualiti motosikal SYM BONUS 110. Macamana dengan kualitinya? Adakah sama seperti jenama motosikal DEMAK atau yg lain yg x berapa berkualiti?