Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Motosikal | Dunia Permotoran | Penjagaan Motosikal

Benarkah tapak Plaza Tol Jelapang ‘keras’.

Dapatkan FireFox untuk paparan lebih menarik untuk blog ini. Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel-artikel di blog ini teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami!

Sebelum saya meneruskan tulisan artikel ini marilah kita sama-sama sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia akibat kemalangan bas tempoh hari.Al-Fatihah.

Kemalangan yang membabitkan sebuah bas persiaran melanggar sebuah lori tangki membawa muatan susu getah menyebabkan 7 orang terbunuh dan 28 lagi cedera.

Saya tidak mahu mengulas lagi tentang peristiwa ini kerana saya percaya pembaca sekelian telah mengetahuinya melaui media massa ,cetak dan internet.

Apa yang ingin saya kongsikan adalah khabar angin yang mengatakan tapak Plaza Tol Jelapang sememangnya ‘keras’.

Kita tidak menolak kewujudan elemen-elemen kepercayaan yang sebegini kerana masyarakat kita sering percaya dengan benda-benda tahyul dan khurafat(maaf saya berkasar bahasa).Bukan saya menidakkan kewujudan makhluk kalus di sekeliling kita.Tetapi sebagai penganut beragama Islam wajib dibuang jauh-jauh kepercayaan sebegini.

Pekerjaan syaitan dan sekutunya memang ingin menyesatkan manusia daripada mempercayai bahawa Allah yang berkuasa keatas sesuatu kejadian atau menyesatkan manusia supaya mempercayai bahawa ada kuasa lain selain dari Allah.Astaghfirullah…..

Saya rasa anda faham apa yang saya maksudkan di atas.Ini berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya sendiri.Yelah saya ni bukanlah guru agama untuk berceloteh pasal hal ehwal agama tetapi ini adalah ‘basic’ bagi setiap orang Islam.

Kemalangan boleh berlaku bukan kerana tempat tersebut ‘keras’ atau ;berhantu’ tetapi ada beberapa faktor yang menyebabkan ia berlaku;

  1. Sikap dan kecuian manusia sendiri yang leka,lalai dan cuai ini termasuklah mengantuk dan mabuk.
  2. Faktor kenderaan yang tidak diselenggara mengikut jadual yang sepatutnya.
  3. Keadaan jalan juga boleh menjadi faktor penyebab contoh seperti di Plaza Tol Jelapang itu sendiri.

Walaubagaimanapun kita sebagai orang Islam digalakkan untuk membaca doa sebelum memulakan perjalanan agar mudah-mudahan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Kemalangan bas yang berlaku di Plaza Tol Jelapang merupakan lebih kepada faktor kecuaian manusia di mana pemandu berada dalam keadaan letih serta mengantuk dan break bas tersebut tidak berfungsi dengan baik.Kedua-dua faktor ini merupakan penyebab utama kecelakaan yang berlaku.

Menunggang motosikal juga tidak terlepas dari keadaan mengantuk.Saya sendiri pernah mengalaminya ketika pulang dari bekerja,ketika itu hampir terlanggar tebing jalan.Syukur tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Jadi saya harapkan ‘bikers’ semua berhati-hati ketika menungang terutama pada cuti Hari Raya Aidil Adha nanti.Ingat kita hanya beroda dua dilanggar pun susah melanggar pun susah ye…

Artikel lain yang berkaitan.

Popularity: 10% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

5 Comments so far

  1. ibnuhassim on December 14th, 2007

    Salam wira,

    memang keras ler plaza Tol Jelapang tue..
    Kalau tak caya cuba gi hentak kepala kat situ. Sakit tak? kalau sakit memang keras..

    Gurau jer…

    [Reply this comment]

  2. Wira Duniamoto on December 14th, 2007

    Mat-mat motor mesti dah ada yang cuba kot…
    Tapi saya sokong sangat ianya dipindahkan dengan segera ketempat lain.

    Kecuaian manusia memang susah nak dibendung.Sebab lalai adalah satu ujian bagi insan bernama manusia.

    Apa saja perkara kalau kita lalai memang mendatangkan kerugian….

    [Reply this comment]

  3. abufaris on March 14th, 2008

    Salam,

    Saya tinggal di Jelapang dan hari2 lalu dekat situ. Menarik juga untuk saya rakam dlm blog saya tentang perkembangan projek mengubah lokasi plaza tol Jelapang.

    [Reply this comment]

  4. Wira Duniamoto on March 17th, 2008

    Wah dah ubah lokasi bagus tu.Macam ni la
    yang kita mahu tapi yang sedih dah ramai yang
    terkorban.

    Abufaris hati2 dalam perjalanan.

    [Reply this comment]

  5. rebelsmy on July 13th, 2008

    orang yang langgar tol tu bukan tol yg langar orang.
    dah tau adatol tak payah ye lelaju

    [Reply this comment]

Leave a reply