Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Motosikal | Dunia Permotoran | Penjagaan Motosikal

Kemalangan Dan Pesalah Trafik

Dapatkan FireFox untuk paparan lebih menarik untuk blog ini. Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel-artikel di blog ini teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami!

Salam sejahtera pembaca blog duniamoto sekelian.

Selama beberapa minggu ni saya agak sibuk membuat persiapan untuk perniagaan di bazar ramadhan yang bakal menjelma lebih kurang satu bulan dari sekarang.

Kemalangan

Lagi satu sekarang musim demam melanda di Selangor termasuklah anak dan isteri saya yang juga demam pada hari ini. Awas bro semua terutama naik motor di bawah pancaran matahari yang panas terik dan keadaan udara yg berjerebu. Amalkan minum banyak air kosong tanpa ais ye. :)

Hari ini saya terarik dengan dua berita di surat khabar. Ye saya baca secara online jer tak beli yang naskah sebab senang boleh terus surf apa yang patut.

Kalau ada yang dah baca atau tonton berita semalam mengenai kemalangan di Cheras membabitkan lori rempuh kenderaan lain. Sebelum ni juga berlaku di Puchong lori jenis yang sama iaitu bawa muatan tanah menghentam kenderaan lain dari belakang.

Sukar nak dibayangkan keadaan yang sangat teruk apabila sudah berlaku kemalangan. Lebih-lebih lagi penunggang-penunggang motosikal turut terlibat. Cukup menyayat hati kalau motor yang dilanggar dari belakang, bro boleh bayangkan betapa ngerinya.

Baiklah saya tak nak ulas mengenainya lagi tapi ingin memberi sedikit panduan keselamatan yang sekurang-kurangnya boleh menyelamatkan nyawa kita semua.

Panduan khas untuk kita sebagai penunggang motosikal terutama di lampu isyarat atau jalan-jalan utama. Amalkan beberapa tips yang saya sertakan di bawah.

  1. Jangan berhenti di tengah-tengah lampu isyarat terutama persimpangan empat. Cari tempat di bahagian tepi jalan ini dapat mengelakkan terjahan dari belakang secara tiba-tiba.
  2. Jangan memotong lori atau kenderaan berat lain sebelum sampai ke lampu isyarat kerana dikhuatiri kenderaan tersebut melakukan brek mengejut atau cuba mengejar lampu isyarat dari bertukar merah.
  3. Senantiasa perhatikan di cermin pandang belakang, kalau-kalau terdapat kenderaan berat sedang mengekori atau ingin memotong.  Berikan laluan secukupnya untuk ‘mereka’ memotong dan jangan sekali-sekali membiarkan mereka mengekori kita dalam jangka masa agak lama, macam-macam bahaya menanti kita.
  4. Kalau motosikal bro cukup kuasa dan enjin berkapasiti besar tinggalkan kenderaan berat dari mengekori jika kurang selesa membenarkan ‘mereka’ memotong anda. Maklumlah kalau di lebuh raya atau jalan kampung banyak batu-batu kecil serta habuk yang bakal menerjah ke muka dan badan sekiranya mereka memotong.
  5. Sekali lagi ingin saya tegaskan sentiasa awasi apajua kenderaan di belakang kita pada mana-mana situasi di lampu isyarat, persimpangan jalan, lebuh raya, jalan kampung dan juga di mana-mana sekalipun.

Mungkin ada yang berkata “kalau nak kena tu kena jugak”, betul tapi sekurang-kurangnya kita berusaha menyelamatkan diri dan dapat meminimumkan sebarang risiko yang bakal terjadi.

Satu lagi saya nak ingatkan bro semua supaya lengkapkan motosikal dengan cukai jalan dan lesen memandu sekiranya sudah tamat tempoh. Ini berikutan pengumuman dari pihak berkuasa(polis) untuk mencari pesalah trafik yang masih belum menjelaskan saman serta mempunyai waran tangkap. Jadi awas ye. Tujuan lain adalah untuk mengurangkan kadar jenayah di sekitar negeri Selangor.

Ingatlah! Segelintir dari penunggang sering menyebabkan penunggang lain mendapat masalah terutama golongan mat rempit.

Sekian dulu untuk post kali ini.

-Wira DM

Artikel lain yang berkaitan.

Popularity: 11% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

No Comments

Leave a reply