Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Motosikal | Dunia Permotoran | Penjagaan Motosikal

Merdeka dalam dilema?

Dapatkan FireFox untuk paparan lebih menarik untuk blog ini. Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel-artikel di blog ini teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami!

Sebelum meneruskan penulisan ini terlebih dahulu saya ucapkan selamat menyambut kemerdekaan yang ke-51kepada semua pengunjung blog permotoran khususnya dan seluruh rakyat Malaysia.

Namun apa yang berlaku pada tahun sedikit kelainan dari tahun sebelumnya. Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena dengan situasi sekarang. Saya ingin mengajak pembaca semua merenung sejenak apakah erti kemerdekaan yang sebenarnya.

Saya ada terbaca sebuah artikel di dalam surat khabar yang menulis berkaitan orang Melayu pada waktu ini dalam keadaan dilema. Apa tidaknya sebuah bangsa yang mempunyai kuasa politik untuk memerintah tanah air tercinta telah menuju kehancuran akibat kecuaian pemimpin yang leka dengan apa yang telah mereka raih semasa menjadi pemimpin. Benarkah bangsa kita mudah lupa?

Bukan itu sahaja amalan rasuah sana sini bersarang dalam tampuk pemerintahan sejak sekian lama dan inilah barah yang sudah hampir sampai kepenghujungnya. Saya bukanlah berniat hendak menyokong mana-mana parti politik tapi sebagai rakyat biasa sentiasa peka dengan senario yang melanda di negara kita.

Sudah ramai orang Melayu yang benci dengan kerajaan yang ada sekarang tapi kemanakah mereka hendak tuju? Inilah persoalannya. Seperti yang diwar-warkan dalam media massa sesetangah parti pembangkang pula telah mula memebelakangkan bangsa sendiri demi menarik perhatian sokongan bangsa lain. Apa yang paling menyedihkan artikel 153 dalam perlembagaan sudah mula dicabar dan dipertikaikan.

Cuba kita renungkan bangsa Melayu baik di semenanjung atau Sabah dan Sarawak telah mula berpecah. Masing-masing membawa haluan sendiri dan ini menunjukkan kedudukan bangsa kita dalam keadaan terlalu lemah dari segi perpaduan.

Kita sedang sibuk bercakaran sana sini tapi sedarkah wahai bangsa ku ada pihak yang sedang menunggu peluang untuk mendapatkan kuasa mutlak sekali gus menjadi peneraju politik dan pemerintahan di negara kita. Mungkin ada yang tidak perasan disebabkan fanatiknya mereka dengan insan-insan pilihan yang dianggap membawa kepada pembaharuan. Walaupun belum nampak cahaya pembaharuan tersebut.

Cuba kita kaji dan selidik bangsa apakah yang paling banyak membuat tunjuk perasaan? Fikir lagi bangsa apakah yang paling banyak menuntut itu dan ini walaupun telah termaktub dalam perlembagaan?

Dua soalan saya tinggalkan untuk pembaca semua fiirkan jawapannya. Ingatlah tiada siapa lagi yang akan dapat memartabatkan bangsa dan agama suci kita. Kita tidak boleh bergantung pada bangsa lain untuk menjaga agama kita. Melainkan bangsa kita sendiri yang menjagannya. Tapi bagaimana pula jika bangsa kita lemah disebabkan perpecahan fahaman polotik? Nampaknya usahkan agama malah bangsa kita sendiri pun belum tentu dapat dibela.

Contoh paling dekat kita boleh lihat bangsa Melayu di Singapura. Di mana mereka telah dipinggirkan mengikut undang-undang yang berselindung disebalik  kesama rataan kaum. Saya mengenali beberapa orang rakyat Singapura sebangsa dengan saya. Di mana mereka ini sanggup bersusah payah membeli rumah dan harta di Malaysia. Kerana apa? Sudah tidak sanggup hidup di negara mereka walaupun mempunyai kerakyatan sah warganegara. Itu mereka di Singapura.

Kalau suatu hari nanti kita menerima nasib yang sama seperti mereka, kemanakah hendak kita tuju? Bayangkan suatu hari nanti bangsa kita menjadi pelarian di tanah air sendiri. Ya mungkin tidak berlaku kepada kita tapi bagaimana dengan anak dan cucu-cicit kita nanti.

Sekarang peristiwa berdarah 13 Mei telah mula dikenang kembali. Apakah ianya akan berulang? Harap tidak berlaku lagi kerana kita akan lebih susah sekiranya ia berulang. Siapakah yang pegang ekonomi di negara kita? Fikirlah sendiri apa kaitannya dengan apa yang dah saya tulis.

Apa yang penting sekarang adalah perpaduan bukan percakaran. Hanya perpaduan dapat menyelamatkan semua keadaan. Tapi bolehkah orang-orang Melayu bersatu? Kita dah lihat dua buah parti kuat orang Melayu akhirnya mencapai kata sepakat tidak mahu bersatu. Apa yang saya dapat simpulkan satu jer. Tidak mempercayai antara satu sama lain. Hati yang luka satu ketika dulu masih berdarah. Cuma sedikit kesilapan masa lampau mereka menghukum bangsa mereka sendiri. Siapakah mangsa perpecahan ini? Bukan mereka! Ya bukan! Tetapi keturunan mereka yang akan menerima kesan buruknya nanti.

Ingatlah ketuanan kita sudah hampir kepenghujungnya. Kuasa kita semakin lemah. Orang-orang yang tak ingin melihat bangsa kita bersatu mula tersenyum puas. Kerana apa? Ya! Inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk medapatkan kuasa mutlak pemerintahan di tanah air kita.

Mungkinkah satu hari nanti Malaysia akan sebuah negara republik? Tiada lagi kuasa raja dan yang diPertuan Agong. Jom sahabat permotoran semua sama-sama muhasabah diri.

Sekian

-Wira DM-

Artikel lain yang menarik!

Popularity: 8% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

No Comments

Leave a reply