Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Motosikal | Dunia Permotoran | Penjagaan Motosikal

Raja Supersport

Dapatkan FireFox untuk paparan lebih menarik untuk blog ini. Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel-artikel di blog ini teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami!

Yamaha R-6

Menawan,cute,garang dan macam-macam lagi akan terkeluar dari mulut pencinta-pencinta motosikal bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh dunia memuji `baby` baru dari Yamaha ini.Saya sendiri termimpi-mimpi memikirkan bilakah dapat memiliki `roket` ini.Anda bagaimana?

Sekali lagi dunia permotoran dimeriahkan dengan hasil ciptaan mesin yang cukup menggiurkan.Model baru Yamaha R-6 ini betul-betul menyerupai Yamaha M-1 yang ditunggang oleh `The Doctor` pada perlumbaan MotoGp.Teknologi MotoGp yang membawa kejuaaraan kepada Valentino Rossi telah diserapkan kepada R-6  ini.

Prestasi tak usah ceritalah kaki motor dah boleh agak dia punya `power` yang kita nak cerita bilakah motosikal berkuasa besar akan menjadi munasabah harganya jika dibandingkan dengan negara jiran.Cukai import sekarang teramat tinggi jika nak dibandingkan dengan cukai import kereta.Saya bukan nak mencemuh kerajaan tetapi meminta belas ikhsan agar kurangkanlah cukai ini kepada nilai yang sepatutnya.

Jika kita amati sekarang ni rata-rata pemilik `super bike` adalah dikalangan mereka yang berduit yang betul-betul  sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkannya.Bagi yang berpendapatan sederhana macam saya ni he..he..he.. bila la nak merasa.Saya pasti ada di kalangan anda yang memiliki `super bike` pada masa ini amat bersyukur kerana paling tidak pun sudah `merasa` kehebatan mesin berkuasa tinggi.

InsayaAllah sesuatu yang positif pasti akan berlaku sekiranya kerajaan menurunkan cukai import keatas `super bike`.Kita lihat penunggang-penungang `super bike` lebih berdisiplin jika nak dibandingkan dengan penunggang lain.Walaupun mereka memecut laju di lebuh raya tapi lihat lah cara berpakaian mereka lengkap dengan `sut` keselamatan.Lagi pun motosikal berkuasa tinggi mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi kalau nak dibandingkan dengan `kapcai` yang sedang bermaharjalela di negara kita.

Cukuplah setakat ini untuk saya berceloteh.

Sekian.

 

 

 

Artikel lain yang berkaitan.

Popularity: 7% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

2 Comments so far

  1. honey on March 12th, 2008

    actually aku memang nak tau sangat harga bagi jeis motor 600cc ni, tak kire lah yamaha, honda o suzuki, plz le subcribe kan kat aku…

    [Reply this comment]

  2. Wira Duniamoto on March 19th, 2008

    Honey harga biasa bagi motor2 kategori 600cc dalam lingkungan RM55,000 ke atas(motor baru) untuk semua model termasuk Yamaha,Suzuki,Kawasaki dan Suzuki.

    Harga detil cuba pergi melawat showroom motor yang berhampiran atau dapatkan majalah motor trader.

    [Reply this comment]

Leave a reply