DuniaMoto.com – Blog Informasi Motosikal

Seronok mencelah-celah atau ‘cilok’

Apa khabar pembaca budiman.Emm…bagaimana dengan kerja oh ya hari ini Isnin hari kerja dipermulaan minggu.Saya juga bekerja tapi kerja sendiri dan hari ini saya cuti.Apa kerja yang saya buat?Ha ha nanti saya akan beritahu…bukan sekarang ye..

Baiklah artikel kali ini ingin saya sentuh mengenai mat-mat motor seperti saya yang suka mencelah-celah atau ‘mencilok’.Sebenarnya perbuatan ini amat tidak digalakkan.Pihak kementerian pengangkutan pun turut menegah perbuatan ini.

Tapi bagi sayalah,ini pendapat peribadi sahaja ye.Kalau nk mencelah tu boleh tapi kena berhati-hati.

  1. Jangan terlalu laju kalau boleh kelajuan di bawah 10km/j.Pemerhatian saya ada yang membawa sehingga lebih dari 20km/j dan boleh membahayakan diri sendiri serta orang lain.
  2. Tumpukan perhatian di kiri atau kanan kadang-kadang bimbang ada motosikal lain yang tiba-tiba keluar dari celah-celah kereta.
  3. Pastikan pembonceng anda duduk dalam keadaan tetap tidak bergerak k ekiri atau ke kanan.Ini untuk memudahkan anda mengawal motosikal kerana membawa pembonceng biasanya lebih berat dan ‘inersia’ juga tinggi.
  4. Sentiasa ’standby’ satu atau dua jari di bahagian brek hadapan selain bersedia untuk menggunakan brek belakang.Tindakan yang responsif dapat dilakukan dan ini dapat menambahkan kuasa henti motosikal apabila sesuatu melintas di hadapan.
  5. Tumpukan perhatian kepada penunggangan anda jangan bersembang dengan pembonceng di belakang kerana peratus tumpuan anda akan berkurangan.
  6. Kepitkan sedikit lutut anda bagi mengoptimakan diri anda dan motosikal untuk selesa ketika mencelah-celah.

Ok ada enam langkan-langkah yang perlu diambil ketika anda mencelah-celah.Kebiasaannya ‘teknik’ ini digunakan ketika melalui jalan yang mengalami kesesakan terutama di kawasan bandar .

Bagi saya ianya boleh dilakukan,kalau tk boleh takkanlah kita nak beratur seperti kereta pula ye tak.Setakat ni saya sendiri belum pernah jumpa penunggang motosikal beratur seperti kereta :) Bukan ingin mentertawakan tetapi logiklah kalau dah boleh ‘duduk’ kat depan sekali di trafik light tu apa salahnyakan.Nak tanya ada siapa yang pernah kena saman ketika melakukan celah-mencelah ni?Haa..kalau tak pakai helmet tu memang kena la jawabnya.

Baiklah kalau ada apa-apa cadangan boleh komen di blog saya ni ye.

Penulis

wira duniamoto

Related Posts

  1. Tips Elak Kecurian Kereta Atau Motosikal

8 Responses to “Seronok mencelah-celah atau ‘cilok’”

  1. Zack Kapcai says:

    Salam keangkawan.

    Aku nak tanya korang kalau menjadi kesalahan main ‘cilok2′ ni memang tak patut la.

    Mane ada mat motor tak ‘cilok’ betul tak?

    Reply this comment

  2. zam says:

    cilok mmg wajiblah.mana boleh tak cilok.skema sgt.

    Reply this comment

  3. maniack says:

    pernah mencilok dulu, sekali tergeser dgn kereta peronda polis sampai bengkok side mirror dier.. isk²

    Reply this comment

  4. rasyid says:

    Nak cilok bleh…!!
    Tapi usha2 gak line…
    takut g sapu keta atau motor orng lain…
    k..!

    Reply this comment

  5. Zul says:

    cilok x de hal…jgn cilok bwk lori treler sudah….

    Reply this comment

  6. Law aq emg xbrani lah nk cilok2 niey..

    Reply this comment

  7. YaMaHa BEST says:

    salam

    pakcik tak berniat nak celahcilok ni, tp keadaan memaksa bile..

    1.rase nak tercirit
    2.kejar mase
    3.nampak awek bwk moto kat depan
    4.nampak org ride moto idaman, ushar dekat2
    4.nak hujan.

    bile dah parking helmet, sarung kupiah balik.

    wslm

    Reply this comment

  8. YUS LC bekas mat rempit says:

    as…..kum
    bawalah moto elok2 jgn cilok tapi mencelah-celah la dgn cara yg betul, lagi satu sebenarnye aku paling menyampah kalau jln 2 lane seperti di highway ride lorong kanan lepas tu bawa slow, jgn bagi aku jumpe nanti kene sodok je,aku cukup menyampah pengguna sebegini mmg patut sgt polis saman atau sita je lesen diorang sebab org sebegini akan bahaya kan nyawa org lain
    wasallam
    wasallam

    Reply this comment

Leave a Reply