Ekspedisi Motosikal Ke Air Terjun Chamang

Salam dan selamat sejahtera,

Pertama sekali maaf kerana lama cuti dari menulis artikel dan insyaAllah bermula bulan Ramadhan nanti saya akan online  sepenuh masa. Saya harap semua warga KDMC samada berdaftar atau pun masih menjadi pelawat di sini akan mengikuti perkembangan akriviti terbaru bakal diadakan pada bulan Ogos nanti.

Aktiviti Bermotosikal

Satu ekspedisi yang akan diketuai oleh Ketua Konvoi KDMC iaitu saudara Maos akan berkonvoi ke Air Terjun Chamang, Bentong Pahang. Sila rujuk di bawah:

Tempat:  Air Terjun, Bentong, Pahang

Tarikh: 2hb Ogos 2009

Kategori: Terbuka kepada semua ahli KDMC.

Perbelanjaan: Sendiri

Borang penyertaan: Klik Di sini

Saya sertakan juga peta untuk dijadikan rujukan kepada yang masih tertanya-tanya di mana Air Terjun Chamang yang dikatakan cukup nyaman dan bersih.

Peta Ke Chamang, Bentong Pahang

Peserta boleh merancang perjalanan dari sekarang di mana laluan yang bakal dilalui oleh konvoi nanti dan mungkin ada peserta berada di luar Selangor seperti dari Utara atau Selatan boleh menetapkan samada untuk terus menuju ke Bentong atau sebaliknya. Continue reading