Review Yamaha FZ-S

Salam dan selamat sejahtera,

Bro semua masih ingat Yamaha FZ16 yang pernah saya tulis dulu? Ya! motor ni dah diberi pembaharuan dari segi rupa oleh Yamaha India.

Malah penampilannya pada kali ini lebih mantap dan ‘meleleh air luir’ dibuatnya. FZ-S cukup macho seolah-olah mempunyai muscle. Tak hairanlah kalau ia diberi nama jolokan “Stylish Macho Street Fighter” di tempat ia dipasarkan. Cuba bandingkan FZ-S dan FZ16 memang bro rasa mana yang lebih solid dan ganas!

yamaha-fz-sYamaha FZ16

Spesifikasinya masih sama dengan FZ16 model asal cuma grafik dan beberapa aksesori tambahan yang membezakannya. Model baru dari Yamaha India ini telah mendapat anugerah “Bike Of  The Year Award” pada tahun 2009 daripada UTVi/Autocar Zigwheels dan Business Standard Motoring (India).

Kalau dipasarkan kat Malaysia agaknya boleh dapat tak anugerah macam ni. Apakah Hong Leong Yamaha hanya pandang dan tersenyum jer. Ye la you all boleh dapat untung besar tanpa jual produk canggih macam FZ-S nih.

Berita terbaru saya dapat tahu HLY memperbaiki grafik Yamaha RXZ dan Yamaha 135LC. Ini saja yang mampu dilakukan oleh mereka. Cukup mengecewakan peminat2 motor tanah air. Ubah lah sikit cara pemasaran you all yang ketinggalan zaman tu.

Setidak-tidaknya malulah dengan Yamaha India yang nyata lebih hebat dan agresif dalam memberikan teknologi motosikal kepada rakyat India walaupun kekadang nampak mereka lebih susah untuk hidup berbanding kita di Malaysia.

Ok lah untuk tidak lari dari tajuk asal saya berhenti di sini dulu mungkin lain kali kita boleh cerita dan kritik Hong Leong Yamaha di segmen lain.

Sekian

Wira DuniaMoto