Harga Motosikal Akan Turun!

duti_import

Khabar berita yang dibawa oleh pak menteri pada bulan lalu berkenaan duti impot kenderaan CBU yang bakal dihapuskan pada Januari 2010 memanaskan isu harga motosikal berkuasa tinggi iaitu superbike buat masa ini.

Ini petikannya:

PETALING JAYA 3 Nov. – Duti import bagi motosikal yang dipasang sepenuhnya (CBU) di negara ini akan dihapuskan tahun depan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, ia selari dengan komitmen Malaysia untuk merealisasikan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

‘‘Industri pembuatan dan pemasangan motosikal tempatan patut mengambil peluang dalam AFTA bagi mengeksport produk mereka di seluruh rantau ini.

‘‘Perusahaan ini perlu meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mengutamakan nilai tambah dalam memajukan industri permotoran di negara ini,’’ katanya ketika berucap sempena pelancaran model motosikal baru Kawasaki KLX 150S di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors Sdn. Bhd., Datuk Hanipuddin Raja Datuk Nong Chik.

Harga pasaran motosikal tersebut di atas jalan termasuk pendaftaran cukai jalan persendirian tidak termasuk insurans adalah RM8,589.

Mustapa berkata, dalam usaha menambah baik industri automotif di negara ini, kerajaan mengambil langkah yang lebih agresif dan proaktif.

Menurutnya, langkah itu perlu bagi menjadikan Malaysia sebagai hab serantau untuk sektor automotif walaupun berdepan dengan ekonomi semasa tidak menentu.

Rata2 di blog atau forum menggunakan petikan ini sebagai sandaran dan rujukan namun ianya masih kabur dan kita hanya mampu tunggu dan lihat saja akan kebenaran perkara ini.

Kalau kita analisis secara kasar cuba lihat jadual yang saya paparkan di atas berapa peratus sepatutnya penurunan cukai yang akan berlaku.

Mungkin sekitar 30% dan secara loginya memang ada penurunan. Tapi dengan syarat cukai2 lain tu tidak dinaikkan. Kalau tidak semua tu hanya mainan politik sahaja. Harap tak macam tu.

Kalau cukai GST yang dicadangkan terlaksana jua maka tolak lagi 5% tinggallah 25%. Namun banyak atau kurang penurunan harga motosikal juga bergantung pada nilai matawang.

Kita sedia maklum negara Jepun menggunakan mata wang mereka iaitu Yen dalam urusan jual beli dengan negara luar. Buat masa ini Yen sedang mengukuh dan secara logiknya harga untuk sebuah motosikal mereka juga akan dinaikkan.

Situasi ini berbeza dengan kumpulan motosikal CKD kerana ianya dipasangkan di negara ini sekaligus kurang memberi kesan pada harga.