DuniaMoto.com - Blog Informasi Motosikal » Kawasaki ZX-2R

Review Kawasaki Ninja 250R 2008
Salam sejahtera pembaca dunia permotoran sekelian.

Beberapa hari yang lepas saya ada menerima beberapa emel yang ingin mengetahui serba sedikit review berkenaan model baru Kawasaki pada tahun ini iaitu Kawasaki Ninja 250R atau lebih dikenali ZXR-250. Baiklah saya dengan berbesar hati menulis review motosikal ini pada artikel kali ini.

Pengenalan Kawasaki Ninja 250R.

Pada bulan Jun lalu Kawasaki Ninja 250R ini telah dilancarkan di Malaysia dan menariknya ia bukan model CBU atau import sepenuhnya. Sebaliknya ia menjadi model CKD atau pemasangan tempatan dan sudah tentulah harganya lebih murah. Ya! berita gembira buat peminat-peminat motosikal sport tempatan.Harga boleh tahan sekitar RM19k+++ tak termasuk insuran dan cukai jalan.Satu tamparan hebat buat motosikal keluaran Naza iaitu Blade-250 di mana terpaksa bersaing dengan jenama besar seperti Kawasaki.

Model baru Kawasaki ni sekali pandang memang seakan abangnya ZXR-600 atau ZXR-1000 kerana dibalut dengan fairing besar dan rupa lebih kurang sama dengan abangnya tu. Kalau dilihat trend zaman sekarang gergasi-gergasi motosikal cenderung meniru rupa bentuk superbike mereka untuk dizahirkan ke model-model berkapasiti kecil. Contohnya Yamaha juga mengikut trend sedemikian dengan memperkenalkan Yamaha R-125. Inilah peluang yang dinantikan oleh peminat-peminat motosikal di Malaysia yang dahagakan model-model superbike tapi belum berkemampuan memilikinya kerana cukai yang melampau tinggi. Dapat pakai 250 pun jadilah asalkan rupa seakan sama dengan superbike ye tak.

Ciri-ciri Kawasaki Ninja 250R

Kekurangan.

Model kawasaki terdahulu ZXR-250 telah mendapat sambutan hangat berikutan ianya diasaskan dari abangnya sendiri iaitu ZXR-750. Namun agak berbeza dengan model siri 250 terbaru ini kerana dilengkapi enjin dua silinder sebaris. Ada juga pendapat yang mengatakan enjinnya sama dengan model ZZR 250 terdahulu cuma di’upgrade’kan sahaja. Namun sejauh mana kebenarannya belum dapat dipastikan. Agak mengecewakan juga kalau dibandingkan dengan ZXR-250 dahulu yang mempunyai empat silinder 16 injap. Rasanya banyak juga perbezaan dari segi kuasa dan tork. Takpe boleh rujuk spesifikasi di akhir artikel nanti.

Bukan setakat itu saja banyak lagi kekurangan yang ada pada model baru Kawasaki ni seolah-olah di’downgrade’kan dari model dahulu! Eh biar betul rupa dah upgrade tapi aksesori pulak yang downgrade. Kalau diperhatikan gambar yang saya paparkan pada artikel ni cuba lihat fork Ninja 250R sekarang hanyalah fork teleskopik tapi model dulu guna fork USD. Paparan panel meter juga nampak macam ketinggalan zaman gambarnya juga saya sertakan. Model baru menggunakan single disk brek berbanding double disk brake untuk model dahulu.Mungkin ada lagi yang kurang namun setakat ini saja maklumat yang saya perolehi.

Kelebihan.

Rupa bentuk model baru Kawasaki ni amat menggiurkan kerana mengikut trend masakini. Walaupun hanya single disk brake tapi berbetuk kelopak bunga, kelebihannya dapat mengnyah haba dengan lebih efisien. Pelananya juga disediakan aksesori single seat, wah layan solo mesti bestkan. Kawasaki menyatakan walaupun enjinnya cuma memiliki dua sinlinder namun ianya telah dipertingkatkan kualiti pembuatannya. Antaranya perubahan dalaman yang dilakukan bahagian intake (liang kemasukan) dan liang ekzos direka semula supaya dapat meningkatkan kepadatan kebuk pembakaran bagi menghasilkan tenaga yang sempurna. Bahagian radiator diberikan nafas baru oleh Denso dan dilengkapi dengan kipas yang senyap untuk menyejukkan enjin Ninja 250R ini.

Kesimpulan Kawasaki ZX-2R.

Secara keseluruhannya saya dapati model ini sememangnya direka untuk golongan muda yang ingin sebuah motosikal bercirikan sport tetapi pada masa yang sama inginkan penjimatan terutama petrol. Walaupun banyak kekurangan pada model ini tapi saya amat yakin ianya disebabkan pengawalan dari segi faktor harga. Spesifikasi sedemikian bukan sahaja untuk model pasaran Malaysia tetapi merangkumi pasaran Eropah. Jadi kalau dah berkenan di hati risik-risik di pengedar Kawasaki yang berdekatan ye.

Specifications Kawasaki Ninja 250R (2008)

Engine Type Four-stroke, liquid-cooled, DOHC, parallel twin

Displacement 249 cc

Bore & Stroke 62.0 x 41.2mm

Maximum Torque 21.7 Nm {2.21 Kgf/m} 16.0 lb-ft @ 10,000 rpm

Compression Ratio 11.6:1

Carburetor Keihin CVK30 x 2

Ignition TCBI with Digital Advance

Transmission 6-Speed

Final Drive O-Ring Chain

Cooling Liquid

Frame Semi-double cradle, high-tensile steel

Rake/Trail 26 degrees / 3.3 in.

Front Tire Size 110/70-17

Rear Tire Size 130/70-17

Wheelbase 54.7 in.

Front Suspension / wheel travel 37mm hydraulic telescopic fork / TBD

Rear Suspension / wheel travel Bottom-Link Uni-Trak® with 5-way adjustable preload / 5.1 in.

Front Brake Type Single 260mm hydraulic disc with two-piston caliper

Rear Brake Single 220mm petal disc with two-piston caliper

Fuel Tank Capacity 4.8 gal.

Seat Height 30.7 in.

Dry Weight 333 lbs.

Overall length 81.9 in.

Overall width 28.0 in.

Overall height 43.9 in.

Color Lime Green, Ebony, Passion Red, Candy Plasma Blu

Specifications ZXR-250

Engine     4-stroke In-line four cylinder, DOHC, Liquid cooled, 16-Valve

Redline range     From 18.000 to 20.000 rpm

Displacement     249 cc

Starting     Electric

Bore x stroke     49.0 * 33.1 mm

Compression_ratio     12.2:1

Carburetion     (4) Keihin CVK D30

Ignition     TCBI

Spark_plug     NGK CR9E or ND U27ESR-N

Transmission     6-speed, Constant mesh, Return shift

Clutch     Wet, Multi-disc, Manual, Cable-actuated

Frame     Perimeter, pressed aluminium

Rake/trail     24 degrees or rake and 85 mm of trail

Suspension, front     Inverted telescopic

Suspension, rear     Uni-trak, Swing arm

Wheelbase     35.5 in (1.360 mm)

Wheel travel, front     4.7 in (120 mm)

Wheel travel, rear     4.4 in (113 mm)

Tire, front     110/70R17 54H

Tire, rear     140/60R18 64H

Brakes, front     Dual disk, Double caliper

Brakes, rear     Single disk, Single caliper

Overall length     78.7 in (2000 mm)

Overall width     27.0 in (685 mm)

Overall height     42.9 in (1090 mm)

Ground clearance     5.1 in (141 mm)

Seat height     28.9 in (735 mm)

Weight dry     311 lb (141 kg)

Minimum turning radius     9.5 ft(2.9 m)

Fuel capacity     3.4 US gal (15 L)

Reserve fuel capacity     0.78 US gal (3 L)

Fuel type     Min 91 Research / 87 avg. octane unleaded

Oil capacity     2.6 L

Oil type     SE or SF class, SAE 10W40

Performance stats

0-60 mph (0-100 km/h)     3.8 s

Maximum speed     136 mph (219km/h)

Max power     45 hp (33.6 kW) @ 16000 rpm

Max Torque     18.07 ft·lbf (24.5 Nm) @ 11500 rpm

Fuel Efficiency     7l / 100 km @ 100 km/h

Sekian

Wira DM