Merdeka ke-53: Merdekakah Jiwa Kita?

Selamat menyambut kemerdekaan ke-53 kepada seluruh rakyat Malaysia dan pengunjung duniamoto khasnya.

Apakah erti kemerdekaan dari sudut seorang peminat dan penunggang motosikal. Saya tak nak cerita pasal sejarah atau isu kemerdekaan secara umum tapi nak lihat sejauh mana jiwa kita telah merdeka.

Merdeka dari apa? Bukankah kita dah merdeka!

Ya merdekakah kita jika:

  1. Masih merempit tak tentu hala tuju.
  2. Mempunyai perasaan ego dan pantang dicabar ketika di jalan raya.
  3. Selalu melanggar peraturan jalan raya.
  4. Mengabiskan wang dalam erti kata membazir kononnya motor anda akan lebih hebat dari orang lain.
  5. Mempunyai tabiat menghisap rokok ketika menunggang.
  6. Suka berpuak-puak dan memandang rendah terhadap jenama, komuniti atau kelab yang tidak sehaluan dengan anda.

Kalau 6 perkara yang ciput ini masih ada dah subur dalam diri penunggnag motosikal bererti kita masih belum merdekakan diri kita.

Sifat-sifat mazmumah inilah yang menyebabkan kita akan di ‘cop’ sampai bila-bila oleh pengguna-pengguna lain di jalan raya sebagai mat rempit.

Banyak lagi yang boleh disenaraikan tapi kalau setiap hari, bulan atau tahun kita menginsafi diri kita dan sedar bahawa kita ini terlalu kerdil ketika di jalan raya. InsyaAllah matlamat memerdekakan jiwa kita akan tercapai.

Merdeka dalam dilema?

Sebelum meneruskan penulisan ini terlebih dahulu saya ucapkan selamat menyambut kemerdekaan yang ke-51kepada semua pengunjung blog permotoran khususnya dan seluruh rakyat Malaysia.

Namun apa yang berlaku pada tahun sedikit kelainan dari tahun sebelumnya. Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena dengan situasi sekarang. Saya ingin mengajak pembaca semua merenung sejenak apakah erti kemerdekaan yang sebenarnya.

Saya ada terbaca sebuah artikel di dalam surat khabar yang menulis berkaitan orang Melayu pada waktu ini dalam keadaan dilema. Apa tidaknya sebuah bangsa yang mempunyai kuasa politik untuk memerintah tanah air tercinta telah Continue reading