Raja Supersport

Yamaha R-6

Salam,

Menawan, cute,garang dan macam-macam lagi akan terkeluar dari mulut pencinta-pencinta motosikal bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh dunia memuji `baby` baru dari Yamaha ini.Saya sendiri termimpi-mimpi memikirkan bilakah dapat memiliki `roket` ini.Anda bagaimana?

Sekali lagi dunia permotoran dimeriahkan dengan hasil ciptaan mesin yang cukup menggiurkan. Model baru Yamaha R-6 ini betul-betul menyerupai Yamaha M-1 yang ditunggang oleh `The Doctor` pada perlumbaan MotoGp. Teknologi MotoGp yang membawa kejuaaraan kepada Valentino Rossi telah diserapkan kepada R-6  ini.

Prestasi tak usah ceritalah kaki motor dah boleh agak dia punya `power` yang kita nak cerita bilakah motosikal berkuasa besar akan menjadi munasabah harganya jika dibandingkan dengan negara jiran. Cukai import sekarang teramat tinggi jika nak dibandingkan dengan cukai import kereta.S aya bukan nak mencemuh kerajaan tetapi meminta belas ikhsan agar kurangkanlah cukai ini kepada nilai yang sepatutnya.

Jika kita amati sekarang ni rata-rata pemilik `superbike` adalah dikalangan mereka yang berduit yang betul-betul  sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkannya. Bagi yang berpendapatan sederhana macam saya ni he..he..he.. bila la nak merasa. Saya pasti ada di kalangan anda yang memiliki `superbike` pada masa ini amat bersyukur kerana paling tidak pun sudah `merasa` kehebatan mesin berkuasa tinggi.

InsayaAllah sesuatu yang positif pasti akan berlaku sekiranya kerajaan menurunkan cukai import keatas `superbike`. Kita lihat penunggang-penungang `superbike` lebih berdisiplin jika nak dibandingkan dengan penunggang lain. Walaupun mereka memecut laju di lebuh raya tapi lihat lah cara berpakaian mereka lengkap dengan `sut` keselamatan. Lagi pun motosikal berkuasa tinggi mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi kalau nak dibandingkan dengan `kapcai` yang sedang bermaharajalela di negara kita.

Cukuplah setakat ini untuk saya berceloteh.

Sekian.

Wira DuniaMoto