DuniaMoto.com - Blog Informasi Motosikal » permotoran

Cara Sertai KDMC, Blog dan Forum
Salam,

Terima kasih kerana sambutan yang sungguh menggalakkan dari anda sahabat-sahabat lama dan baru. Hampir setiap minggu saya terima emel dari pengunjung-pengunjung baru yang berminat nak sertai blog, forum dan KDMC.

Ok sebelum tu saya terangkan apa itu blog, forum dan KDMC.

1) Blog- Merupakan terhimpun segala macam isi kandungan artikel berkaitan motosikal termasuk pengumuman sebarang aktiviti berkaitan Kelab DuniaMoto.Com (KDMC). Di sini anda boleh memberi pendapat di setiap artikel yang ditulis oleh admin (Wira DuniaMoto) di setiap akhir artikel. Caranya cukup mudah dengan mengisi nick, emel anda dan URL web/blog jika ada anda boleh meninggalkan komen/pendapat di blog ini. Mungkin pertama kali anda menulis komen/pendapat ianya akan diletakkan di senarai menunggu untuk di’approve’kan oleh admin. Namun jangan risau saya setiap hari akan memantau sebarang aktiviti di blog ini termasuk meluluskan pendapat/komen yang ada di senarai menunggu. Ini link untuk blog

http://duniamoto.com/permotoran

Di blog KDMC juga anda boleh bertanya untuk sebarang soalan berkaitan dunia permotoran dan terpulang kepada sahabat-sahabat lain untuk memberi jawapan atau pandangan. Apa yang saya tekankan di sini kita lebih kepada tertumpu soal berkaitan motosikal sahaja dan lain-lain pertanya boleh ke forum kami. Selepas ini saya akan terangkan.

Blog kami juga terdapat ruang shoutbox atau chating di bahagian sidebar iaitu sebelah kiri yang tertulis di dalam kotak ‘Live DuniaMoto’.  Anda boleh berkomunikasi secara live dengan sesiapa sahaja yang sedang melayari blog ini pada masa tersebut. Memang syok habis sebab boleh sembang apa saja asalkan memberi manfaat untuk diri anda atau oran lain. Cuma yang penting jaga tatasusila dan budi bahasa kita walaupun kita berada di alam siber.

Pihak admin berhak mengambil tindakan seperti ‘ban’ IP address anda dari mengunjungi blog ini sekiranya kami dapati anda sengaja melakukan kesalahan seperti membuat provokasi, berkempen politik, mengeluarkan kata-kata kesat atau lucah dan lain-lain kesalahan yang kami anggap tidak sepatutnya.

2) Forum- Merupakan tempat perbincangan yang lebih advance di mana anda hanya cuma perlu mendaftar secara free jer tanpa sebarang yuran  . Di forum anda boleh berbincang, bertanya, memberi pendapat dan menulis artikel dengan membuka thread anda sendiri selagi ianya mengikut tajuk-tajuk yang telah pihak kami tetapkan.

http://kelabduniamoto.com

Klik link di bawah untuk pendaftaran

http://kelabduniamoto.com/forum/index.php?action=register

Selain itu anda juga boleh meng’upload’kan gambar sekiranya perlu untuk memberi gambaran lebih jelas berkaitan topik yang dibincangkan. Di sana juga anda boleh berkenalan dengan ahli-ahli yang lain sambil menambah ilmu pengetahuan berkaitan motosikal.

Apa yang penting jangan lakukan SPAM di mana-mana thread bagi mengelakkan dari diambil tindakan oleh pihak kami. Anda boleh meletakkan sebarang link di bahagian signature untuk mempromosikan blog, website, facebook, freindster, myspace dan apa saja termasuk produk anda.

3) KDMC- Merupakan singkatan Kelab DuniaMoto.Com yang merangkumi pelbagai jenis motosikal. Mungkin ada yang terkeliru sebab majoriti ahli-ahli KMDC memiliki motosikal Yamaha 135Lc. Anda tak perlu risau kerana kami tidak peduli apa motosikal yang anda gunakan asalkan kita mempunyai satu matlamat iaitu martabatkan dunia permotoran tanah air.

Cara nak join KMDC hanya cukup anda mendaftar di forum seperti saya terangkan di atas. Buat masa ini tiada syarat lain atau apa-apa  borang yang perlu anda isi. Daftar forum secara automatik anda jadi ahli

Ada juga yang bertanya kalau takde motor boleh join ke?

Ya… dah tentu boleh kerana apa yang penting adalah minat. Dari minat tu nanti anda akan berusaha untuk dapatkan sebuah motosikal. Jadi tak perlu rendah diri kerana kami amat mengalu-alukan kedatanga anda.

Ok saya rasa tamat penerangan perihal blog, forum dan KDMC. Mungkin ada lagi masalah boleh bertanya di ruangan komen atau chating. Saya harap dengan adanya keudahan berkomuniti seperti DuniaMoto kita dapat elakkan dari buat perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti mat rempit lakukan.

Sekian

Wira DuniaMoto

Panduan beli motor
Salam sejahtera,

Emmm… lama juga saya menyepi   ye la.. kebelakangan ni sibuk sikit sampai nak berceloteh pun tak sempat.. he..he.. Oh ya tak lewat rasanya saya nak ucapkan selamat menyambut kemerdekaan yang ke-50 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Apa kaitannya merdeka dengan dunia permotoran? Ye..merdekakan diri kita dengan menjauhi dari melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Lebih-lebih lagi gejala mat rempit. Apalah nak jadi dengan remaja sekarang..renunglah seketika..

Oklah tak nak lari tajuk pula.Ramai di antara kita yang nak beli motor,tak kiralah motor baru atau yang second hand. Info permotoran pada kali ini ingin berkongsi tips mengenai beli motor second hand sebab ramai antara kita termasuklah saya sendiri rambang mata bila pergi menjengah ke kedai-kedai menjual motosikal.

Ha.. sebabnya kat sana motor second hand pun kalau sekali pandang macam motor baru juga.Logiknya salesman kat situ tidak akan `kondemkan` motosikal yang mereka nak jual tapi anda jangan terus percaya bulat-bulat sebaliknya buat dulu beberapa perkara.

1.Mula-mula periksa dulu casisnya adakah pada pandangan mata kita agak bengkok. Pergi ke bahagian depan,tegakkan motosikal seolah-olah sedang bergerak lurus. Bongkokkan badan anda dan lihat tayar depan dan belakang sejajar atau tidak? Begitu juga lakukan perkara yang sama pada bahagian belakang.Kalau tak sejajar ada kemungkinan casis bengkok. Mungkin motor tersebut pernah terlibat dengan kemalangan teruk.

2.Biarkan motosikal berdiri tegak dengan menggunakan tongkat tengah. Perhatikan pada batang fork, adakah terdapat kesan minyak kerana itu tandanya getah pengadang minyak tersebut telah rosak mungkin tak pernah ditukar oleh pemilik dahulu. Kemudian ada tak kesan calar pada batang fork, walaupun tiada kesan minyak tetapi kadang-kadang pekedai telah menukar pengadang getah yang baru. Ini selalu terjadi apabila kita menggunakan motor tu nanti pengadang minyak akan cepat rosak akibat daripada batang fork yang sudah tidak licin. Lambat laun minyak dari batang fork akan keluar… hati-hati..

3.Periksa swing arm dengan menggoyangkan kekiri dan kekanan dengan kuat. Caranya dengan memegang roda belakang dan goyangkan. Apabila terasa seperti sesuatu yang longgar bermakna bush swing arm tersebut telah haus. Ini berlaku ke atas diri saya sendiri apabila ‘koner’ terasa macam nak tergolek. Bila dah periksa baru tahu swing arm telah bergoyang.

4.Hidupkan dahulu enjin motosikal tersebut dengar alunan bunyinya. Ingat bukan bunyi motor yang kena dengar tetapi amati bunyi pada blok enjinnya. Adakah bunyinya agak kasar atau seperti benda longgar kerana ada kemungkinan rod dan bearingnya telah haus dan ini memerlukan belanja yang agak lebih setelah anda membelinya.

5.Kalau nak tahu motor tu ’sedap’ lagi atau tidak kena la tunggang. Cuba bawa kelajuan antara 100-110km/j kuat tak gegarannya. Kalau sederhana ok lagi tu mungkin balancing tayar dah tak cantik. Tapi kalau kuat sangat lebih baik lupakan, bukannya apa takut-takut membabitkan enjin je…. koyak poket nanti he..he…

6.Kebiasaannya kedai akan bagi waranti selama sebulan je lebih dari tu tanggung sendiri.Jadi dalam tempoh tu jangan takut-takut nak komplen pada pekedai.Biar kita buat-buat cerewet sikit kalau tak nanti dia putar belitkan anda nanti.Pastikan juga jangan buat sebarang pengubahsuaian terhadap motosikal anda dalam tempoh waranti kerana secara automatik waranti tersebut akan dimansuhkan oleh mereka.

7.Kalau boleh..tapi rasanya wajib membawa kawan yang tahu serba sedikit tentang teknikal motosikal sekiranya anda adalah penunggang baru. Tak semestinya bawa mekanik tapi lagi bagus kalau ada… kerana mereka yang sudah berpengalaman juga tahu serba sedikit mengenainya.

Tips yang saya beri ini sesuai untuk motosikal bawah 150cc kerana ianya datang dari pengalaman saya sendiri.. lebih dari itu mungkin juga boleh dijadikan panduan.

Sekian.

Wira DuniaMoto

Bukan mudah nak hasilkan blog!
Salam

Ya!..Memang tak mudah kalau kita tak mahu belajar dan mencubanya.

Alhamdulillah dapat juga saya memasang blog ni walaupun bermacam dugaan yang saya hadapi. Antara yang mencabar kekuatan mental adalah sedikitnya pengetahuan teknikal komputer. Tulah dulu masa sekolah tak mahu ambik tahu hu..hu..hu..

Terpaksa bersengkang mata boleh dikatakan setiap malam nak belajar punya pasal. Terima kasih tak terhingga kepada isteri tersayang yang banyak membantu dan memberi dorongan untuk terus berusaha menghasilkan blog duniamoto.com ni. Begitu juga blog ini saya dedikasikan kepada dua orang cahaya mata yang turut memberi semangat kepada saya.

Baiklah mengapa saya pilih tajuk niche berkaitan dunia motosikal walhal begitu ramai seperti yang anda tahu memilih tajuk cara buat duit atau perniagaan internet. Senang je jawapannya tajuk blog berkaitan permotoran amat sedikit sekali dalam berbahasa Melayu. Jadi biarlah saya mewujudkannya…betul tak?

Sebagai post yang pertama ini.. ingin saya beritahu anda duniamoto adalah blog perbincangan mengenai motosikal. Maklumat mengenai motosikal tak pernah habis malah pelbagai isu dan info boleh dikongsikan kerana motosikal tak dapat dipisahkan dari rakyat Malaysia untuk kegunaan harian hinggalah ke ltar lumba.

Isi kandungan yang bakal dicurahkan nanti sentiasa berkaitan dengan pengalaman saya bermotosikal, tips penjagaan termasuk teknikal, isu-isu semasa seperti mat rempit dan apa saja mengenai motosikal. Saya tidak membataskan perbincangan ini kepada motosikal sahaja tetapi tiada salahnya jika anda ingin berkongsi cerita hal-hal berkaitan kenderaan empat roda. Namun motosikal adalah niche utama DuniaMoto.

Itulah serba sedikit yang ingin saya kongsikan bersama anda berkenaan blog duniamoto.com. Saya sedar terlalu banyak kekurangan pada blog ini dan InsyaAllah saya akan berusaha untuk memantapkan lagi blog ini supaya ia benar-benar memberi manfaat kepada semua.

Sekian.

P/S:Terima kasih juga kepada guru saya SmartZul yang banyak memberi bantuan teknikal dan nasihat.