Review Motosikal Modenas GT 128

Salam sejahter,

Terima kasih kerana setia dengan duniamoto.

Modenas GT 128 Hari ni saya akan review sedikit tentang model terbaru yang dikeluarkan oleh Modenas syarikat permotoran tunggal negara kita.

Pada 23 Mac 2009 Modenas telah melancarkan model cub terbaru mereka iaitu Modenas GT128.  Rekabentuk serba baru yang ringkas serta grafik yang mengancam membuatkan model ini cepat mendapat perhatian pengguna-pengguna motosikal terutama golongan muda.

Apa yang menarik model kali ini Modenas menampilkan brek disk pada tayar belakang yang sememangnya dinantikan oleh kaki-kaki rempit moped tanah air. Begitu juga dengan penambahan meter RPM pada papan muka meter GT128 ini. Selain itu lampu depan kini dipecahkan dua seperti mata alien memang menyerlahkan sifat sporty GT128.

Namun jika diselidiki spesifikasi enjinnya ia telah meminjam dari model terdahulu iaitu Modenas X-Cite 130. Mengapa tidak dilahirkan enjin baru dengan kapasiti baru?

Persoalan ini akan sering dibahaskan Continue reading