DuniaMoto.com - Blog Informasi Motosikal » spoket

Rantai Bising Apa Puncanya?
Salam dan selamat sejahtera,

Persoalan rantai bising ramai yang menganggap merimaskan terutama pada kelajuan tinggi. Saya sering menerima emel agak bertubi-tubi hu..hu..hu.. terutama secara personal menggunakan ruangan “Hubungi Kami”. Terima kasih kerana memberi kepercayaan DuniaMoto untuk menjawab sebarang pertanyaan.

Punca-punca rantai berbunyi kuat antaranya:

a) Bukan kerana rantai tersebut besar atau berat tapi disebabkan keadaan rantai tersebut berdebu, kotor danberkarat. Debu yang mengandungi pasir akan melekat dan masuk dicelah-celah rantai dan menyebabkan ia menjadi tegang dan mengeluarkan bunyi bising. Lagi satu spoket juga akan cepat haus dan poket pun haus juga. Jadi kenalah rajin cuci rantai motosikal kita dengan menggunakan apa-apa berus tapi saya lebih suka gunakan berus gigi terpakai. Gunakan minyak tanah jangan minyak petrol atau sabun sebab O-ring akan cepat rosak. Lepas tu minyakkan semula rantai dan selesai masalah bising.

b) Masalah ke dua punca rantai bising disebabkan rantai terlalu tegang atau kendur. Kadang-kadang kita tak perasan semasa menegangkan rantai kedudukan tayar tidak sejajar. Pomen sendiri pun tak ambil kisah perkara-perkara remeh macam ni. Sebab kita sebagai pengguna perlu ambil tahu. Pastikan garis penanda sebelah kiri dan kanan lengan ayun sama. Lepas tu cuba meniarap (kalau boleh) di belakang motor dan perhatikan apakah tayar belakang sejajar dengan tayar depan dalam keadaan lurus.

Ok itu dua punca yang biasa dialami oleh kita sebagai pengguna motosikal. Gunakan minyak SAE80 atau 90 untuk menyapu pada rantai motor pada setiap 500km perjalanan. Boleh guna berus gigi terpakai untuk tujuan itu. Atau ada duit lebih beli dalam bentuk spray dalam tin mudah nak dibawa berjalan jauh. Pantang! jangan gris atau WD-40 kerana gris akan menyebabkan debu mudah terlekat dan WD-40 cepat merosakkan O-ring rantai.

Sekian tips ringkas berkaitan penjagaan rantai motor u all

Wira DuniaMoto

Aksesori Motosikal Yang Biasa DiGunakan
Salam dan selamat sejahtera.

Ok hari ni saya mula menulis kembali perihal berkaitan motosikal iaitu aksesori. Minggu ni terpaksa berdepan dengan berbagai karenah server dan hosting dan kalau korang semua perasan aku jarang berada di forum atau chating sebab kesibukan hu..hu..hu.

Kalau kita tengok kat blog dan forum-forum motosikal ramai yang mencari dan menjual pelbagai aksesori luaran untuk meningkatkan kuasa motor. Saya siarkan beberapa aksesori motosikal yang kerap dipilih.

1. Ekzos

Paling banyak digunakan oleh pemilik motor sebab ianya mudah didapati cuma pasang setting dan jalan. Ada sesetengah cecah ribuan ringgit. Contoh-contoh ekzos untuk motosikal empat lejang Yoshimura dan NOB1,

2. CDI Racing

CDI standard yang biasa digunakan pada motor-motor jalanan telah dihadkan oleh pengeluar mengikut kadar tertentu. Jadi dengan adanya unit CDI racing boleh motosikal boleh beroperasi tanpa sekatan dan perlu diingat jika kuasanya tidak dikawal boleh menyebabkan kerosakan enjin pada jangka masa panjang.

3.Pilot dan Mainjet

Komponen ni terdapat pada unit karborator dan cukup mudah didapati di kedai-kedai aksesori. Dari pengalaman saya sendiri ramai pemilik-motor gemar menggunakan saiz pilot jet yang lebih besar main jet yang lebih kecil dari standard untuk peningkatan enjin. Namun ia bergantung jenis motor dan enjin yang anda gunakan. Silap langkah minyak pula macam air hujan hu.. hu.. hu..

4. Saiz Sprocket.

Sebutan standard sprocket tapi kita biasa panggil spoket jer. Kebanyakan dari kita suka memilih saiz spoket gear atau di hadapan lebih besar dari standard dan memiilih saiz lebih kecil dari standard untuk spoket belakang. Tapi kalau terlalu kecil susah pula nak mendaki nanti. Apa pun bergantung pada kegunaan motor. Kalau selalu bawa orang rumah pegi keje elok la pakai standard.

5. Stearing Damper

Ada di antara kita yang mempunyai modal untuk dapatkan stearing damper. Kalau kita lihat perlumbaan cup prix aksesori ni sudah dijadikan satu perkara wajib. Tujuannya untuk mendapatkan kesstabilan tinggi dan mengelakkan goyangan besar pada handle ketika motosikal dalam kelajuan tinggi. Ia menyerap hentakan dengan baik ketika melalui permukaan jalan yang tidak rata atau rosak. Namun ada juga yang cuma mengetatkan skru pada pengunci tengkuk motor untuk tujuan yang sama tapi teknik ni akan mempercepatkan kerosakan pada bearing tengkuk motor.

6. Tayar Kompaun Lembut

Rata-rata motor-motor keluaran sekarang mempunyai prestasi yang agak baik dan kita mula berasa seronok untuk menunggang dengan skill masing-masing. Faktor tayar cukup penting dan kita mula sedar pemilihan tayar kompaun sederhana atau lembut sudah memjadi keperluan pada masa kini. Walaupun kita sedia maklum tayar jenis ini agak mahal dan cepat haus dari tayar jenis biasa namun fakstor keselamatan dan keseronokan telah jadi keutamaan. Kepada yang ada duit lebih boleh la cari Bridgestone Battlax, Michelin Pilot, Pirelli Dragon atau Dunlop D207. Kalau nak jimat bleh layan Dunlop TT500, Duro dan banyak lagi  .

7. Minyak Pelincir Sintetik

Sekarang ramai yang dah mula sedar tentang penjagaan minyak enjin. Ada yang sanggup pakai fully sintetik berharga mencecah RM50 sebotol. Kita sedia maklum minyak sintetik memberikan perlindungan yang lebih baik untuk jangka panjang. Sampai satu tahap kita tak perlu lagi aditif tambahan untuk dapatkan perlindungan tambahan kerana semua telah ada dalam pakej minyak sintetik. Contoh minyak berada di pasaran Shell, Castrol, Motul, Penzoil dan lain-lain.

Sekian

Wira  DuniaMoto