DuniaMoto.com - Blog Informasi Motosikal » tips
Tips Elak Kecurian Kereta Atau Motosikal
As’kum dan Salam Sejahtera.
Hari ni saya dapat sedikit info dari CRIME PREVENTION INFO iaitu beberapa tips bagi mengelakkan kehilangan kereta atau motosikal kesayangan kita.
Mungkin ramai yang dah tahu tips-tips ni tapi kekadang kita tak praktikkan pun. Jadi kebelakangan ni kes-kes pengangguran pun meningkat. Ekonomi juga dijangka meleset sampai ke kemuncaknya pada tahun hadapan. So kemungkinan graf jenayah termasuk kecurian kenderaan juga meningkat.
Ok kita boleh ikut tips-tips di bawah untuk jaga keselamatan motor kesayangan kita.
Curi Kenderaan
Tempat di mana kecurian kerap berlaku
· Tempat letak kereta awam
· Komplek membeli-belah
· Di hadapan rumah, tepi jalan raya
· Tempat letak kereta di hotel-hotel
Faktor berlaku kecurian
· Tidak dikunci
· Tiada kunci tambahan
· Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam
· Meninggalkan barang berharga di motosikal
Bagaimana mencegah kecurian kereta
· Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik
· Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac. Pastikan juga
kereta sentiasa dikunci
· Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam
letak di tempat yang terang berlampu
· Pastiakn anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar
kenderaan anda untuk diservis
· Jangan serahkan kunci kepada ‘Jockey’ kereta
· Adalah lebih baik untuk menukir nombor pendaftaran di cermin kereta
(‘sandblasting’)
Bagaimana mencegah kecurian motosikal
· Letak motosikal ditempat yang dikhaskan
· Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya
· Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat
yang terang/berlampu
· Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari
dicuri
· Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran
motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
Ok kita cuba praktikkan seperti yang disarankan di atas InsyaAllah selamat motosikal kita.
Kita tak boleh nak tawakkal jer tapi mesti didahului dengan usaha barulah berhasil. Saya sendiri pernah hilang motor Yamaha RXZ pada tahun 1998 sebab pertama tak pasang mangga dan ke dua parking di belakang bangunan yang gelap.
Walaupun kat situ banyak motor-motor lain tapi saya dah mudahkan kerja jenayah diorang sebab tak pedulikan dua perkara tadi. So hati-hati semua.
Sekian
Wira DuniaMoto
Panduan beli motor
Salam sejahtera,
Emmm… lama juga saya menyepi   ye la.. kebelakangan ni sibuk sikit sampai nak berceloteh pun tak sempat.. he..he.. Oh ya tak lewat rasanya saya nak ucapkan selamat menyambut kemerdekaan yang ke-50 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Apa kaitannya merdeka dengan dunia permotoran? Ye..merdekakan diri kita dengan menjauhi dari melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Lebih-lebih lagi gejala mat rempit. Apalah nak jadi dengan remaja sekarang..renunglah seketika..
Oklah tak nak lari tajuk pula.Ramai di antara kita yang nak beli motor,tak kiralah motor baru atau yang second hand. Info permotoran pada kali ini ingin berkongsi tips mengenai beli motor second hand sebab ramai antara kita termasuklah saya sendiri rambang mata bila pergi menjengah ke kedai-kedai menjual motosikal.
Ha.. sebabnya kat sana motor second hand pun kalau sekali pandang macam motor baru juga.Logiknya salesman kat situ tidak akan `kondemkan` motosikal yang mereka nak jual tapi anda jangan terus percaya bulat-bulat sebaliknya buat dulu beberapa perkara.
1.Mula-mula periksa dulu casisnya adakah pada pandangan mata kita agak bengkok. Pergi ke bahagian depan,tegakkan motosikal seolah-olah sedang bergerak lurus. Bongkokkan badan anda dan lihat tayar depan dan belakang sejajar atau tidak? Begitu juga lakukan perkara yang sama pada bahagian belakang.Kalau tak sejajar ada kemungkinan casis bengkok. Mungkin motor tersebut pernah terlibat dengan kemalangan teruk.
2.Biarkan motosikal berdiri tegak dengan menggunakan tongkat tengah. Perhatikan pada batang fork, adakah terdapat kesan minyak kerana itu tandanya getah pengadang minyak tersebut telah rosak mungkin tak pernah ditukar oleh pemilik dahulu. Kemudian ada tak kesan calar pada batang fork, walaupun tiada kesan minyak tetapi kadang-kadang pekedai telah menukar pengadang getah yang baru. Ini selalu terjadi apabila kita menggunakan motor tu nanti pengadang minyak akan cepat rosak akibat daripada batang fork yang sudah tidak licin. Lambat laun minyak dari batang fork akan keluar… hati-hati..
3.Periksa swing arm dengan menggoyangkan kekiri dan kekanan dengan kuat. Caranya dengan memegang roda belakang dan goyangkan. Apabila terasa seperti sesuatu yang longgar bermakna bush swing arm tersebut telah haus. Ini berlaku ke atas diri saya sendiri apabila ‘koner’ terasa macam nak tergolek. Bila dah periksa baru tahu swing arm telah bergoyang.
4.Hidupkan dahulu enjin motosikal tersebut dengar alunan bunyinya. Ingat bukan bunyi motor yang kena dengar tetapi amati bunyi pada blok enjinnya. Adakah bunyinya agak kasar atau seperti benda longgar kerana ada kemungkinan rod dan bearingnya telah haus dan ini memerlukan belanja yang agak lebih setelah anda membelinya.
5.Kalau nak tahu motor tu ’sedap’ lagi atau tidak kena la tunggang. Cuba bawa kelajuan antara 100-110km/j kuat tak gegarannya. Kalau sederhana ok lagi tu mungkin balancing tayar dah tak cantik. Tapi kalau kuat sangat lebih baik lupakan, bukannya apa takut-takut membabitkan enjin je…. koyak poket nanti he..he…
6.Kebiasaannya kedai akan bagi waranti selama sebulan je lebih dari tu tanggung sendiri.Jadi dalam tempoh tu jangan takut-takut nak komplen pada pekedai.Biar kita buat-buat cerewet sikit kalau tak nanti dia putar belitkan anda nanti.Pastikan juga jangan buat sebarang pengubahsuaian terhadap motosikal anda dalam tempoh waranti kerana secara automatik waranti tersebut akan dimansuhkan oleh mereka.
7.Kalau boleh..tapi rasanya wajib membawa kawan yang tahu serba sedikit tentang teknikal motosikal sekiranya anda adalah penunggang baru. Tak semestinya bawa mekanik tapi lagi bagus kalau ada… kerana mereka yang sudah berpengalaman juga tahu serba sedikit mengenainya.
Tips yang saya beri ini sesuai untuk motosikal bawah 150cc kerana ianya datang dari pengalaman saya sendiri.. lebih dari itu mungkin juga boleh dijadikan panduan.
Sekian.
Wira DuniaMoto
Cara mudah jimatkan petrol anda.
Salam,
Pada anggapan sayalah tips nak jimatkan petrol dah biasa sangat kita dengar dan baca. Kalau pergi stesyen petrol Shell kalau tak silap saya pun ada disediakan risalah mengenainya. Tapi tips yang saya bagi mungkin sseetengah dari anda telah tahu dan ramai juga belum tahukan?
Dalam dunia permotoran sekarang ni perkara pokok adalah minyak tiada perkara lain melainkan minyak…. minyak.. he..he… membebel pula ye. Apa pun kita kena terima kenyataan tersebut tapi tahukah anda ada cara yang tidak menyalahi undang-undang nak menjimatkan petrol.
Secara logiknya, sekiranya kita menekan nozzle ke tahap maksima peratus kandungan gas yang bercampur dengan minyak adalah tinggi. Jadi kalau anda tekan secara minima maka minima jugalah gas yang masuk. Faham tak? Saya dah uji teknik ini ke atas motosikal Yamaha SS110 saya hasilnya mengejutkan.
Biasanya saya isi RM5 dapat buat perjalanan pergi dan balik sebanyak dua kali dari Klang ke Shah Alam. Selepas mencuba teknik ini saya berjaya pergi ke Shah Alam semula, bukankah itu jimat! Baiklah anda boleh cuba kepada motosikal atau kereta anda.
Oh ya lagi satu perkara saya cadangkan kepada anda, amalkan mengisi minyak pada sebelah malam kerana pada ketika itu molekul-molekul minyak berada dalam keaadan tidak mengembang kerana cuaca agak sejuk berbanding siang. Terdapat perbezaan kuantiti minyak antara siang dan malam. Pada waktu siang molekul minyak akan mengembang kerana cuaca panas terutama pada tengahari.
Selamat mencuba.
Wira DuniaMoto