
Imej: Kredit yamahat135.com
Sekali lagi saya pindahkan topik perbincangan Yamaha 135Lc kerana telah melebihi 2500 respon di Motosikal Laris Yamaha 135LC Bermasalah?.
Semenjak artikel Yamaha 135Lc saya tulis pada 11 Dicember 2007 hnggalah ke hari ini peminat dan pengguna Lc tak pernah lengang dari menyuarakan pendapat di setiap ruang respon hingga saya terpaksa pindahkan ke ruangan lain.
Namun saya tak pernah menyekat pembaca sekalian selagi ingin menyuarakan pendapat yang memberi manfaat kepada pembaca-pembaca baru atau pun lama.
Terima kasih juga kepada otai-otai komentar dari blog ini yang tak pernah jemu dalam memberi pandangan berdasarkan pengalaman masing-masing setelah menggunakan mesin dari dari Yamaha ini.
Teruskan perbincangan.
Namun saya mengharapkan kerjasama dari anda semua untuk tidak menulis perkara-perkara berikut ketika memberi pendapat atau respon.
- Ayat sms atau terlalu ringkas contohnya “ny nak tye meter blg yg biase bleh ke wt mse press mnyk meter dye grak skli mcm meter RPM”. Saya akan delete respon seperti ini kerana menyusahkan pembaca lain dan sakit mata bila membacanya. Apa salahnya tulis dengan lengkap dan perlu difahami ini merupakan blog bukan sistem sms!
- Ayat merapu atau spam atau saje2 nak tulis tanpa sebarang maksud. Contohnya “biase la tuuu….”. so tak perlu respon kerana membanyakkan bilangan komen sahaja.
- Respon yang tidak ada kena mengena dengan topik harap dielakkan.
- Maki hamun atau mengganggu ketenteraman pembaca lain untuk berbincang. Ini memang tiada maaf bagimu. Walaupun kelihatan blog ini seperti tidak diuruskan namun setiap komen akan saya teliti dan tapis. Awas!
Cukuplah 4 perkara saya tekankan. Kita dah dewasa dan dikurniakan oleh Allah SWT akal yang cukup sempurna untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk dalam kehidupan seharian kita samada di alam siber atau alam nyata.
assalamualaikum..
apsal forum x leh bukak..
ak dah try banyak kali still x leh bukak..
ak nk mintak ilmu dr bro ryboot-166.
sape ade nmbor phone die?
sakit betul klu jadik camni..
AHAKS…tak tau la. dak forum takde mane ntah. aku duk sni je tunggu gak diaorg reply
Forum dh ditutup atas sebab yg tak dapat dielakkan.
Assalamualaikum semua,memang terkejut juga pasal forum di tutup mendadak,cuba cerita sedikit kenapa? kalau ada kwn2 nak contac saya e-mail yusmadi09@yahoo.com
assalamualaikum bro..saya dah send email kat bro..
try check.
Wsalam, buat masa ni saya sebagai admin forum KDMC terpaksa menutup
forum tanpa notis kerana tidak mahu bertelingkah dengan sesetengah ahli
forum.
Langkah terbaik saya tutup dahulu forum termasuk chatbox
supaya ianya tidak berlarutan.
Tujuannya tak lain tak bukan untuk menjaga nama baik duniamoto
itu sendiri kerana hampir keseluruhan user KDMC merupakan pengunjung
asal blog duniamoto.
Saya mohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Terima kasih.
bro macam mana saya nak join forum ini? sebab saya ingin membeli yamaha 135 lc baru dan ingin bertanya tentang moto ini.
Register di http://kelabduniamoto.com/forum
slm sejahtera buat semua pakar2 moto.. saya bru sahaja lepas lay blok moto kriss 110 1st model saya. ini 1st time saya run-in moto sbb moto ni beli 2nd hand. ada beberapa kemusykilan. tolonglah saya.. BERAPA KELAJUAN PALING MAKSIMUM SEMASA RUN-IN? ADA YG CAKAP 40-50KM/J.. ADA YG CKP JGN LEBIH 80KM/J.. MANA YG BETUL? 2) KALAU ADA APA2 TIPS RUN-IN KONGSI2LAH.. TQ
En Wira, saya rasa bagus lagi jika forum ini diteruskan atau dibuka semula. Kerana saya rasa forum ini lebih diberi perhatian. Maksud saya topik yang di post semuanya dijawab dengan kadar segera. Saya ucapkan terima kasih kepada en Wira kerana forum ini betul2 membantu. Yus LC, u rock!
salam, saya baru memiliki lc plat JLH, saya tiada pengalama repair-repair motor, tapi boleh tak kongsi pengetahuan, bagaimana nak tahu coolin LC tu berfungsi atau tidak, sebab seperti kereta..ade meter tempreture, tetapi motor LC ni tiada, ade coolin tapi tiada meter,
yang ke-dua ialah, minyak berapa wat yang sesuai digunakan untuk motor LC clutch 135 plat 4 gear?
klu nak cari motosikal wang pendahuluan rendah boleh pi cari chin hin kelang lama. ari tu aq baru beli lc135 baru, wang pendahuluan baru rm2600, ex5 yang adik aq beli, muka baru rm1100…murah^^ bessslah
Bro, saya baru beli lc 135 es, 5 speed/clutch. Tapi amat menyedihkan dan kecewa. Top speed, habis pulas minyak max. 100 km saja. Tak boleh lepas 100. Pelik juga bayar rm 8000 tapi top speed 100 km. Honda ex5 pun boleh potong kita. Boleh bantu.
masih dlm tempoh berpantang kot. satu hal lg, jgn la banding speedometer lc es yang baru ni dgn mana2 lc yg lama. speedometer lc es yg baru ni lbh tepat. ikut gps.
emm salam sume,,nak tanye juge lc es 5speed clucth memang ade maksalah ke?bunyi kat enjin tu cam kucing bergaduh ape pasal ye?ape cara penyelesaianyer..sy beli pon sbb nk pasang cover x1r last bunyi tu mengerunkan..eh tolong la camner ni ape yg harus sy lakukan?
askum semua….
aku nk tanye pendapat sikit,,,aku pakai lc 1st model,,,mmg terbaek,,senyap je enjin,,,tp syg kena curi,,so aku ingat nk amik nouvo lc,,,apa pendapat???
berbaloi x?
salam..nk tanye ckit..aku ade cadang nk beli LC clutch yg baru..tp tngk bnyk plak komen..ok ke x sebenarnye LC clutch yg baru ni..??
belah bagi? hehe. simple je citenye. pakai mto nie same mcm kereta. ada lavel dia.pakai kancil bebanding pakai wira. mcm tu la.ibarat lc nie wira. laju bebanding mto kuasa rendah.maintanen dan kos ovehall lebih dari cupcai lain. tetapi, ada tapi weh.. perfome dia tentu la lebih baik dari segala aspek.kalau dijaga ikut spec, dan dikendali dengan sempurna, semestinye tiada masalah major akan berlaku. biasanye masala minor je. kalau ada , itu la sebabnye ada forum nie. bleh la kite bincang same2. disamping dapat kongsi ilmu, kite boleh eratkan silaturahim dan tambah kenalan. tak gitu encik wira?
w’slm… boleh je. kitorang tak dekut ilmu
a’kum. agak2 sampai bile nak tutup nie. ce cite. da los kontek dengan mereka