DuniaMoto.com – Blog Informasi Motosikal

Tak Faham Apa Itu Tork

Salam sejahtera pembaca sekelian.

Saya mohon maaf kerana agak lama tidak mengupdate blog ini terutama semenjak Ramadhan muncul. Ini disebabkan kesibukan menguruskan perniagaan di bazar Ramadhan yang memerlukan komitmen yang cukup tinggi dan menguji kesabaran.

Namun belum terlewat saya ucapkan selamat berpuasa khas kepada pembaca blog duniamoto walaupun sudah hampir separuh Ramadhan kita semua lalui.

Saya menerima beberapa emel dari pembaca blog ini yang bertanyakan soalan berkaitan tork dan kuasa yang ada pada sesebuah motosikal. Tapi pada artikel kali ini saya hanya menerangkan berkaitan tork dulu.

Sering kita terpandang pada senarai spesifikasi sesebuah motosikal di mana ada menuliskan bacaan tork dan kuasa pada sebuah motosikal.

Baiklah hari ini saya terangkan serba sedikit apakah maksud tork.

Kebuk Pembakaran

Tork (Daya Kilas)

Definisi tork secara matematik ialah hasil darab silang antara jejari pusingan dan daya.

Tork=daya (force) x jarak (distance)

Secara teorinya jarak merupakan ukuran di antara pusat aci engkol (crankshaft) dengan hujung engkol.

Apabila motosikal sedang dihidupkan letupan akan berlaku dalam kebuk pembakaran di mana permukaan omboh (piston) akan ditolak turun ke bawah.

Manakala pada masa yang sama rod penyambung (connecting rod) akan mengenakan daya (force) untuk memutarkan aci engkol (crankshaft).

 

Kebiasaannya alat yang digunakan bagi mengukur kekuatan tork dipanggil dynamometer. Keupayaan alatan ini megukur tork mengikut kadar kelajuan putaran aci berbeza amat praktikal untuk digunakan.

Tork Maksimum

Baiklah secara asas kita dah memahami apakah itu tork. Bagaimana pula dengan tork maksimum. Pada awal penerangan saya berikan tadi ada menyebut daya yang terhasil semasa berlaku letupan dalm kebuk pembakaran.

Secara logiknya semakin laju pergerakan turun naik omboh dapat menghasil nilai daya yang semakin meningkat.

Saya akan terangkan bagaimana situasi ini boleh berlaku. Peningkatan kelajuan putaran dalam enjin motosikal disebabkan kita memerah pendikit (trottle) motosikal.

Kadar putaran enjin pada setiap minit dipanggil (revolution per minute) atau RPM. Karburator atau sistem EFI akan membekalkan campuran petrol dan udara untuk dibakar (letupkan) dalam kebuk pembakaran. Semakin banyak petrol dan udara dibakar maka semakin tinggi bacaan RPM.

Begitu juga dengan nilai daya yang sentiasa berkadar terus dengan peningkatan bacaan RPM. Pada kelajuan RPM yang terlalu tinggi akan berlaku situasi di mana gerakan turun naik omboh terlalu laju menyebabkan campuran petrol dan udara sudah tidak mampu lagi dibekalkan dalam masa yang amat singkat.

Seterusnya kuasa letupan akan menurun dan menyebabkan prestasi enjin semakim berkurangan. Fenomena ini menerangkan kepada kita bahawa satu titik bacaan maksimum tork telah dihasilkan sebelum kuasa enjin berkurang tadi.

Sebagai contoh tork maksimum bagi motosikal Yamaha 135Lc seperti berikut;

  • Tork maksimum 11.65 NM/5500 RPM

Saya harap panduan ini serba sedikit dapat pembaca semua memahami dengan lebih mendalam mengenai keupayaan motosikal masing-masing.

Sekian

-Wira DM

 

 

 

 

Related Posts

  1. Apakah Maksud Kuasa (power)?

3 Responses to “Tak Faham Apa Itu Tork”

  1. sesumpah LC says:

    dah faham =)

    Reply this comment

  2. irajb says:

    saya nak taw teori sebenar gerakan engkol

    Reply this comment

Trackbacks/Pingbacks

  1. Apakah Maksud Kuasa (power)? | Motosikal | Dunia Permotoran | Penjagaan Motosikal

Leave a Reply