Tips Elak Kecurian Kereta Atau Motosikal

As’kum dan Salam Sejahtera.

Hari ni saya dapat sedikit info dari CRIME PREVENTION INFO iaitu beberapa tips bagi mengelakkan kehilangan kereta atau motosikal kesayangan kita.

Mungkin ramai yang dah tahu tips-tips ni tapi kekadang kita tak praktikkan pun. Jadi kebelakangan ni kes-kes pengangguran pun meningkat. Ekonomi juga dijangka meleset sampai ke kemuncaknya pada tahun hadapan. So kemungkinan graf jenayah termasuk kecurian kenderaan juga meningkat.

Ok kita boleh ikut tips-tips di bawah untuk jaga keselamatan motor kesayangan kita.

Curi Kenderaan
Tempat di mana kecurian kerap berlaku
· Tempat letak kereta awam
· Komplek membeli-belah
· Di hadapan rumah, tepi jalan raya
· Tempat letak kereta di hotel-hotel
Faktor berlaku kecurian
· Tidak dikunci
· Tiada kunci tambahan
· Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam
· Meninggalkan barang berharga di motosikal
Bagaimana mencegah kecurian kereta
· Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik
· Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac. Pastikan juga
kereta sentiasa dikunci
· Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam
letak di tempat yang terang berlampu
· Pastiakn anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar
kenderaan anda untuk diservis
· Jangan serahkan kunci kepada ‘Jockey’ kereta
· Adalah lebih baik untuk menukir nombor pendaftaran di cermin kereta
(‘sandblasting’)
Bagaimana mencegah kecurian motosikal
· Letak motosikal ditempat yang dikhaskan
· Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya
· Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat
yang terang/berlampu
· Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari
dicuri
· Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran
motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.

Ok kita cuba praktikkan seperti yang disarankan di atas InsyaAllah selamat motosikal kita.

Kita tak boleh nak tawakkal jer tapi mesti didahului dengan usaha barulah berhasil. Saya sendiri pernah hilang motor Yamaha RXZ pada tahun 1998 sebab pertama tak pasang mangga dan ke dua parking di belakang bangunan yang gelap.

Walaupun kat situ banyak motor-motor lain tapi saya dah mudahkan kerja jenayah diorang sebab tak pedulikan dua perkara tadi. So hati-hati semua.

Sekian

Wira DuniaMoto

24 thoughts on “Tips Elak Kecurian Kereta Atau Motosikal

  1. saya baru hilang moto minggu lepas..
    125zr hilang kat depan opis..
    bukan saya x lock~
    lebeh dari lock pon bule hilang..~
    tapi tu la di nama kan x de rejeki~
    moto tu saya selak (kunci fox)
    lock hendel
    and saya ada suis kat bawah seat~ suis tu tutop..
    macam mana kita kunci pon.. kalau x de rejeki..
    x bule buat ape2…
    betol..??
    hehehe..

  2. as….kum aku simpati dgn ko bob ,aku tau ape perasaan ko,sebab nasib kita same ilang benda yg tersayang,prinsip aku biar ilang awek jgn ilang motor
    wasallam

  3. Aku pun pernah hilang RXZ masa
    zaman muda2 dulu.

    Terduduk gak aku kat tepi KFC. Masa tu
    baru lepas tengok wayang he..he..he..

    Lebih kurang 2 jam tinggal. Hancus segalanya.
    lepas tu layan Kawasaki K1 plak.

    • salam semua..
      aku nk kongsi cte aku kt korang..
      1st mto aku LC 135 tinggal kenangan..
      mmber kpd mmber serumah aku yg curik..
      baru 3bulan aku pakai..
      tp skrg aku dh pkai LC jgk..hasil dari ganti rugi yg aku mntak dri pncopet 2..n aku dapat claim rm5 ribu hahahaha puas hati aku..mto baru aku dpt,claim pun aku dpt..

      • askum

        eshhhhh kurang asam jawa punya member kepada member hang… klo aku kat tempat ko dah lama ajar dulu cukup2 wat pengajaran….

        wassalam

    • as….kum ko dah tua ker wira,jgn cepat putus asa lelaki ni 40an baru jadi lelaki, 70an baru tua he….he…he….
      wasallam

  4. folk lock senang dibuka…cuba try rantai yang lilit kat rantai..guna jenama yang baik contohnya seperti givi..dgr citer x putus walaupun kena asid…

  5. huhuhu sama la dgn cara aku..
    tp bkan aku yg bt..mmber aku yg bt suis pndua 2..
    pas mto aku hilang dulu 2 aku dh serik..
    aku bt 3 suis pndua..biar la klo nk hilang pn mmang hilang jgk kn?
    n aku pakai 5 kunci tri-circle..
    puas hati aku..
    xlupa jgk rantai sauh titanic pn aku pakai..

  6. x susah sgt pun, kene ada satu suiz on/off, kedai elektronik ada jual, harga dlm rm3.50, pastu wire biasa yg mcm wire seterika,(tebal ckit)dlm 1 meter pun dah ok dah..wat la suiz tu dari coil, dkt coil, ada 2 suiz, cabut 2 suiz tu, wat connecter masuk kat suiz dulu, baru masuk kat coil, kemudian, suiz tu letak la kat mane2 tmpt tersorok, mcm bwh sit ker..nmpk x?klau x nmpk nnti la sy upload pic, tp lama lg la, skrg nie tgh bz ngan final exam, hehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>