Kenali Tayar Motosikal Anda #2
Dapatkan FireFox untuk paparan lebih menarik untuk blog ini. Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel-artikel di blog ini teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami!
Ya ! :) seperti yang dijanjikan saya muncul kembali untuk meneruskan penulisan mengenai “Kenali Tayar Motosikal Anda #2″ di ruangan ‘Info Permotoran’.
Baiklah saya tak mahu banyak berceloteh kita teruskan tips yang seterusnya ..emmm..yang keberapa ekk..
Tips #4
Setiap pemilik motosikal ingin memiliki tayar yang terbaik untuk motosikal mereka.Pernahkan kita terfikir apakah maksud yang ada pada angka ‘80/90′,’90/110′ dan berbagai kombinasi angka yang tertulis pada bahagian sisi tayar motosikal anda?
Ada yang tak tahu dan ada juga yang tahu..tapi tak mengapa kita sama-sama mengambil tahu ok
Apakah maksud 80/90?
1.Angka 80 memberitahu kita mengenai kelebaran tayar tersebut dalam unit milimeter(mm).Manakala dalam unit inci ialah 3.20.
2.Angka 90 merujuk kepada nisbah ketinggian berbanding lebar tayar motosikal anda dalam unit peratus(%).Masih tidak faham?
Baiklah sebagai contohnya angka 90 ini bermaksud ketinggian tayar adalah 90% daripada kelebaran(80) tayar motosikal anda.
3.Kesimpulannya jika tayar yang anda beli bersaiz 2.50 17, ini adalah dalam unit inci.Manakala saiz 80/90 adalah dalam unit milimeter(mm).
Setiap pengeluar tayar mempunyai ukuran atau saiz mengikut unit pilihan mereka sendiri.Oleh itu anda mesti tahu membaca saiz tayar mengikut unit yang diguna pakai.
Tips #5
Perhatikan keadaan kehausan tayar motosikal anda kerana setiap bentuk kehausan memberitahu sesuatu bentuk masalah mekanikal.
Sekiranya tayar motosikal anda kelihatan beralun pada permukaannya itu menggambarkan bahagian penyerap hentak atau absober telah mengalami kerosakan.Maksudnya sesetengah bahagian tayar kelihatan haus manakala sesetengah bahagian lagi kelihatan tidak dan keadaan ini berulang-ulang pada seluruh permukaan tayar.
Selain dari kerosakan absober,kemungkinan gegalas atau bearing tayar turut mengalami kerosakan.Jangan kita lokek untuk menukar sesuatu yang telah rosak pada mana-mana bahagian motosikal kerana nyawa adalah lebih penting..betul tak?
Situasi ini juga boleh berlaku sekiranya gegalas atau bearing pada bahagian tengkuk motosikal/steering.Ramai di antara kita yang amat jarang untuk memeriksa bahagian ini kerana ianya tidak dapat dilihat dari luar malah terpaksa membuka banyak bahagian pada motosikal untuk mengetahui keadaan sebenar.
Setelah kita mengenali dengan lebih mendalam bahagian tayar ini insyaAlah kita tahu apa tindakan yang harus dilakukan seandainya terdapat tanda-tanda kerosakan kerana motosikal hanya bergantung pada dua tayar sahaja.
Tidak seperti kenderaan empat roda di mana rosak satu masih ada tiga lagi yang dapat membantu.Lihat betapa hebatnya tayar di perlumbaan MotoGp atau sukan permotoran yang lain.Ketiadaupayaan sesebuah tayar boleh menggagalkan seseorang untuk menjadi juara di arena perlumbaan.
Sekian.
Popularity: 9% [?]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!













