DuniaMoto.com – Blog Informasi Motosikal

Yamaha 135 LC

Yamaha 135 LCPada tahun 2006 Yamaha sekali lagi membuat kejutan dengan melancarkan model 4 lejang jenis ‘kapcai’ sekaligus memeriahkan lagi dunia permotoran negara.Saya lupa tarikh sebenar pelancarannya tetapi kesannya model ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan seperti mana model terdahulu iaitu Yamaha 125Z dan Yamaha TZM 150.

Saya mengambil ringkasan namanya sahaja dalam penulisan ini iaitu ‘LC’ yang membawa maksud ‘Liquid Cool’. Seperti mana yang kita ketahui model Yamaha LC135 atau ‘LC’ ini dipenuhi dengan teknologi terkini yang membolehkan kita menungang dengan lebih lancar tanpa ada perasaan risau dengan prestasinya.

Baiklah salah satu teknologi perlumbaan yang diserapkan kepada ‘LC’ ini ialah pada bahagian blog silinder motor ini mengandungi komponen campuran bahan ‘DiAsil’. Bahan ini merupakan campuran di antara keluli dengan silikon aluminium aloi kemudiannya ditempa bagi menghasilkan permukaan dinding silinder yang kuat dan cepat mengnyah haba.

Teknologi berikutnya yang canggih pada ‘LC’ ini ia menggunakan 4 injap dimana 2 injap untuk kemasukan dan 2 injap ekzos.Hasilnya nanti ‘LC’ ini dapat menjimatkan minyak dan memiliki pecutan yang tangkas berbanding model seangkatan dengannya.

Kerangka yang digunakan oleh ‘LC’ ini bukanlah kerangka jenis biasa yang digunakan oleh motosikal cub biasa tetapi ia menggunakan kerangka berbentuk berlian.Seperti yang kita maklumi kerangka jenis berlian banyak digunakan oleh motosikal-motosikal besar di mana ia lebih tegap sesuai jika menungang dengan membawa pembonceng.Ia juga memberi imbangan yang baik bagi menampung berat keseluruhan antara motor dan penunggang. Namun bukanlah bererti anda bebas dari mengalami sebarang insiden tetapi bergantung cara dan skil yang ada pada seseorang penunggang.

Sedikit Pengumuman: Artikel ini bukanlah berkaitan pandu uji tetapi lebih kepada review sesebuah motosikal. Harap Maklum.

Baiklah mari kita lihat sedikit gambaran mengenai bahagian-bahagian yang terdapat pada ‘body’ motosikal ini.

Break DiskSepertimana pada kebanyakan motosikal ‘cub’ sekarang ‘LC’ juga mempunyai break ‘disk’ di hadapan tapi sayangnya tidak untuk brek belakang.Brek belakang hanya jenis ‘gelendong’ mungkin untuk mengurangkan harga motosikal ini kepada lebih kompetetif.

Lampu BrekJika anda perhatikan betul-betul lampu belakang ‘LC’ ini mempunyai lensa berwarna ke biru-biruan.Emm…satu ciri yang menarik minat anak-anak muda zaman sekarang.

Klac ManualOh ya! saya hampir terlupa untuk model ‘LC’ ini telah dileluarkan versi klac manual lihat gambar di sebelah.Pelancarannya telah dibuat pada bulan Julai 2007. Nampaknya tak perlulah lagi kaki-kaki modified melakukan pengubahsuaian pada ‘LC’ masing-masing untuk mendapatkan klac manual. Seperti yang anda tah sistem klac manual memberi kesan kepada ‘pickup’ ssebuah motosikal.

Sisitem GearModel yang mempunyai klac manual ini diberi nama Yamaha 135 LC EXTREAM SPIRIT.Selain itu sistem gear untuk versi terbaru ini juga berbeza dari versi sebelumnya di mana untuk masuk ke gear satu anda perlu menekan ke bawah manakala untuk memasukkan ke gear dua dan seterusnya anda perlu mencungkil ke atas. Kepada yang biasa menunggang RXZ, 125 Z, TZM 150 mungkin tidak kekok dengan perubahan ini.

Sehingga ke hari ini kita dapat lihat ‘LC’ ini bermaharaja lela di jalan raya kerana apa? Ya tidak ada model saingan yang setanding dengannya.Lihatlah abangnya 125Z tidak ada model saingan yang dapat menggugat kedudukannya sebagai ’super cub’ masakini.

Mungkinkah perkara yang sama akan di alami oleh model ‘flag ship’ Yamaha ini,kita tunggu dan lihat……

Spesifikasi Yamaha LC 135

  • Jenis enjin : 4 lejang,1 silinder sejukan cecair,4 injap

  • Gerek x lejang : ( 54 mmx 58.7 mm)

  • Isi padu sesaran : 134.4 cc

  • Kuasa maksimum : 8.45 kw/8500 rpm

  • Tork maksimum :11.65 Nm/5500 rpm

  • Nisbah mampatan : 10.9:1

  • Sistem nyalaan : DC CDI

  • Sistem penghidup : Tendang dan elektrik

  • Jenis karburator : VN22*1

  • Sistem klac : Basah, plat berbilang, automatik dan manual

  • Suspensi depan : Fork taleskopik

  • Suspensi belakang : Tunggal/monocross

  • Brek hadapan : Cakera tunggal

  • Brek belakang : Gelendong

  • Jenis kerangka : Berbentuk berlian

  • Saiz tayar depan : 70/90-17 M/C 38P

  • Saiz tayar belakang : 80/90-17 M/C 44P

  • Tinggi pelana : 770 mm

  • Tapak roda : 1245 mm

  • P x L x T : (1945 x 705 x 1065)mm

  • Berat kering : 103.0 kg

  • Muatan tangki : 4.0 liter

  • Muatan pelincir : 1.1 liter

 

Related Posts

  1. Review Motosikal Yamaha TZR50
  2. Yamaha FZ150i
  3. Review Motosikal Yamaha FZ16
  4. Motosikal Laris Yamaha 135LC Bermasalah?

1,243 Responses to “Yamaha 135 LC”

  1. addin lc says:

    salam.. otai2 lc sume… pekabo.. ak bru jerk angkat lc bru.. so ak t’pikir nak cantek kn ckt moto nie.. ak de nmpak kt 7, 8 jns cover set yg cntk2.. siap sticker r.. kat ne nk dpr r.. kat area ipoh ade x…
    lg accesori per r nak adjust kat lc ak..

    plz..
    komen….
    help me…

    Kaber LC Reply:

    baru xyah la makeup moto lagi…
    pakai dulu…

    rendahkan folk depan tuk nampak mengancam..

    jangan marah..

    breaker84 Reply:

    erm..
    setuju tu….
    pakai la dlu sampai abih pantang…
    aksesoru banyak..
    ongkos jer yang tak banyak…
    hahahah

  2. Kaber LC says:

    thank breaker…
    boleh la aku angkat satu kotak mygreenoil..

    mau tanya..
    aku pakai spoket 14-37..
    ok x???

  3. ishikawaES says:

    yus…ada tips ko bg tu(tarikh bla entah)yg psl tukar manifold angin lbih bsaq dari standed tu camna? pkai manifold model pa? aku bdak bru blaja,hehe..

    YUS LC bekas mat rempit Reply:

    as…kum bagi yg mudah jer pakai jenama BM POWER
    wasallam

  4. topek LC says:

    addin…kat ipoh ni pun bnyk gak kdai acc moto..
    kdai seng dpn the store lame pun ada..kat jln pasir putih ada satu..name kdai Xingat plak..
    bnyk lg…kat yik fong pun ada jual acc moto nih..
    mcm yg lain ckp klau moto baru ni pkai dulu la yg std…da bosan ckit baru tukar..

    aik…tu din lc lame kat baru punye??
    lame Xdgr cite..

    so sape2 nak order mygreenoil lu org bleh kol no ni= 016 2631581..name dia wan..

  5. YUS LC bekas mat rempit says:

    as…..kum aku lame cuti sebab ade komitmen pd keluarga yg mungkin tk pernah selesai,apa pun aku dah lame tk kuar dekat sini byk juga persoalan yg kawan2 kita berjaya selesaikan tahniah kawan2 ku dan juga kepada MAOS korang dah berjaya buka era baru utk geng dlm blog ni,
    Topek bila nk lanja aku ni naik kecut perut aku nunggu nasi wonge hang apara esok calling aku 0142518806 (kedai REPCO jln pasir putih acc)
    ishikawa manifold memang besar skit dan ade banyak brand ko tukar je apa brand pun sama jer janji manifold tu kosong, setting tu tk silap aku tarikh 12 DEC 2008 (utk standard jer)
    Sesumpah LC tk kurang hebat nyer mase pi konvoi tu boleh tahan gak ko layan corner ye byk juga motor kene tapow ngan dia (kene rujuk dgn MAOS ni)
    Baru aku tau apa dia meter koso tu byk sgt istilah cuma product bolt on utk motor je macam meter2 dlm kete turbo faham dah, selalu nyer kenderaan yg byk mengunakan wayar memang sesuai pakai meter ni dan tak salah, cuma hati2 skit bila dah pasang takut ade yg berkenan kene rembat melopong jer duit dah byk abis.Kalau boleh pasang dan lekatkan terus dlm body payah skit kutu nk rembat(kalau ilang pun terus sebijik motor je)
    wasallam

  6. addin lc says:

    KABER LC.. thnkz.. ak ikt ckp ko… ak nie jns yg trime pndpt org.. xde hal lh..
    lbh baek ak pkai dlu yerk..

    thnkz all… ak ske r join korunk…

    topek LC, thnkz.. nnt ak try survey tmpt2 2..

    nak tanyer, nak rendhkn fork tu org kate dlm 2 inci jer.. btl ker..?
    klu t’lbh pe cer…?

    YUS LC bekas mat rempit Reply:

    as….kum addin aku cadangkan ko pegi dkat jln pasir putih kedai acc REPCO rasanyer harga dia murah skit dari SING motor dlm town tu,kalau nk rendah kan motor tanpa pengetahuan org lain dan nk tempat tersorok skit hubungi aku d talian tertera jgn salah masuk kedai nanti kene ketuk harga itu jer yg dapat aku bantu
    wasallam

  7. pejal says:

    Semekom semua..aku nak tanya pendapat korang..bole tak coolent kete taruk pada tangki coolent lc.ada apa2 effect tak?

    YUS LC bekas mat rempit Reply:

    as…kum coolant kete ko boleh pakai tapi jenama kete aje cth nyer toyota ,nissan ,honda dan berbagai lagi tapi pastikan jenama kereta jepun sebab kebanyakkan product jepun sesuai utk pasaran kenderaan ASIA .Jgn beli yg merepek jenama nya selain dari product kereta takut nanti coolant tu hanya ade kaler tapi tkde funtion.
    wasallam

  8. YUS LC bekas mat rempit says:

    as….kum coolent kete takde ape2 effect cuma ikut sukatan utk LC jgn lebih selalu nyer jenama toyota yg kaler merah tu adalah pilihan ramai mekanik kete,
    wasallam

  9. addin lc says:

    huhu… thnkz YUS LC…
    nnt ak try jengok kdai 2…
    ko duk area aner…? no hp de x…?

    TOPEK LC, ak nak gak try mygreenoil 2… ko duk area mne…?

    YUS LC, klu rendah kn folk dpn dn pas2 pkai monoshock yg tggi ckt… de effect x kat folk 2… cnthnyer klu kite rndhkan folk tue, n ble kite msk monoshock baru.. folk 2 mkn rndh ker…?effect ker time kite nk break nnt…? jejak x…?

    YUS LC bekas mat rempit Reply:

    as….kum spg pulai 0142518806 senang call boleh lepak2 lanja aku minum ker
    wasallam

  10. e-one says:

    sesape leh tlg aku cri lc first model..tlg contact num ni–0139659880..plz sesgt..hrga bleh drunding

    YUS LC bekas mat rempit Reply:

    as…kum kalau ade duit baik beli baru,ape yg special sgt dgn LC 1st model tu
    wasallam

  11. zaimi says:

    Moto aku dah genap 1tahun. Baru 6500km. 500km pertama tkr myk hitam. 1000km tkr myk hitam n oil filter. Pastu aku tkr myk htm kali. Sekarang br aku tukar oil filter yang kedua, lebih krg 10 bulan. Aku tukar sendiri. Bila aku cek, oil filter tu ok lagi, x koyak pun. Ikut manual dia suruh tukar 12000km tapi disebabkan dah hmpr setahun, aku tukar la. Apa yang aku nk cakapkan servis la mengikut manual dan cara penggunaan moto kita. Kalau kita guna biasa2 je ikut la manual, kalau lasak sgt100x servis la cpt ckt. Jgn membazir. Bkn saja oil filter. Myk htm, air cooler dan apa2 aje. Saja nak berkongsi

  12. addin lc says:

    to otai2…
    klu rendah kn folk dpn dn pas2 pkai monoshock yg tggi ckt… de effect x kat folk 2… cnthnyer klu kite rndhkan folk tue, n ble kite msk monoshock baru.. folk 2 mkn rndh ker…?effect ker time kite nk break nnt…? jejak x…?

  13. WRG says:

    cdi brand ape bgus?

    YUS LC bekas mat rempit Reply:

    as….kum setakat nie BRT dualband adalah yg terbaik
    wasallam

  14. are_nip says:

    askum…selain cdi racing,ape yang leh wat lc lgi laju??sy bdk bru blajar,tlong ye kwn2…

  15. MAOS says:

    SALAM WIRA DAN SEMUA OTAI LC DALAM BLOG NI.
    BANYAK KALI CUBA MASUK SEBELUM NI, TAK DAPAT.
    MAAF BANYAK2 KEPADA SEMUA PESERTA KONVOI CAMERON 25HB HARI TU…DI SINI SAYA BERI SEDIKIT LAPORAN. GAMBAR, NANTI MINTA WIRA BERI EMAIL KEPADA SAYA UNTUK UPLOAD GAMBAR2 TU UNTUK DI PAMER KEPADA KENGKAWAN LC.
    25HB JANUARI 2009 (AHAD), 7.30AM BERKUMPUL DI TOL RAWANG. 20 MOTO TERMASUK 1 RXZ, 1 125Z DAN 1 FX125. BRO MELAKA 6 ORANG, BRO ASKAR SUNGAI BESI 5 ORANG, BANTING, KELANG, KL DAN RAWANG. SEMUA 21 ORANG AWALNYA. GERAK, SINGGAH DI R&R RAWANG, ISI PENUH PERUT LC, GERAK TERUS KE HENTIAN TAPAH, MAKAN DAN RELEX JAP, ISI PENUH LC MASING-MASING DAN GERAK TUJU TOL SIMPANG PULAI. DLM PERJALANAN, HUJAN, MASING2 PECUT DAN BERTEDUH DI PETRONAS 5KM SEBELUM TOL SIMPANG PULAI. JADI PERHATIAN KAMI SEMUA…RELEX LAMA GAK, GERAK SEMULA KE SIMPANG PULAI DAN BERGABUNG NGAN BRO PERAK. JADI 22 ORANG DENGAN 21 MOTO. ISI PENUH MINYAK DAN ADA YANG BAWA BEKAL MINYAK DALAM BOTOL MINERAL. JAUH KE CAMERON DARI SIMPANG PULAI, 105KM. TIADA SETESEN MINYAK SEPANJANG JALAN. MENDAKI, LC KUAT SKET MAKAN MINYAK. DENGAN HUJAN, SEJUK, KABUS TEBAL DAN MINYAK MAKIN SIKIT, SEMUA PESERTA KONVOI SKET RISAU DAN KESEJUHAN. BERGAMBAR DAN RELEX JAP KAT SATU LEMBAH BERKABUT DALAM PERJALANAN TU. JALAN LICIN BRO. SAMPAI DI CAMERON, JEM TERUK, RAMAI ORANG BERCUTI DI SANA. TRAFIK BUAT KAWALAN, ADA PESERTA KONVOI KECUT SKET SEBAB TAK ADA SIDE MIRROR. U TURN TERUS…PAS TU OK BALIK. SINGGAH KAT PETRONAS BRINCANG, ISI PENUH. SEMUA TERPAKSA JOGGING NAK PANASKAN BADAN…SEJUK GILER BRO… MAKAN TENGAHARI, TERUS KE MASJID ABU BAKAR TANAH RATA. BERSIH DIRI, SOLAT DAN GERAK KE TANAH RATA, SHOOPING, SINGGAH DI LEMBAH TEH, SHOOPING, SINGGAH DI PEKAN HABU, SHOOPING LAGI, 125Z BUAT HAL, PLUG KANTOI, TOLAK KE RENGLET, TUKAR PLUG, OK BALIK. GERAK BALIK, MALAM DAH, HUJAN MASIH RENYAI2. KONER MAUT PUNYA, SATU LC BRO ASKAR KANTOI KAT SATU CONER, CEDERA SKET, CLUGH PATAH, TEMPAT PATAH. SEMUA BANTU, OK BALIK. SAMPAI DI TOL TAPAH, 2 BRO DARI PERAK BERPISAH DARI KONVOI. SEDIH PISAH NGAN MEMBER…DAH SERONOK BERSAMA SEHARI2AN. MAKAN MALAM DI TAPAH. GERAK SEMULA, HUJAN LAGI, SINGGAH DI ULU BERNAM UNTUK BERKUMPUL TERAKHIR. SALAM-SALAM, SEDIH DAN GEMBIRA BERBAUR. ADA YANG AKAN KELUAR TOL TANJUNG MALIM, BUKIT BERUNTUNG, RAWANG DAN TOL SETERSUNYA.
    YANG MEMBANGGAKAN, WALAUPUN HUJAN SEPANJANG KONVOI, SEMUA PESERTA HAPPY DAN SANGAT2 BERKERJASAMA DAN BERDISIPLIN. SALING MEMBANTU DAN SALING MESRA DAN BERGEMBIRA. MOTO MASING-MASING HEBAT2. SAYA SEBAGAI KETUA KONVOI, BIASANYA DAPAT BERADA DI HADAPAN KONVOI PALING LAMA 10 MINIT JE, PAS TU, SEMUA LC AKAN BERDESUP POTONG, BAYANGKAN SAYA DALAM KELAJUAN 150KM, MEMBER-MEMBER LC LAIN SELAMBA JE POTONG DAN BERADA LEBIH 1KM DI HADAPAN SAYA.BERLAKU SATU KEMALANGAN KECIL, BRO SUNGAI BESI KANTOI KAT SATU SELEKOH. TAPI OK2 JE.
    BAGI SAYA KONVOI PERTAMA NI, BANYAK PENGALAMAN KAMI TIMBA, INSAALLAH CADANG NAK BUAT SATU KONVOI UNTUK GENG LC DENGAN LEBIH TERATUR DAN TERANCANG. KALAU BOLEH NAK LIBATKAN 100 LC DAN SEMUA NEGERI TERLIBAT. SESIAPA YANG BERI SOKONGAN DENGNA CANGANG SAYA NI, SILA RESPON DALAM BLOG INI. TEMPAT DAN TARIKH KITA AKAN RUNDING NANTI. MUNGKIN KITA CUBA DAPATKAN SUMBANGAN DARI PIHAK2 YANG SUDI TERMASUK YAMAHA SENDIRI. TERIMA KASIH SEMUA PESERTA KONVOI HARI U. SAYA HAPPY NGAN U ALL. MASIH TERASA KESERONOKANNYA. KEPADA OTAI WIRA, SAYA NAK SEND GAMBAR KONVOI, BERILAH ALAMAT DAN URUSKAN APA YANG PATUT. TQTQTQ.

  16. Maos emel kat aku duniamoto@gmail.com utk tulis cerita konvoi tu. Aku copy paste nanti kat blog ni semua org boleh baca. Tapi jgn pakai huruf besar saki mata he..he..he..

    Lepas tu boleh attach kn gambar sekali.

    Sory ari tu hosting ada problem so takleh akses blog ni.

    MAOS Reply:

    wira, aku dah send gambar2 kat gmail tu. dapat tak?
    kepada kengkawan yang pegi konvoi hari tu, kalau ada gambar konvoi, mail kat wira. duniamoto@gmail.com
    kita kongsi ngan kengkawan pengalaman yang dah kita lalui melalui gambar2. tq bor semua. tq wira.

  17. breaker84 says:

    ni marah ker keyboard rosak..
    hahahha….
    wei, upload gambar…
    layan tu citer konvoi korang..

  18. aliff LC says:

    beres r geng..
    stakat ni je r…
    LC aku power..
    sape nok tes mari r….
    bgtau tempat mase n bile…
    nok bertaruh brape??
    gua letak rm5k….

  19. ok sabar semua Maos baru jer emelkan laporan dan gambar konvoi. Pergh!!!…jeles beb tengok diorang…

    Aku akan siarkan kat paparan umum kt blog ni. Bagi aku sedikit masa okey…..

  20. Pengumuman!!!

    Dengan segala hormatnya perbincangan berkaitan Yamaha 135LC saya pindahkan ke topik berikut:

    http://duniamoto.com/permotoran/bengkel/bincang-masalah-yamaha-135lc-di-sini.html

    Ini bagi mempercepatkan proses loading page kerana topik ni dah melepasi jumlah 1200 komen. Banyak tu.

    So kepada yang baru sampai sini boleh baca dari atas sampailah ke sini untuk menuntut segala ilmu dari otai2 Lc. Terima kasih kepada yg menyumbangkan ilmu. Semoaga Allah membalas kebaikan untuk kalian. InsyaAllah.