DuniaMoto.com – Blog Informasi Motosikal

Yamaha FZ150i

Yamaha FZ150iSalam sejahtera semua pembaca blog permotoran.

Penulisan artikel pada kali ini berkaitan review motosikal dan saya memilih motor Yamaha FZ150i  sebagai tajuk utama. Tahun ni Yamaha sekali lagi buat kejutan dengan melancarkan model naked mereka yang sekali pandang agak ‘cun’ juga :) . Namun sedikit kekecewaan bagi kaki-kaki motor sport sebabnya model tidak mempunyai fairing seperti abangnya dulu Yamaha TZM150. Kalau model berfairaing ada kemungkinan macam goreng pisang panas.Namun dari segi kuasa maksimum memang tak boleh dibandingkan dengan model dua lejang sudah tentu banyak perbezaan.

Saya sendiri masih memiliki Yamaha TZM150 dan rasanya belum ada penggantinya lagi. Namun FZ150i ni bukanlah model yang akan menggantikan model Yamaha RXZ 135 tapi merupakan tambaha kepada barisan model-model motor Yamaha untuk pasaran Malaysia.

Dari segi enjin FZ150i mempunyai kapasiti 149.8cc empat injap SOHC,sejukan cecait.Ciri yang paling hebat pada motosikal ini iaitu menggunakan sistem suntikan bahan api sebagai nadi penggeraknya.Dengan meggunakan penghidup elektrik cuma sekali ‘tekan’ jer dah menderum bunyi enjin.

Struktur enjin FZ150i menyamai enjin model kapcai iaitu Yamaha 135LC yang dilihat lebih menyerlah di pasaran. Mungkin model FZ150i ni naked menyebabkan ia kurang digemari. Namun yang pasti FZ150i mempunyai pakej penjimaatan minyak yang hampir sama dengan model Yamaha 135LC. Walaupun cuma memiliki gear lima kelajuan tapi motor ni masih mampu untuk menyaingi kepantasan model-model lain yang mempunyai enam kelajuan.

Kerangka FZ150i ini mempunyai persamaan dengan Yamaha TZM 150 iaitu jenis deltabox.Ianya diakui mempunyai kekuatan yang boleh diharapkan terutama ketika mengambil selekoh dan membawa pembonceng. Turut dilengkapi dengan penyerap hentak jenis monocross(monoshock) yang membuatkannya lebih ranggi dah berstail.

Paparan meter juga tidak kurang menariknya di mana ia dilengkapi dengan dua meter bulat yang samaMeter FZ150i saiznya. Seperti biasa di sebelah kiri merupakan meter penunjuk kelajuan dan di sebelah kanan meter rpm enjin. Terdapat juga penunjuk kapasiti petrol, lampu penunjuk isyarat, lampu neutral dan penunjuk suhu enjin.

Perkara yang lebih penting Motor ni dicipta untuk penjimatan minyak. Semua sedia maklum dengan harga minyak yang mahal sekarang nih ramai yang tercari-cari kenderaan alternatif untuk ke tempat kerja. Nah apalagi FZ150i ni mampu menjalankan tugas tersebut. Satu tangki Fz150i boleh memuatkan 12 liter minyak petrol dan boleh membawa pemiliknya sejauh 280km. Memang sesuai untuk melakukan perjalanan jarak jauh balik ke kampung terutama berada di lebuh raya yang panjang seperti utara selatan.

Yamaha R15Mungkin selepas ini Yamaha akan mengeluarkan model berfairing penuh. Inilah khabar angin yang berkuat kencang di forum-forum. Ini ekoran pelancaran model yang seakan serupa dengan FZ150i di India tetapi versi tersebut mempunyai fairing penuh. Kalaulah Yamaha memasang model R150 seperti yang telah saya riview sebelum ni. Sudah tentu bergegar jalan-jalan di negara kita :) . Namun ini cuma impian yang tak tentu jadi kenyataan.

Baiklah kalau ada yang berminat dengan FZ150i ni boleh la jenguk kat kedai-kedai motor yang berhampiran. Setakat yang saya tahu harganya sekarang sekitar RM8,100++ termasuk insurans dan cukai jalan RM2. Namun harga ni boleh bertambah dari masa ke semasa. Jadi kalau terpikat lekas-lekaslah tempah.

Spesifikasi Yamaha FZ150i

  • Jenis enjin : 4 lejang, 1 silinder sejukan cecair, 4 injap (SHOC)

  • Gerek x lejang : ( 57mmx 58.7 mm)

  • Isi padu sesaran : 149.48cc

  • Kuasa maksimum : 11.1 kw/8500 rpm Yamaha FZ150i

  • Tork maksimum :13.1 Nm/7500 rpm

  • Nisbah mampatan : 10.4:1

  • Sistem nyalaan : CD1

  • Sistem penghidup : Tendang dan elektrik

  • Sistem Bahan Api :P ancitan

  • Sistem klac : Basah,plat berbilang,manual

  • Transmisi : 5 kelajuan

  • Suspensi depan : Fork taleskopik

  • Suspensi belakang : Tunggal/monocross

  • Brek hadapan : Cakera tunggal

  • Brek belakang : Gelendong

  • Jenis kerangka : Berbentuk berlian/delatabox

  • Saiz tayar depan : 2.75-17  41P

  • Saiz tayar belakang : 90/90-17 M/C 49P

  • Tinggi pelana : 760 mm

  • Tapak roda : 1282 mm

  • kelegaan bumi : 167mm
  • P x L x T : (2,000 x 705 x 1035)mm

  • Berat kering :  98kg

  • Muatan tangki : 12 liter

Mengenai Penulis,

Wira Bin Mohamed Salleh aka Wira Duniamoto merupakan seorang peminat setia bidang permotoran sejak dari zaman remaja. Sehingga kini beliau pernah memiliki empat buah motosikal bermula dengan Yamaha Y80, Yamaha RX-Z, Kawasaki K-1. Yamaha TZM, Yamaha 125Z dan Yamaha SS110. Pengalaman beliau dalam dunia motosikal telah mencecah usia selama 15 tahun telah digunakan untuk menghasilkan artikel-artikel berkaitan motosikal di blog beliau. InsyaAllah beliau akan menceritakan segala pengalaman dan serba sedikit kemahiran yang beliau ada untuk dikongsikan bersama di http://www.duniamoto.com/permotoran .
=========================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Wira Duniamoto di atas tidak dibuang.
=========================================================

Related Posts

  1. Review Motosikal Yamaha FZ16
  2. Motosikal Laris Yamaha 135LC Bermasalah?
  3. Review Motosikal Yamaha Fazer 150
  4. Yamaha Lagenda 115Z
  5. Yamaha 135 LC

520 Responses to “Yamaha FZ150i”

  1. RiderFz says:

    Smart klu potong, tp klu bawa awek, time jalan basah, terpercik air naik ke blkg badan..hehe

    Reply this comment

    YUS LC Reply:

    as…kum
    Biar awek basah asal motor nampak ranggi bukan kita yg basah
    wasalam

    Reply this comment

    bOceT Reply:

    >..yah2 stuju hehe..

    Reply this comment

  2. YUS LC says:

    as….kum
    Silakan kalau itu hajat ko , buat ape d tahan2 jiwa tu biar sampai kene tahan polis hehehehehe
    wasallam

    Reply this comment

    YUS LC Reply:

    as…kum
    Polis dgn aku mmg dah macm kawan sebab selalu kene tahan lah aku jadi matang
    wasallam

    Reply this comment

  3. naz says:

    i love mat rempit..
    huhuhu..

    Reply this comment

  4. muhammad syukri bin abdul latiff says:

    saya dari kelate…
    apa mahu mu????

    Reply this comment

  5. Epoi Cikgu says:

    Salam
    Fzi dia pun dah RnD

    Reply this comment

  6. Politikus says:

    apa ni lari dari topik, gi la masuk web ‘oghe kelate’ sahaja.. ni blog motor

    Reply this comment

  7. Anak Klate Celup says:

    kami tak suka golongan berpuak

    Reply this comment

  8. malaikat Maut says:

    klate xtak klate..aku kira apa!!

    Reply this comment

  9. muhammadsyukriabdullatif@syuk fz rempit says:

    saya maafkan kamu…
    kerana kamu maseh kecil…
    selamat menyambut ramadhan al-mubarak…

    Reply this comment

  10. RiderFz says:

    semak kelajuan motosikal

    masuk http://www.gearingcommander.com/

    Reply this comment

    Wira DuniaMoto Reply:

    Jangan posting benda yg sama banyak kali
    sbb tu aku delete. Spam!

    Reply this comment

Leave a Reply