DuniaMoto.com – Blog Informasi Motosikal

Yamaha YZF-R125

Salam sejahtera pembaca sekelian;

Baru-baru Yamaha telah melancarkan satu model baru kategori 125cc di Eropah. Seperti biasa Yamaha pandu uji R125sekali lagi membuat kejutan dari segi rekaan dan juga teknologi bagi motosikal berkapasiti kecil 125cc dengan enjin 4 lejang. Kalau di negara kita harapkan model kapcai je yang mendominasi kategori 125cc ni.

Apa yang mengejutkan model yang diberi nama Yamaha YZF-R125 atau R125 ini menyerupai rupa bentuk abangnya iaitu YZF-R6. Memang tak tidur malam beb memikirkan ‘buah hati’ baru dari Yamaha ni. Seperti yang dinyatakan oleh Ketua R&D Yamaha berpusat di Milan, Iatali iaitu Hiroshi Komatsubara model ini memang dibina berasaskan abangnya itu(YZF-R6).. perghh…. Model ini direka untuk golongan muda yang baru mula berjinak-jinak dengan motosikal berkuasa besar sebelum bealih ke dunia superbike sebenar khususnya kategori super sport seperti mana menunggang Yamaha R6.

Seperti yang peminat-peminat motosikal sedia maklum Yamaha lebih sedekad tidak menghasilkan motosikal sport kategori 125cc. Model sport terakhirnya bagi kategori ini iaitu TZR 125 sudah menjadi lagenda 2 lejang dan tiada lagi model kesinambungan selapas itu. Mungkin kerana zaman motosikal 2 lejang telah pun berakhir. Di Malaysia Hong Leong Yamaha hanya memperkenalkan model naked 150cc iaitu Yamaha FZ150. Namun pada pandangan saya model naked macam FZ150 ni agak ‘kureng’ sket… ok.. saya tak nak lari tajuk.. berbalik pada YZF R-125.

Pembinaan TZR 125 diasakan daripada model TZR 250 di mana ia berkongsi kerangka dan sebahagian komponen yang sama. Oleh itu kewujudan R125 juga telah mengulangi sejarah seperti yang dialami oleh TZR125TZR 125. Namun versi 125cc pada kali ini Yamaha telah menggunakan kaedah yang berlainan sama sekali. Mereka tidak menggunakan kerangka R6 pada R125 kerana saiz yang jauh berbeza. Tetapi kerangka baru ini direka menyerupai spesifikasi yang ada pada R6.

Ketua projek Toshiharu Shigeta menyatakan R125 mempunyai kerangka yang sama geometrinya dengan R6 dan sebab itulah prestasi kawalan serta keseimbangannya menyerupai model supersport tersebut.

Saiz badan R125 amat berbeza dengan model jenama lain bagi kelas yang sama kerana reka bentuknya Yamaha R125-Redmenyerupai 100% motosikal berkuasa besar. Jadi tak hairanlah memang model ini akan menjadi kegilaan ramai terutama golongan muda di Eropah.

YZF R-125 dilengkapi enjin 1 silinder 4 injap dan SOHC sejukkan cecair di mana ia menghasilkan kuasa sebanyak 15hp(kuasa kuda) pada 9000rpm. Menurut Yamaha mereka terpaksa menghadkan kuasanya kepada 15hp berikutan undang-undang dinegara Eropah mensyaratkan bahawa motosikal berkuasa 125cc hanya dihadkan kepada 15hp sahaja .Ini tak menjadi masalah kepada ‘kaki-kaki’ modified kat Eropah untuk membuang ‘cut off’ yang ada pada motor ni.

Yamaha mencipta gear box enam kelajuan khas untuk model ini di mana ia sesuai dengan keadaan trafik di Yamaha R125negara-negara eropah. Seperti mana yang kita sedia maklum negara-negara Eropah mempunyai banyak lebuh raya yang panjang dan sudah tentu R125 berupaya menjalankan tugasnya dengan cemerlang. Walaupun kapasiti enjinnya kecil tetapi ia mempunyai kuasa tork yang tidak mengecewakan iaitu 9 lb-ft pada 8000rpm.

Persolannya sekarang bilakah agaknya model ini akan berada di Malaysia? Emm…. gigit jari lagilah jawabnya.kalau dilihat pada review ini R125 dicipta khusus untuk orang-orang Eropah. Tapi takpe kita tunggu pengimport-pengimport bebas membawa masuk model ini ke Malaysia.Kalau tak silaplah harganya mungkin sekitar RM20K-RM30K itu pun bergantung pada cukai import yang tak turun-turun.

Ok saya stop kat sini dulu….

 

 

 

Engine

 

 

Engine type: Liquid-cooled, 4-stroke, 4-valve, single cylinder, SOHC
Displacement: 124.66 cc
Bore x stroke: 52.0 x 58.6 mm
Compression ratio: 11.2:1
Maximum power: 11.0 kW (15 PS) @ 9,000 rpm
Maximum torque: 12.24 Nm (1,25 kg-m) @ 8,000 rpm
Lubrication system: Wet sump
Carburettor: Fuel injection
Clutch type: Wet, multiple-disc coil spring
Ignition system: TCI
Starter system: Electric
Transmission system: Constant mesh, 6-speed
Final transmission: Chain
Fuel tank capacity: 13.8 L
Oil tank capacity: 1.15

 

 

Chassis: Steel Deltabox
Front suspension system: Telescopic forks
Front travel: 130 mm
Rear suspension system: Swingarm (monocross)
Rear travel: 125 mm
Front brake: Single disc, Ø 292 mm
Rear brake: Single disc, Ø 230 mm
Front tyre: 100/80-17 M/C
Rear tyre: 130/70-17 M/C

 

Dimensions

 

Length (mm): 2,015 mm
Width (mm): 660 mm
Height (mm): 970 mm
Seat height (mm): 818 mm
Wheel base (mm): 1,355 mm
Minimum ground clearance (mm): 155 mm
Dry weight (kg) 126.5 kg

 

 

Sekian

 

Wira Duniamoto

 

68 Responses to “Yamaha YZF-R125”

  1. asis says:

    apa salah dia kasi masuk R125 ni ke malaysia??
    kasi la yg (CC) rendah sikit untuk malaysian bikers..kalu penggila yzf ni slalu tergila kepada R1 & R6..tetapi harga cukup kaw2(melampau)..kalau kedatangan R125 ni memang cun..RM20k+ pun dah ok kan..

  2. Erwan says:

    salam..bila la malaysia nak masok an moto YZF r125 ni..hm..klu moto FZ150 atau Ninja RR150 senang je masok..tp moto ni adoii..dah tahun 2010 kot xmasok2 gak moto ni..klu moto cc125 ni maybe harga xsampai r 20K comfirm,,yela cc kecik pon xkan nk tekan gak ag..harap kerajaan dapat masok kan moto ni secepat mungkin..
    wasalam..

  3. Radzi says:

    kat australia n new zealand ade yzf r125..import je dri sne..

  4. Radzi says:

    kat australia n new zealand ade yzf r125.. import je dri sne

  5. action kame says:

    huh…kalu dapat moto nih…xtaw nk kata…pasaran india selamba je diorg import…huhu…

  6. faris says:

    cmne nk booking eh?

  7. amey says:

    nah aku snaraikn harga yzf r125 kt negara lain yg jauh lbh lumayan drpd sini,, ekoran cukai x msuk akal, USA: 1938.19 USD = RM5895.97
    INDIA: 90000 INR = RM6055.74
    EUROPE: 1290.75 EUR = RM5337.59
    UK: 1163.32 GBP = RM5723.65
    CANADA: 2035.74 CAD = RM6295.78
    AUSTRALIA: 2090.80 AUD = RM6440.35

  8. judge125 says:

    perghhh…. aku nk… aku nk… cukai moto pun 300% jgk ke…??

  9. Nuar135lc says:

    Giler pe price rm20k..klo yzf r125 blh tinggalkn 135lc aku baru aku bli mtr 2

  10. IWAN says:

    adoi punya lama aku tnggu dr tahun 2008 xkuar2 lg. mmg kerajaan xnk kuar la tkt buatan malaysia bankrup

  11. Rene says:

    If it’s really 20k for a 125cc it’s not worth it better get a ninja 250

  12. helmi says:

    Nk ckp ckit psl motor honda cbr150 2011.dengar citr motor tu kluar kt malaysia betol ker.tlong bls balik secepat mungkin

  13. Kerengga says:

    CBR150R tu kt Malaysia pun ada pasangla..CBR150 malaysia mahal bukan sbb cukai, tp mmg Boon Siew honda dah letak rege tinggi

  14. insan tak puas hati says:

    assalamualaikum….memanb
    g betul apa yg kau orng kata.aku baru pergi thailand dan terpandang cbr 150r harga cuma rm 7590 memang jauh murah harga dari malaysia.bab cukai kenderaan memang aku tak puas hati ng kerajaan.memang kutuk rakyat bab cukai.

  15. kacau jiwa says:

    mmg kat euro 3-4k je.. tp dt cini mau jadi 20-30k
    ..cukai tinggi gile

  16. neo says:

    pembetulan.. Market moto tu kalo jual kat cni murah..sbb tu x msuk kat mlaysia..

  17. neo says:

    ala bese la.. Kalo kte tnye eaorg npe x jual kat mlaysia..mst kate x de market kat cni.. Mcm yzf R15..hampeh..

  18. supreno says:

    dah masuk 2010 pun takde cita! apa cita?

Leave a Reply




This site is protected by WP-CopyRightPro